17 June 2020

KERTAS KERJA PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH PASCA PKP COVID-19




Mesyuarat PIBG hari ini dan saya kongsikan video SOP SMK Cheras untuk tontonan AJK PIBG. 

Saya kongsikan kertas kerja yg disiapkan pada hari Isnin untuk memohon PIBG tajaan poster asalnya sebagai sebaran pencegahan COVID-19 dan pembelian sabun tangan. Namun PIBG berbesar hati menyediakan sistem paip air yg teratur untuk diletakkan di setiap blok akademik yg digunakan. Ini mengelakkan kekerapan murid masuk ke dalam tandas semata mata membasuh tangan. Alternatif yg lebih efektif disediakan. 

PIBG juga bersedia menaja topeng muka dan sanitizer dalam jumlah yang dipersetujui dan mencari alternatif pengesan suhu masuk ke dalam sekolah. 

Terima kasih PIBG 


KERTAS KERJA

 PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH

PASCA PKP COVID-19


1.0     Pengenalan

Projek Persiapan Kembali Ke Sekolah  merupakan projek yang melibatkan kewangan untuk sekolah bersedia dengan kehadiran murid -murid selepas COVID-19. Sekolah perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Antaranya membuat laluan keluar masuk sekolah yang baru, pergerakan dari kelas ke pintu pagar sekolah, ke kantin dan blok -blok kelas yang menempatkan bilik -bilik khas seperti makmal, bilik komputer, bilik seni, bilik kaunseling dan sebagainya. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep  3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster juga dipamerkan di setiap  koridor blok sekolah dan kantin sekolah untuk memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial dalam sekolah. Selain itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial murid juga perlu menyediakan poster dan peringatan berkaitan dengan kesihatan mental murid dan galakan kepada murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Objektif projek ini diharapkan tercapai iaitu menggalakkan murid mengelakkan 3S dan mengamalkan 3W sepanjang berada dalam di sekolah dan di tempat awam.


2.0     Matlamat

           

   Warga sekolah dapat mengamalkan kebiasaan baharu di sekolah dengan mengelakkan 3S iaitu sesak, sempit dan sembang dekat serta sentiasa mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

           

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  

Sepanjang masa persekolahan di dalam sekolah

                                                                                                                                                     

4.0       Sasaran

            Semua warga SMK Cheras


5.0       Objektif

 

1)    Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan  sembang dekat melalui penyebaran poster.

2)    Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).


6.0       KPI

Output

Murid dapat sentiasa dingattkan setiap hari mengelakkan 3S dan 3W melalui poster dan stikerserta tanda-tanda  penjarakkan sosial untuk mereka amalkan.

Outcome

Warga sekolah sudah dapat membiasakan diri dengan kebiasaan normal baharu dengan mengekalkkan 3S dan mengamalkan 3W

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 

Jumlah

 

Sumber

 

1.

 

Banner Kembali Ke Sekolah

 

RM 100

 

PIBG

 

2.

 

Poster dan pelekat 3S dan 3W

 

RM 300

 

PIBG

 

3.

 

Sistem Paip

 

RM 800

 

PIBG

 

4.

 

Sabun

 

RM 100

 

PIBG

 

 

Jumlah

 

RM 1,300.00

 

PIBG

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

 

          JAWATANKUASA TASK FORCE

PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 

PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN COVID-19

 

 

Pengerusi                                 : En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)

Timbalan Pengerusi                 : Pn. Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)

Naib Pengerusi                       : Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi                       : Pn. Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)

Setiausaha                           : Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru    Kaunseling)

 

 

Jawatankuasa Kerja  

 

1) PERSEDIAAN PRASARANA

 

Penyelaras :   

1.         Pn Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)

2.         Pn Noor Alamiyah binti Zakaria (Guru Kanan Bahasa)

               3.         Pn Jasmail Kaur a/p Mewa Singh (Guru Kanan Sains & Matematik)    

 

2) JK PENGURUSAN AKADEMIK

Penyelaras:     1. Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

                        2. Pn Ooi Bee Kuan (Guru Kanan Kemanusiaan)

                        3. Pemantauan – Semua GKMP


3) JK PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID

Penyelaras      :           1. Pn Maheran binti Abd Mutalib (Penolong Kanan Petang)

                                    2. Pn Nurhaiza binti Che Mat     (Guru Kaunseling )

 

4) JK PENGURUSAN KOKURIKULUM

   Penyelaras   :           1. Pn Saleha binti Ali (PK Kokurikulum)

2. Cik Hufaidah binti Zakaria (Setiausaha Kokurikulum)

 

5) JK PENGURUSAN SUMBER

            Penyelaras      : 1.       Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

                                      2.       En Ismail bin Mohd Noor (Guru Kanan Teknik & Vokasional)


JAWATANKUASA KERJA

PERSEDIAAN PRASARANA

 

Penyelaras :   

1.         Pn Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)

2.         Pn Noor Alamiyah binti Zakaria (Guru Kanan Bahasa)

                                    3.         Pn Jasmail Kaur a/p Mewa Singh (Guru Kanan Sains & Matematik)    

 

TEMPAT

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

1. Bilik Darjah

JK Majlis Ketua Tingkatan

Pn Salina binti Mohd Isa (K)

Penyelaras Tingkatan 5

Pn Farah Hanum binti Ramly

 

5 Alfa-

Pn Amirah binti Muhamed Kamil

Pn Kavitha a/p Chellai

5 Beta –

Pn Nor Zalifah binti Hanafi

En rahimi b Abd Karim

5 Gamma –

Pn Noraini binti Jamaludin

-

5 Al Farabi –

Pn Nor Haizad binti Mohd Taharim

Pn Haslina binti Rahim

4 Al-Biruni –

Pn Nor Afiqah binti Mohd Sidek

Pn Farah Hanum binti Ramly

5 Al Khawarizmi

En Hazmer bin Mamat

Pn Jamaliah Azmirakarimah binti Mohd Ali

5 Ar-Razi –

Pn Nor Haiza binti Jaine

Pn Rozinani binti Awang

5 Ibnu Rusyd -

Pn Tengku Laila Sari binti Tengku Jusoh

Pn Nurhaiza binti Che Mat

5 Ibnu Sina -

Pn Khairul Akhmar binti Omar

Pn Norlalili binti Ani

 

 

1.     Menyediakan peta kedudukan kelas Tingkatan 5

·       9 kelas di Blok A

·       5 kelas di blok D

2. Bilangan maksimum murid adalah antara 17 - 20     orang

3. Susunan meja murid

        Jarak dengan meja belakang 1 meter

        Jarak dengan meja hadapan 1 meter

        Jarak dengan meja sebelah 1 meter

        Jarak meja dengan tingkap 0.5 meter

        Jarak meja murid dengan meja guru

1 meter

4.Tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan baris tepi pertama untuk rujukan

5.Menyediakan dan menampal senarai nama kedudukan murid di pintu masuk kelas

6. Meletakkan tanda laluan sehala dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk (biru) dan keluar (merah) dari bilik darjah dan sepanjang laluan ke bilik darjah

7. Menampal label nama kelas di luar bilik darjah

8. Menampal SOP pengurusan kelas dan poster pemberitahuan COVID-19 di dalam kelas

9. Kerusi dan meja lebihan di susun dengan kemas di belakang bilik darjah

2.Bilik Guru

JK Kelab Ceria

Pn Suhaibah binti Mat(K)

AJK

Pn Rodiyah binti Mohamad

Pn Rita Indraiani bt Surip

Pn Nurul Hamiza bt Nodzari

Pn Amirah bt Muhamed Kamil

Pn Naimah bt Ibrahim

 

AJK Biro

 

 

1.Menyediakan penempatan guru di bilik-bilik lain yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan di dalam Bilik Guru utama

        Bilik Guru Utama

        Bilik PSS

        Bilik Media

        Sanggar Ceria

        bilik-bilik lain yang sesuai

 

2. Tanda penjarakan susunan kerusi dan meja diletakkan pada kaki meja dalam bilik guru, serta meletakkan label anak panah pintu masuk dan pintu keluar.

 

3.Mendapatkan hand sanitizer di semua bilik guru dari pejabat sekolah

 

4.Elakkan 3S

      Sesak (Crowded places)

      Sempit (Confined Spaces)

      Sembang Dekat (Close Coversation)

 

5.Mendapatkan dan menampal maklumat dan poster-poster pemberitahuan COVID-19

3.Kantin

JK Kantin

Pn Amira binti Mamat (K)

 

Isnin

Pn Tipah binti Ngah

Pn Farah Aisyah binti Shamsuddin

Pn Nurul Hamiza binti Nodzari

Pn Laila Azuwa binti Tamrin

 

Selasa

Pn Tengku Laila Sari binti Tengku Jusoh

Pn Nor Zalifah binti Hanafi

Pn Faiza binti Mamat

Pn Norazah binti Aris

 

 

Rabu

En Marodzi bin Mehat

Pn Norhana binti Taufik

Pn Murni Yati binti Masari

Cik Noor Syaheerah binti Hamdan

 

 

Khamis

Cik Nor Afiqah binti Mohd Sidek

Pn Amira binti Mamat

Cik Tuong Loy Mui

Pn Haliza binti Halid

 

Jumaat

En Ganeshan a/l Vadivelu

Pn Hashida binti Md Isa

Cik Lie Kiet Wei

En Murshid bin Baharom

 

 

JK berbincang dengan pengusaha kantin untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan olehGaris Panduan  KPM, iaitu

1.Memastikan tanda penjarakan sosial diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan pengambilan makanan serta laluan ke sinki.

2.Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin bagi murid tidak dibenarkan. Semua bangku dinaikkan ke atas meja

3.Kerusi dan meja di ruang makan guru hendaklah ditandakan dan dijarakkan sekurang-kurangnya 1 (satu) meter

4. Meletakkan tanda laluan sehala dengan pita pelekat berwarna di dalam dan laluan ke kantin

5.Menyediakan peta laluan masuk (biru) dan keluar (merah) kantin

6. Menampal maklumat dan poster-poster pemberitahuan COVID 19

7. Memastikan penyedia makanan memakai penutup muka dan mulut serta sarung tangan pada setiap masa

8.Memastikan pengusaha kantin meletakkan hand sanitizer di kaunter bayaran bagi kegunaan murid-murid dan guru-guru

9.Menyediakan sabun pencuci tangan di sinki

4.Surau

Panitia Pendidikan Islam

Pn Normilah binti Mohd Noh (K)

 

Pn Nafsah binti Mohd Shah

Pn Haslina binti Hashim

Pn Nurul Hamiza binti Nodzari

Pn Noor Nadiah binti Tajuddin

En Muhammad Bukhari bin Saripuddin

 

1.Solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan menggunakan sejadah dan telekung sendiri untuk solat

2.Membuat tanda penjarakan 1 meter dengan pita pelekat di lantai surau murid dan guru

3. Meletakkan tanda laluan dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar di dalam surau dan sepanjang laluan  

4. Menyediakan sabun pencuci tangan di tempat mengambil wuduk

5.Bilik Isolasi

JK Kesihatan

Cik Nor Afiqah binti Mohd Sidek (K)

 

Pn Maizatul Akma binti Mamat

Pn Laili Azuwa binti Tamrin

Pn Norshahizan binti Baharom

Pn Nor Haiza binti Jaine

Pn Nurul Arina binti Asha’ari

 

1. Menyediakan hand sanitizer dan penutup muka di dalam bilik kesihatan

 

2.Memaklumkan kepada ibu/bapa/penjaga jika terdapat murid yang suhu badan lebih tinggi dari 37.5˚C untuk di bawa pulang dan mendapat rawatan

 

3. Mengasingkan murid di dalam dewan sementara menunggu ibu/bapa/penjaga datang

 

4.Mengenal pasti murid dan guru yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah

 

5.Memastikan murid dan guru yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa memakai penutup muka

 

6.Menyediakan buku rekod maklumat murid yang diasingkan kerana bergejala (di dewan sekolah dan di bilik kesihatan)

 

7. Memaklumkan kepada pentadbir sekolah jika terdapat murid bergejala

 

8. Mengambil tindakan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah yang disahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD)

        Mengenalpasti dan menyediakan senarai kontak rapat

        Mendapat nasihat daripada PKD mengenai keperluan melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang di kenal pasti

 

6.Bilik Kaunseling

JK Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pn Nurhaiza binti

Che Mat (K)

 

Pn Rozinani binti Awang

Pn Nurazlina binti Che Omar

 

1. Meletakkan tanda penjarakan sosial di lantai bilik

 

2. Meletakkan tanda laluan dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar di dalam bilik dan sepanjang laluan

 

3. Melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid dan guru yang terkesan dengan norma baharu di sekolah

 

4.Melaksanakan sesi motivasi pada hari pertama sekolah dibuka semula kepada semua murid tingkatan 5 secara bergilir

 

5. Melaksanakan sesi intervensi kepada semua guru seminggu sebelum sekolah dibuka semula

 

7. Kebersihan

-        Tandas

-        Paip mencuci tangan

JK Kebersihan dan Keceriaan

Pn Nor Haizad binti Mohd Taharim (K)

 

En Mohd Ikhwan bin Che Muda

Pn Normilah binti Mohd Noh

Pn Amira binti Mamat

En Azrin bin U mat

Pn Haliza binti Halid

Pn Atirah binti Riduan

1.Memastikan setiap tandas dibekalkan dengan sabun pencuci tangan yang mencukupi

 

2. Meletakkan tanda penjarakan sosial di lantai tandas dan di luar tandas

 

3.Menyediakan poster Langkah Mencuci Tangan di tandas guru dan murid

 

4. Menyediakan jadual pembersihan

tandas dan senarai semak pembersihan di semua tandas murid dan guru

 

Fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan iaitu tombol pintu, suis lampu, sinki, kepala paip, pengepam tandas, pelapik duduk tandas

 

5. Membekalkan sabun pencuci tangan bersebelahan paip mencuci tangan di setiap blok untuk kegunaan murid dan guru

 

6. Memantau kebersihan tandas guru dan murid serta kawasan mencuci tangan

 

8.Bilik-bilik Khas

Pusat Sumber Sekolah

-Pn Rodiyah binti Mohamad

-Pn Suhaibah binti Mat

-Pn Soraya binti Abdul Rafar

-Pn Aisyatul Nazliah binti Abdul Rani

 

Makmal Sains Teras

-Pn Salina binti Mohd Isa

 

Makmal Sains Elektif

-Pn Nor Zalifah binti Hanafi

 

Bilik Muzik

-Pn Norshahizan binti Baharom

-Pn Umi Salbiah binti Abdul Rahman

- Pn Norlalili binti Aini

-Pn Norhana binti Taufik

 

Bilik PSV

-Pn Jamaliah Azmirakarimah binti Mohd Ali

-En Azrin bin U Mat

-Pn Murni Yati binti Masari

 

 

Bilik ICT

-En Ahmad Razimi bin Che Soh

- En Ahmad Azran bin Abdul Rahman

 

Bengkel RBT

-Pn Nurul Saadah binti Ismail

-En Mohd  Nidzam bin Mohd Yusoff

-Pn Faiza binti Mamat

-Pn Maizatul Akmal binti Mamat

-Pn Laili Azuwa binti Tamrin

 

Bilik PVMA 1 & 2

-Pn Khairul Akhmar bin Omar

-Pn Nurul Shafini binti Abd Hadi

 

Bilik MPV (SRT)

-En Abdull Azis bin Arbi

-En Mursyid bin Baharom

 

Bilik MPV (RJP)

-Pn Aziyanti binti Abu Khanipah

 

Bilik Reka Cipta

-En Abdull Azis bin Arbi

-En Mursyid bin Baharom

 

Bilik Grafik Komunikasi Teknikal

-En Nik Rahmat bin Nik Mood

1.Meletakkan tanda penjarakan pada kerusi dan meja dengan pita pelekat bewarna merah

2. Meletakkan tanda laluan sehala dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar dari bilik khas dan sepanjang laluan ke bilik khas

3.Menampal maklumat dan poster pemberitahuan COVID-19 di dalam bilik-bilik khas

 

4. Mendapatkan hand sanitizer untuk kegunaan bilik-bilik khas dari pejabat sekolah

 

 

9.Laluan sekitar sekolah

JK Keselamatan

En Mohd Nidzam bin Mohd Yusoff (K)

-Laluan dari kantin ke pejabat sekolah

 

En Masrizal bin Abu Bakar

-Pintu pagar utama sekolah

 

En Mursyid bin Baharom

-Laluan Blok A & B

 

En Yahya bin Mat Yasin

-Laluan Blok C

 

En Amiruddin bin Mohd Yusof

-Laluan Blok D

 

En Ahmad Azran bin Abdul Rahman

Laluan Blok E

 

En Hazmer bin Mamat

Laluan Blok F

 

En Mohd Ikhwan bin Che Muda

- Gimnasium

 

En Chan Yoong Keong

Dewan

1. Meletakkan tanda laluan sehala dengan cat bewarna bagi laluan masuk (Hijau) dan keluar (Biru) di atas lantai sepanjang laluan

 

2. Menyediakan peta laluan murid dan guru dari pintu masuk ke blok-blok kelas

 

3. Meletakkan petak tanda penjarakan bagi mengambil suhu badan murid di pintu pagar utama sekolah bermula dari pintu masuk kecil hingga depan dewan

 

4. Menampal maklumat dan poster-poster pemberitahuan COVID 19 di tempat-tempat strategik di laluan sekitar sekolah

 

2. JK PENGURUSAN AKADEMIK

Penyelaras      :           1. Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

                                    2. Pn Ooi Bee Kuan (Guru Kanan Kemanusiaan)

                                    3. Pemantauan – Semua GKMP

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

1.Pengurusan PdP

PK Pentadbiran

Gura Kanan Mata Pelajaran

Semua KP

SU Peperiksaan

SU Kurikulum

1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan PdP

 

2.Melakukan semakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP

 

3.Memantau PdPc yang akur dengan keperluan penjarakan sosial

Pemantauan (Learning Walk)

 

2. Jadual Waktu dan PdPc Murid

di Sekolah

 

SU Jadual Waktu

En Ahmad Firdaus bin Mohamad Ya (K)

Pn Hashida Binti Mat Isa

Cik Hamizah Binti Md Aris

 

JK ICT

En Ahmad Razimi bin Che Soh(K)

Pn Norazah binti Aris

Pn Naimah binti Ibrahim

En Ahmad Azran bin Abdul Rahman

 

1. Menyediakan jadual waktu sekolah secra bersemuka

 

2.Merancang pelbagai kaedah penyampaian yang bersesuaian seperti pembelajaran teradun(Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian

 

3. Memastikan semua PdPc yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti di luar bilik darjah

 

4. Menyediakan RPH yang mengandungi

      Objektif PdP

      Aktiviti

      Refleksi.

3.Jadual Waktu dan PdPc Murid

dalam Talian

-Peralihan

-Tingkatan 1,2,3,4

SU Jadual Waktu

Pn Hashida binti Md Isa(K)

Cik Hamizah binti Md Aris

 

Semua guru mata pelajaran Peralihan, Tingkatan 1,2,3,4

 

JK ICT

En Ahmad Razimi bin

 Che Soh(K)

Pn Norazah binti Aris

Pn Naimah binti Ibrahim

En Ahmad Azran bin Abdul Rahman

 

1.Menyediakan jadual PdPc secara dalam talian

 

2. Menyediakan rekod Latihan di dalam  link google form. Rekod penglibatan murid dalam google meet perlu dicatatkan.

 

3. Memberi latihan buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses internet

 

4.Melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) berdasarkan hasil kerja murid seperti Latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukan secara dalam talian dan serahan tangan

 

5. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau serah tangan

 

6.  Menyediakan RPH yang mengandungi

      Objektif PdP

      Aktiviti

      Refleksi

 

4.Serahan tugasan murid atas talian

Peralihan

Tingkatan 1,2,3,4

Pn Narinder Kaur a/p Peara Singh (K)

Pn Norliza binti Rafei

Pn Soraya binti Abdul Rafar

 

 

1.Menyediakan kotak serahan bahan PdP di

pondok pengawal

 

2. Melabel kotak serahan dengan label tingkatan

 

3.0 JK PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID

Penyelaras      :           1. Pn Maheran binti Abd Mutalib (Penolong Kanan Petang)

                                    2. Pn Nurhaiza binti Che Mat     (Guru Kaunseling Cemerlang)

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

1.Pergerakan masuk ke sekolah

- Pagar utama sekolah

- Pergerakan ke kelas

JK Disiplin

En Masrizal bin Abu Bakar (K)

Pn Noraida binti Mohamad @Abdullah

Cik Lie Kiet Wei

Guru-guru  bertugas

(Rujuk Lampiran 1:

 Jadual Guru Bertugas)

 

Guru disiplin Ops Lewat

 

 

 

 

1.Mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah semasa tiba dan pulang

 

2.Menggalakkan semua murid memakai penutup muka

 

3. Memeriksa suhu badan murid menggunakan alat pengimbas suhu badan di hadapan dewan sewaktu tiba ke sekolah

 

4. Menyediakan buku senarai nama murid mengikut kelas serta merekodkan maklumat murid yang bacaan suhu lebih tinggi dari 37.5C

 

5.Memberi masa rehat kepada murid-murid yang didapati suhu badan lebih daripada 37.5C sebelum diambil semula suhu

 

6. Mengasingkan murid yang bergejala di dalam dewan sehingga ibu/bapa/penjaga dapat membawa mereka pulang ke rumah

 

7. Memastikan murid-murid menjaga penjarakan sosial ketika  bergerak dari pagar sekolah ke kelas

 

8. Memastikan murid-murid menjaga penjarakan sosial Ketika bergerak pulang

 

3.Pengumuman harian

JK Perhimpunan Rasmi

Pn Solehah binti Ahmad (K)

Pn Zahirah binti Abdul Halim

En Balasegar a/l Muniandy

 

 

 

1. Pengumuman hari Isnin (7.20-7.30 pagi)

      Murid-murid berkumpul di dalam kelas

      Nyanyian - Negaraku, Lagu Sekolah

      Pengumuman

2. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.

3. Sentiasa memberi peringatan untuk murid-murid mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang disediakan

4.Waktu rehat murid

Guru-guru kantin

Guru-guru bertugas

 

 

Pengurusan waktu rehat:

      Murid-murid mengisi borang pesanan berdasarkan cadangan menu harian 1 jam sebelum waktu rehat

      Wakil murid akan menghantar pesanan beserta bayaran kepada pengusaha kantin

      3 orang murid wakil kelas akan mengambil makanan dan minuman yang dipesan dari kantin

      Semua murid makan dan minum di dalam kelas

      Bekas makanan dibuang di dalam tong sampah bertutup di tangga turun setiap blok

      Pengusaha kantin mengosongkan tong sampah setiap hari selepas waktu rehat

3.Tugas guru kantin:

      menyediakan cadangan menu harian murid dan borang pesanan

      memantau pergerakan murid keluar dan masuk ke kantin

4. Tugas guru bertugas:

      memantau kebersihan kelas selepas waktu rehat

      memastikan dan memantau semua murid hanya makan di dalam kelas sewaktu rehat

      memantau murid-murid di kawasan tandas sewaktu rehat

 

 

4.0      JK PENGURUSAN KOKURIKULUM

           

   Penyelaras   :           1. Pn Saleha binti Ali (PK Kokurikulum)

2. Cik Hufaidah binti Zakaria (Setiausaha Kokurikulum)

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

1.Pertandingan/ Aktiviti Kokurikulum

Pn Naimah binti Ibrahim(K)

 

Penyelaras PAJSK:

Cik Hamizah binti Md Aris

Pn Haslina binti Hashim

 

Semua guru kelas

-Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 & 4

1.Menyenaraikan semua pertandingan  anjuran KPM/JPN/PPD dalam talian yang boleh disertai oleh murid-murid

 

2. Guru pembimbing mengenal pasti murid-murid yang mengambil bahagian dan  memaklumkan kepada guru kelas.

 

3. Guru kelas merekodkan markah penglibatan dan pencapaian dalam rekod PAJSK murid

 

4. Memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan

 

2.Koperasi SMK Cheras Bhd

Pn Aziyanti binti Abu Khanipah(K)

 

Cik Noraini binti Jamaluddin

Pn Sharihan binti Shaari

Pn Normilah binti Mohd Noh

Pn Kanagambigai a/p Ramoo

Pn Faiza binti Mamat

 

 

AJK

Pn Nurul Arina binti Asha’ari

Pn Laili Azuwa binti Tamrin

Pn atirah binti Mohd Riduan

 

Pembantu kedai

 

1.Menyediakan garis penjarakan dengan pelekat merah di hadapan kaunter pelanggan

 

2. Memastikan hanya 1 orang pekerja dan 2 orang pengawas koperasi sahaja berada di dalam kedai pada satu-satu masa

 

3.Mengawal penjarakan sosial pada waktu rehat

  

 

 

 

5.0 JK PENGURUSAN SUMBER

 

            Penyelaras      : 1.       Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

                                      2.       En Ismail bin Mohd Noor (Guru Kanan Teknik & Vokasional)

 

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

1. Kehadiran Guru dan AKP

Guru bertugas harian

-        Mengambil suhu badan

guru

(Rujuk Lampiran 1: Jadual Waktu Guru Bertugas)

 

 

Pembantu Operasi

-Mengambil suhu badan AKP

1.Guru bertugas mengambil suhu badan guru di Dataran   Informasi.

2.Pembantu Operasi akan mengambil suhu AKP di pejabat

3.Meminta guru/AKP  Isi link Borang Pengesanan Suhu Badan dan Maklumat Pelawat/Guru/AKP/Pekerja Sekolah https://qrgo.page.link/aDHmK

4.Mematuhi Penjarakan sosial / pergerakan mengikut tanda yang telah dibuat ketika merekod kehadiran atau waktu balik.

5. Mengarahkan mereka yang mempunyai gejala demam, batuk dan sesak nafas perlu pulang dan  mendapatkan rawatan dari Pegawai Perubatan

6. Menasihatkan guru/kakitangan   mendapatkan sijil sakit dan tidak hadir ke sekolah  sehinggalah mereka sembuh

 

2.Kehadiran pekerja pembersihan

Pembantu Operasi

1.Pembantu Operasi mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum memulakan tugas

2.Tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah jika bergejala

3.Mengamalkan penjarakan sosial semasa mengetik kad perakam waktu sewaktu datang dan balik

4.Mematuhi arahan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan prosedur keselamatan

5.mengamalkan hand hygiene dengan mencuci tangan dengan air bersih dan sabun

3. Kehadiran pelawat/tetamu

Pengawal keselamatan

-mengambil suhu badan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung

2  Cuci tangan dengan hand sanitizer dan mengambil suhu badan di pintu masuk

3. Isi link Borang Pengesanan Suhu Badan dan Maklumat Pelawat/Guru/AKP/Pekerja Sekolah https://qrgo.page.link/aDHmK

atau isi maklumat dalam buku yang disediakan

4. Dua orang sahaja dibenarkan berurusan di pejabat dalam satu masa, yang  lain tunggu di kawasan menunggu. ( beri pas pelawat)

5.  Cuci tangan  dengan hand sanitizer sebelum berjumpa/masuk ke bilik pegawai berkenaan.

4.Mesyuarat

 

Penolong-Penolong Kanan

 

SU Kurikulum/HEM/KOKU

 

 

1.Pengurusan sekolah perlu melaksanakan kaedah komunikasi alternatif (mesyuarat secara atas talian) seboleh mungkin

2.Urus setia mesyuarat bertanggungjawab memastikan proses sanitasi dibuat di bilik mesyuarat sebelum dan selepas sesuatu mesyuarat dijalankan

3.Mesyuarat secara bersemuka tidak boleh dihadiri lebih dari 10 orang pada satu-satu masa

4.Melaksanakan mesyuarat berdasarkan keperluan kehadiran dan kapasiti bilik mesyuarat selepas mengambil kira penjarakan sosial

5.Maklumat kehadiran perlu direkodkan dan disimpan sekiranya terdapat keperluan untuk rujukan berkaitan kesihatan

 

 

 

5.Waktu rehat guru/ AKP

 

Pengerusi Kelab Ceria

 

Ketua Pembantu Tadbir

 

 

 

1. Mengelakkan berkongsi makanan di tempat kerja, makan secara berkumpulan dan mematuhi SOP semasa di kantin sekolah

2.Digalakkan untuk membawa peralatan makanan dan minuman sendiri bagi mengelakkan jangkitan virus

3.Digalakkan untuk membeli membeli makanan secara bungkus dan membawa bekas makanan sendiri.

4. Makan di kawasan pantri/ruang makan di bilik guru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

    

            Unit Hal Ehwal Murid

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

9.2     TENTATIF

            Menyediakan video tutorial standard oeration procedure di sekolah

           Menampal poster di tempat strategik

 

Menyediakan lebih banyak tempat mencuci tangan dan sabun di setiap blok kelas tanpa perlu menumpukan kepada mencuci tangan dan sabun tangan di dalam tandas sahaja.

           

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Vandalism Poster

Murid merosakkan poster yang ditampal

Mengingatkan murid setiap hari oleh guru bertugas dan guru disiplin

Guru bertugas harian

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya

 

Disediakan oleh,                                                                 

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat) 

Setiausaha Task Force

Kembali Ke Sekolah COVID-19

 

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________

 

 

Disokong oleh,                                                                 

 

(En Jamil Bin Jamaludin) 

Pengetua SMK Cheras, KL

                                                       

                                                 

Diluluskan oleh,

 

(En Abdul Razak Bin Tain)

YDP PIBG SMK Cheras




Terima kasih Uda and family
Beraya bersama lunch treat di Kajang
Terima kasih Cu Katy
Dinner treat Cheras
15.06.2020



 

 

 

 

 


10 comments

Salam. Mohon share KKD nya ye. Semoga beroleh kebaikan buat puan. TQ

salam...mohon izin untuk copy..terima kasih...semoga pihak tuan beroleh ganjaran pahala berpanjangan.

Assalammualaikum, mohon izin copy kertas kerja pembukaan sekolah pasca PKP, terima kasih banyak. moga rezeki halal terus melimpahruah, kesihatan yang afiat dirahmati Allah

Assalammualaikum, mohon izin untuk copy, terima kasih, semoga pihak tuan beroleh ganjaran pahala berpanjangan, rezeki halal yang melimpah ruah, kesihatan yang afiat, usia yang barakah

waalaikummussalam . diizinkan. Amin atas doa yang baik untuk saya

Assalamualaikum.. Mohon izin utk copy. Semoga puan sentiasa dianugerahkan kesihatan yg berpanjangan, murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan atau kesulitan. Terima kasih..

Assalam...mohon izin untuk copy kertas kerja pembukaan sekolah ye.. Srmoga ilmu yang puan dikongsikan akan memberi manfaat kepada orang lain dan diberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan puan..tq

waalaikummussalam diizinkan. sila buka dgn paparan laptop utk memudahkan copy and paste. Paparan handphone format lari

 

Telegram Channel