Total Pageviews

27 June 2020

Anugerah Pingat Emas e-SPeDIP2020: Inovasi Kategori Murid Sekolah Menengah


Kenangan sewaktu PKP. 
Menyertai pertandingan yang sepatutnya bersemuka dgn pameran inovasi dan pembentangan inovasi TETAPI ditukar kpd bentuk e- pembentangan inovasi. 

Berbulan juga mendiamkan diri kerana ingatkan pertandingan akan dibatalkan. Tup tup diteruskan dgn e inovasi . Pembentangan kpd juri dlm bentuk video. 

Yang buat saya termenung lama..macam mana nak buat video pembentangan peserta yg masing masing berada di stesen rumah masing masing,  dan membuat latihan. Maklumlah pertama kali bagi guru pembimbing dan murid yg bertanding. 

Semua medium digunakan. Meet link untuk mesyuarat bersama. Group telegram untuk perbincangan diaktifkan. Sewaktu latihan..video call seorang seorang untuk raptai. 
Dah siap video pula, kena buat balik lagi dan lagi cikgu tak puas hati huhuhu. Maklumlah kalau depan mata, boleh tegur on the spot. 

Mendapat perkhabaran gembira dari urusetia iaitu dari IPG Miri Sarawak mengenai keputusan pertandingan inovasi pendidikan. 
Anugerah Pingat Emas Kategori Murid Sekolah Menengah

Projek ini bermula dari tiga tahun lepas lagi menyediakan koleksi video sahsiah untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Setiap tahun PRS Bestari akan menyediakan video video bertema sebagai projek Bestari mereka. 

Tahun ini koleksi video dijenamakan dgn projek PEKA SAMA iaitu singkatan kepada Pembinaan Karaktor Sahsiah Murid yg bermodul. 
Modul modul ini disusun secara bertema dan berjadual. Ia berbentuk video sahsiah dijalankan kepada murid sesi petang bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 12.30 tgh hari hari Khamis iaitu sewaktu menunggu loceng masuk ke kelas berbunyi. Modul disampaikan dua kali dalam sebulan. 

Signifikan projek ini ialah video dibuat berdasarkan kes di sekolah dan pengajarannya disampaikan dalam bentuk lakonan. Maka ia lebih dekat dgn murid murid mengambil ikhtibar darinya. Sesi refleksi dijalankan sblm tayangan untuk menguji sejauhmana murid memahami topik yg akan disampaikan. Tayangan video pendek selama 20 minit. Kemudian murid diuji dengan soalan refleksi akhir untuk mengenal pasti murid faham pengajaran yang disampaikan. Kuiz spontan disediakan selepas 
Saya kongsikan skrip pembentangan murid
KD04: SMK CHERAS
1.  Bahan projek mestilah hasil karya asli peserta/kumpulan
2.  Video  pembentangan/persembahan   dan   poster/banner  projek  inovasi  akan dinilai berdasarkan tujuh kriteria seperti yang berikut:
i.  Kreativti (25 markah)

Inovasi PEKA SAMA adalah singkatan kepada PEMBINAAN KARAKTOR SAHSIAH MURID. Inovasi ini merupakan kreativiti menggunakan pembelajaran digital. Ia merupakan koleksi video kreatif lakonan murid-murid sebagai bahan bantu pengajaran Sivik Tingkatan 5 dan pembinaan karaktor pemantapan sahsiah di sekolah oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Koleksi ini menepati pembelajaran era Revolusi 4.0 ke arah teknologi. Ia dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid, dalam peningkatan kesedaran sahsiah melalui cara kreatif dan menyeronokkan. 
Sebelum inovasi diperkenalkan, slot Sivik dan Sahsiah Kaunseling adalah berbentuk ceramah.  Dijalankan tanpa berbantukan media teknologi selama 15 - 25 minit di dalam dewan untuk 250 orang murid. Oleh itu, slot penghasilan koleksi video kreatif lakonan murid -murid  ini adalah kreativiti murid sendiri dalam ‘project based learning’ yang menekankan konsep 6C. Elemen 6C yang diterapkan ialah komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dalam penghasilan koleksi video kreatif ini dari murid untuk murid. 

Kesignifikanan (25 markah)

Uniknya koleksi video kreatif ini berdasarkan isu semasa di sekolah dan dilakonkan dengan budaya dan persekitaran sekolah agar lebih signifikan dengan murid –murid ini. Video ini menarik minat murid untuk menontonnya dan menerapkan nilai positif dalam kehidupan murid. 
Di akhir video ini, sesi soal jawab sivik dan sahsiah dijalankan.Manual PEKA SAMA ini dilengkapi dengan skema jawapan untuk panduan pengguna. Terdapat 8 modul video kreatif yang telah dilaksanakan.  Ia memberi impak peningkatan kemahiran berfikir dan kesedaran murid mengenai topik yang dibincangkan. 
8 modul koleksi video kreatif berdasarkan kes di sekolah adalah
-  Pencegahan buli lisan
-  Pencegahan kes bunuh diri
-  Patriotisme
-  Bersikap positif
-  Pencegahan gangguan seksual
-  Motivasi Murid -Murid Keluarga B40
-  Integriti: Tidak Meniru Dalam Peperiksaan 
-  Motivasi Mencapai Cita-Cita


ii.  Kecekapan (20 markah)
Koleksi video kreatif lakonan murid-murid ini mencapai objektif, Objektif untuk murid memahami isi kandungan mengenai topik sahsiah tercapai. Murid mengetahui cara menjaga diri dari terdedah kepada masalah disiplin dan salah laku yang boleh membawa kepada tingkah laku yang membinasakan. Murid mengetahui prosedur yang diperlukan jika terlibat dengan kes seperti gangguan seksual, buli atau pelanggaran integriti. Video yang ditonton, lebih lama tersimpan dalam memori jangka masa panjang murid. Berbanding ceramah biasa, lakonan lebih mudah difahami oleh murid menengah rendah kerana unsur kreativiti dan jalan cerita yang memudahkan difahami. Apatah lagi video dilakonkan dengan setting budaya dan persekitaran yang lebih dekat dengan murid di sekolah sendiri.  Murid juga diuji refleksi pembelajaran selepas mengikuti tayangan video tersebut.  Hasil dari refleksi akhir, mendapati murid faham akan pengajaran di setiap video kreatif tersebut dan dapat membuat kesimpulan yang baik.

Replicability (5 markah)

Inovasi ini boleh diguna pakai oleh institusi pendidikan lain dalam subjek Sivik dan Sahsiah Kaunseling. Video ini boleh diguna sama  untuk guru yang relief kelas, guru Bahasa Melayu atau digunakan untuk kelas peningkatan sahsiah moral. Soalan boleh diubah suai mengikut subjek tersebut.

iii.  Keberkesanan Kos (10 markah)
Menggunakan gajet dari murid murid seperti kamera, telefon bimbit, komputer riba dan kemudahan internet sama ada di sekolah atau di rumah murid-murid. Segalanya percuma dan tiada kos kerana menggunakan barang -barang yang sedia ada.
Koleksi Video pendek PEKA SAMA ini boleh diguna pakai berulang kali dan boleh dijadikan koleksi simpanan bertahun -tahun lamanya.









PEMBENTANGAN DIJALANKAN DI DALAM DEWAN







objektif video disampaikan terlebih dahulu. Refleksi awal diuji dan selepas tayangan video, refleksi akhir diuji










Hasil krputusan pertandingan inovasi
Yang menariknya mengenai pertandingan inovasi ialah tiada nombor pemenang. Semua org berhak mendapat anugerah pingat yg sesuai mengikut inovasi yg dijalankan oleh mereka. Jika layak emas, maka emas yg diberi. Jika gangsa, maka gangsalah yg diberi. 




Happy weekend 
Jom mengemas 
Jom layan movie










26 June 2020

Slot Rehatkan Minda Bersama Guru Kaunseling

Aktiviti rehatkan minda adalah aktiviti yg melibatkan sembang santai untuk mendapatkan maklumat yang optimum dalam masa 30 minit seperti pemerhatian murid yg tidak makan apa apa ketika rehat, murid yg berkongsi makanan dgn orang lain ketika rehat atau murid yang menyendiri. 
Semua aktiviti ini perlu dilakukan sambil berbual bual dan memerhati. Kami membawa aiskrim ke setiap kelas yang telah disusun hingga Rabu hadapan. 
Berdasarkan Soal Selidik Keperluan Murid , kami memerhatikan tingkah laku murid sasaran kami di dalam kelas.


Happy birthday mak
Semoga sihat
How i miss you...







24 June 2020

Promosi Kesihatan Mental: Bugar Emosi Pagi, Soal Selidik Keperluan Murid


Slot Hidupkan Hari Anda. Bermula seawal pukul 7.00 pagi saya memulakan duty dgn mendengarkan bacaan surah melalui you tube. Mengalu alukan kehadiran murid ke sekolah dgn rasa selamat dan gembira. 
Seterusnya slot motivasi saya dengan tajuk Menangani Kebimbangan. 
Bekerja dengan normal baharu, pagi pagi pegang mic bercakap cakap bagi talk pandang DINDING hihihi. 



Habis Slot Hidupkan Hari Anda, saya masuk ke kelas dan mengedarkan Soal Selidik Keperluan Murid kepada setiap murid. Setelah selesai menjawab, saya memberikan bimbingan mengenai Menangani Kebimbangan . Panduan telah ditampal di semua kelas tingkatan lima. 
Semua guru kaunseling masuk ke semua kelas ting 5 mengikut jadual yg telah diatur. 

Dah lama tidak bercakap live dengan murid. Terubat kerinduan. 

Bila ditanya soalan soalan mengenai kesediaan emosi, saya dapat rumuskan bahawa murid ada yg terkesan dgn pkp ini dari pelbagai kategori. Orait nanti kita semak soal selidik itu. Analisa untuk semua kelas. 
Kebiasaan baharu 😊
#kitajagakita


23 June 2020

Senarai Semak Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Dan Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu




Penyebaran minda sihat ini merupakan promosi perkhidmatan minda sihat untuk meneruskan aktiviti dalam normal baharu. Letakkan di laluan utama dan menampal poster psikososial di hadapan bilik kaunseling dan di dalam kelas kelas. 

1. Taklimat perkhidmatan 

Dijalankan sblm 24 Jun melalui link meet atau semasa 24 Jun melalui pembesar suara.

2. Bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi

3. Poster ditampal mengingatkan murid agar menjaga kebersihan dan keselamatan diri
4. Tatacara perlaksanaan perkhidmatan kaunseling ditampal di luar bilik kaunseling. 


5.Menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat



6. Sediakan Sanitizer di pintu masuk, bilik kaunseling individu dan kelompok dan ruang menunggu
7. Sediakan mask bagi yg memerlukan



8. Simpan semua alatan dan model yg kerap disentuh
Contoh karpet di simpan selepas penjarakan

9. Susunan patuhi jarak sosial 1 meter dgn pita pelekat

10. Menyediakan anak panah keluar dan masuk
Model byk pintu..satu pintu masuk dan satu pintu keluar



model pintu satu sahaja utk keluar dan masuk

11. penyebaran program minda sihat disebarluaskan


di laluan utama

di pintu masuk ubk
di dalam kelas
di tangga utama bilik kaunseling
di dalam kelas




12. melaksanakan program minda sihat

merancang seperti jadual berikut dan melaksanakannya

Sebelum 24 Jun 2020 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah

           

TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH

 

OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan menjaga keselamatan diri sepanjang berada dalam Kawasan sekolah

1)      Menyiapkan video tutorial pengurusan Kembali Ke Sekolah mengikut SOP pada 21 Jun 2020

 

Akan di hantar ke media sosial sekolah, telegram rasmi sekolah dan whatsapp kelas tingkatan 5

2)      Menampal poster psikososial untuk sebaran pada 23 Jun 2020 agar murid dapat menangani stress dan kebimbangan dengan baik

Menampal tempat strategik seperti di koridor, di laluan keluar masuk sekolah, dan di dalam setiap kelas

tingkatan 5

 

3)      Taklimat persediaan psikologi kembali ke sekolah pada 22 Jun 2020

Melalui meet dengan murid tingkatan 5

 

 

            24 Jun 2020 : Intervensi Psikososial Minda Sihat    

 

TAJUK PROGRAM

INTERVENSI PSIKOSOSIAL MINDA SIHAT

TARIKH/HARI

24 JUN 2020 : RABU

OBJEKTIF

1)     MENGENAL PASTI KEPERLUAN MURID MELALUI SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

2)     MENJALANKAN SARINGAN MINDA SIHAT UJIAN WHOOLEY UNTUK MENGETAHUI MURID YANG TERJEJAS EMOSI DALAM TEMPOH SEBULAN SEBELUM PEMBUKAAN SEKOLAH

3)     MENYAMPAIKAN PANDUAN MENANGANI TEKANAN MURID

 

GURU/MASA

8.00 - 8.30 PAGI

8.30 -9.00 PAGI

9.00 – 9.30 PAGI

9.30 – 10.00 PAGI

10.00 -10.30 PAGI

10.30 – 11.00

PAGI

11.00 –11.30

PAGI

NURHAIZA

5 ALPHA

 

5 BETA

5 GAMMA

 

 

5 IBNU RUSYD/A

5 IBNU RUSYD/B

ROZINANI

5 IBNU SINA

5 FARABI /A

5  FARABI /B

 

 

5 AR RAZI/A

5 AR RAZI/B

NURAZLINA

 

5 ALKHA/A

5 ALKHA/B

5 ALBIRU/A

 

 

5 ALBIRU/B

 

Rehat : 9.00 PAGI HINGGA 9.30 PAGI

 

TAJUK PROGRAM

SEMBANG SANTAI REHAT MINDA

TARIKH/HARI

25 JUN – 29 JUN 2020 :

OBJEKTIF

1)     MENGENAL PASTI MURID YANG MEMERLUKAN BANTUAN MELALUI SEMBANG SANTAI DAN PEMERHATIAN SEWAKTU MURID REHAT DI DALAM KELAS

 

GURU/MASA

25 JUN 2020

KHAMIS

26 JUN 2020

JUMAAT

29 JUN 2020

ISNIN

30 JUN 2020

SELASA

29 JUN 2020

RABU

NURHAIZA

5 ALPHA

 

5 AL FARABI/A

5 IBNU RUSYD/A

5 IBNU RUSYD/B

5 BIRUNI/A

ROZINANI

5 BETA

 

5 AL FARABI/B

5 AR RAZI/A

5 AR RAZI/B

5 AL BIRUNI/B

NURAZLINA

 

5 GAMMA

        5 ALKHAWA/A

5 ALKHAWA/B

5 IBNU SINA

 

25 – 29 JUN 2020 : Sembang Santai Rehat Minda

                                                                                                                                          

 

 

 

 

 

24 Jun – 3 Julai 2020 : Hidupkan Hari Anda

TAJUK PROGRAM

HIDUPKAN HARI ANDA

TARIKH/ MASA

24 JUN – 3 JULAI 2020 : 7.00 PAGI – 7.20 PAGI

OBJEKTIF

1)     MENYEBARKAN KATA – KATA MOTIVASI DAN POSITIF SEBELUM MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK MEMUGAR EMOSI WARGA SEKOLAH

2)     MEMAINKAN ALUNAN LAGU YANG MENENANGKAN MINDA SEBAGAI SALAH SATU TEKNIK RELAKSASI

3)     MENDENGARKAN BACAAN SURAH PENDEK UNTUK KEKUATAN JIWA

24 JUN 2020

 PANDUAN KEKAL  POSITIF

 

25 JUN 2020

PANDUAN MENYESUAIKAN DIRI NORMA BAHARU

 

26 JUN 2020

MOTIVASI AKTIFKAN DIRI  DENGAN BERMANFAAT

29 JUN 2020

BICARA DIRI YANG POSITIF

30 JUN 2020

PEMIKIRAN RASIONAL HADAPI DUGAAN

1 JULAI 2020

3B PETUA KAWAL KEMARAHAN

2 JULAI 2020

PETUA 5T MENDENGAR

3 JULAI 2020

PANDUAN RAKAN BANTU RAKAN

 

 

24 Jun – 3 Julai 2020 : Rehatkan Minda

TAJUK PROGRAM

REHATKAN MINDA

TARIKH/ MASA

24 JUN –3 JULAI 2020 : 9.30 PAGI – 9.45 PAGI

OBJEKTIF

1)     Mendengarkan muzik muzik yang memberi kesan kepada ketenangan minda dan kedamaian sebagai salah satu teknik relaksasi

 

 Akhirnya...esok sekolah