28 July 2020

Kunjung Bantu Unit Kaunseling Sekolah Lain

Mendapat arahan dari boss Kaunseling Unit HEM JPN yg meminta bantuan saya untuk membantu sekolah yang akan dilawati oleh Menteri Pendidikan dalam masa terdekat. 

Saya ke SMK Seri Mulia yang jarak 5 km je dari sekolah saya. Mereka sedang giat buat raptai . .

saya berada di bilik kaunseling Bantu guru kaunseling dari aspek storyboard pameran Minda Sihat Dan point pembentangan berkaitan intervensi kaunseling yg telah dijalankan di sekolah ini dalam menangani stress Dan trauma. 

Guru kaunselingnya Cikgu Fadilah telah melaksanakan aktiviti menangani trauma dgn baik untuk kes trauma. 

Bugar emosi dijalankan dalam kelas setiap hari selama 5 minit menggunakan modul Minda Sihat dan menggunakan guru guru subjek untuk menyebarkan info 

Saya melatih muridnya untuk membentang. Semua bahan ckgu kaunselingnya telah sediakan cuma guru kaunselingnya tiada pengalaman dalam pameran bahan bahan intervensi dan membentang intervensi kpd orang luar. 
Semoga dimudahkan urusan Sekolah ini. 

7 Zulhijjah 
Puasa sunat penguat rohani 

 

Telegram Channel