Saya kongsikan SOP Ziarah Cakna sewaktu PKP ini iaitu::
Klik link ini untuk Surat SOP Bugar Ziarah Cakna JPWPKL
Boleh klik link ini juga untuk surat perlaksanaan Ziarah Cakna https://drive.google.com/file/d/1Ipi4FNBOqS3IMtONGSsOTce92IBNocbi/view?usp=sharing
Hari ni ke dua buah rumah. Pujuk untuk menduduki ujian lisan BM dan BI . Satu lagi rumah murid yang ada masalah kesihatan.
Kunci utama di sini ialah apabila anda tidak dapat hadir ke sekolah dalam jangka masa yang lama maka anda boleh mendapat anxiety iaitu kebimbangan untuk berhadapan dengan orang lain. Ketidakhadiran sebelum perintah kawalan pergerakan lagi bermaksud hampir 6 bulan tidak ke sekolah dan berada di rumah dengan perasaan yang anda 'selamat'
Anda mula rasa berdebar, perut rasa tidak selesa, macam sukar bernafas kerana pernafasan yang cepat akibat jantung berdegup dengan cepat. Akibatnya anda tidak dapat menahan diri dari rasa sedih, menangis dan mula menjauhkan diri dari orang lain
Oleh itu teknik pernafasan yang baik seperti latihan pernafasan yang teratur dapat membantu pernafasan yang teratur ketika cemas.
Ada juga murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana keciciran sekolah dari tahun lepas lagi , untuk adjust balik kehadiran ke sekolah memerlukan penyesuaian semula kembali ke sekolah terutama jika dipindahkan pula ke sekolah yang lain.
Sokongan rakan di tempat baru adalah kesan faktor penggalak yang membantu murid. Guru boleh mendorong murid untuk bersikap positif namun faktor luaran sangat memainkan peranan penting untuk murid-murid yang sudah lama tidak ke sekolah dan memulakan rutin sekolah mereka kembali.
Sama ada mereka rasa dialu alukan atau dipinggirkan.
Sama ada mereka rasa membebankan dgn kerja sekolah yang semakin sukar dan hilang motivasi
Klik link ini untuk Surat SOP Bugar Ziarah Cakna JPWPKL
Bonding time...with happy tummy
5 comments
Salam. Sis
1. Ada borang tak semasa ziarah Cakna yang mungkin perlu ditandatangani ibu bapa atau penjaga.jika ada boleh share?
2. Atau akur janji ke murid untuk datang ke sekolah.
Salam. Sis
1. Ada borang tak semasa ziarah Cakna yang mungkin perlu ditandatangani ibu bapa atau penjaga.jika ada boleh share?
2. Atau akur janji ke murid untuk datang ke sekolah.
Waalaikummussalam
1) Tiada borang untuk ibu baPa sign
2) Saya ada borang akurjanji murid. Bagaimana nak sent Pada anda. Tinggalkan email ye
Salam cikgu. Adakah cikgu menziarah rumah murid "alone"? atau ada guru yang mengikut? Perlukah GPK?
ya biasanya dua paling minimum . menziarahi ke rumah murid bergantung kepada pengetua, jika pengetua atau pentadbir turut serta ada juga. biasanya dalam kebanyakan kes, saya dan team GBK saya ke rumah murid dan tidak keseorangan