24 June 2020

Promosi Kesihatan Mental: Bugar Emosi Pagi, Soal Selidik Keperluan Murid


Slot Hidupkan Hari Anda. Bermula seawal pukul 7.00 pagi saya memulakan duty dgn mendengarkan bacaan surah melalui you tube. Mengalu alukan kehadiran murid ke sekolah dgn rasa selamat dan gembira. 
Seterusnya slot motivasi saya dengan tajuk Menangani Kebimbangan. 
Bekerja dengan normal baharu, pagi pagi pegang mic bercakap cakap bagi talk pandang DINDING hihihi. 



Habis Slot Hidupkan Hari Anda, saya masuk ke kelas dan mengedarkan Soal Selidik Keperluan Murid kepada setiap murid. Setelah selesai menjawab, saya memberikan bimbingan mengenai Menangani Kebimbangan . Panduan telah ditampal di semua kelas tingkatan lima. 
Semua guru kaunseling masuk ke semua kelas ting 5 mengikut jadual yg telah diatur. 

Dah lama tidak bercakap live dengan murid. Terubat kerinduan. 

Bila ditanya soalan soalan mengenai kesediaan emosi, saya dapat rumuskan bahawa murid ada yg terkesan dgn pkp ini dari pelbagai kategori. Orait nanti kita semak soal selidik itu. Analisa untuk semua kelas. 
Kebiasaan baharu 😊
#kitajagakita


1 comments

Salam.. Boleh saya dapatkan softcopy soal selidik tak? Sy cikgu dr SK Pasoh 1..

 

Telegram Channel