22 June 2020

Panduan Psikososial Kembali Ke Sekolah


Perjumpaan dengan semua murid tingkatan 5 untuk bicara pengetua. Saya selaku penyelaras mempromosikan program Bicara Pengetua ini dan create poster untuk meminta  semua murid tingkatan 5 menyertai program ini pada 22hb Jun Isnin. Bertindak selaku  pengacara majlis juga..

Bekerjasama dgn penyelaras ting 5 iaitu Cikgu Farah yg setting link meet.

Perjumpaan kali lebih berseri apabila puan pengarah sudi untuk menyampaikan amanat khas kepada murid murid yg akan hadir ke sekolah. Yang menariknya puan pengarah sudi berkongsi kisah hidupnya sehingga dia berjaya ke tahap sekarang. Semoga memberikan kekuatan kepada 50 persen murid kami dari warga B40 ini. 

Seterusnya slot pengetua berucap mengalu alukan kehadiran murid ke sekolah dgn SOP yg perlu dipatuhi. 

Part saya menayangkan video SOP dalam sekolah. Terima kasih kpd guru guru dan pembantu makmal yg sudi bekerjasama untuk berlakon dalam simulasi. Saya sebagai pembina story board video dan editor untuk video SOP ini. 

Terima kasih Cikgu Farah membentangkan susun atur kedudukan kerusi meja dalam kelas kelas tersebut. 

Akhir sekali saya membentangkan dan menunjukkan panduan menangani kebimbangan dan teknik bernafas yg betul untuk murid jika merasa gugup, gelisah, jantung berdegup laju atau panik. 
Maklumlah ada yg tidak pernah ke mana mana sudah 3 bulan dan ada juga yg hanya keluar dan balik rumah utk tujuan tertentu sahaja. Sudah lama tidak berada dalam kumpulan yg ramai. 
Semoga membantu.
Banyak infografik yg dikongsi dalam tele guru kaunseling malaysia. Boleh gunakan untuk memberikan info kpd murid murid. 

Happy Birthday sis Ema
Semoga murah rezeki



 

Telegram Channel