Total Pageviews

30 November 2020

Tempat Ke 6 Pertandingan Video Kreatif PPDa Peringkat Kebangsaan: Manisnya Persahabatan

 

Rezeki anak anak PRS yang menyertai pertandingan ini

Tempat ke 6 peringkat kebangsaan pertandingan Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan. Terima kasih kepada SEMUA yg membantu anak anak ini dari kawan kawan , dari guru guru kaunseling Pelatih yg sanggup melayan karenah peserta hinggalah kpd geng geng kaunseling saya. Maklumlah kami menyertai hampir 9 pertandingan yg diagih sesama kami. Mmg Tak menang tangan nak tgk semuanya..mmg kreativiti mereka hampir 100 peratus. 

Jadilah dapat RM 300 sebagai hadiah sagu hati...boleh belanja cikgu makan kat kantin sekolah nanti sepinggan yong tau yu waaaa...rindu pulak pada yong tau fu kakak kantin.

Klik link  di bawah

https://youtu.be/AIMMn2pC5d0



SINOPSIS_

Kisah Manisnya Kejayaan mengisahkan tentang seorang remaja yang terjebak dengan rokok kerana terpengaruh dengan rakan sebayanya. Rakan sekelasnya yang ternampak akan perbuatan merokoknya itu terus mencari jalan untuk menolongnya daripada terjebak dengan rokok seterusnya dapat mendekatkan diri dengan dadah. Semasa mereka sedang beriadah, mereka menyertai sebuah kempen kecil di taman tempat mereka beriadah. Seorang penceramah memberikan remaja tersebut sehelai kertas kecil yang terdapat tulisan di dalamnya. Ayat ringkas yang ditulis penceramah itu terus membuatkan remaja itu sedar akan silapnya dan terus menjauhkan diri dari pengaruh buruk dan belajar bersungguh-sungguh.



Orang yang kuat dan sabar adalah orang yang mampu menyembunyikan perasaan sedihnya kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas
Hug ....semoga sabar dengan dugaan wahai sahabat


29 November 2020

Pertandingan Fotografi Projek Rahmah Untuk Semua WPKL

Assalamualaikum dan Salam Sejahatera 

Pada 27 November 2020 yang lalu, 
Telah berlangsung sesi penjurian Pertandingan Fotografi “Projek Rahmah Untuk Semua” anjuran Unit HEM, peringkat negeri WP Kuala Lumpur bagi tahun 2020.

Maka dengan ini diumumkan senarai pemenang bagi pertandingan tersebut. 

Jom kita tengok gambar gambar yang mewakili daerah masing masing. Boleh dapat idea. Saya ada gambar gambar dari sekolah menengah sahaja selaku AJK yang menguruskan pertandingan ini di JPWKL Jumaat lepas.

*Kategori Sekolah Rendah*  

Johan : NURUN NAJAH BINTI ABD MUSHAWWIR (SK Menjalara) - Sentul 
Naib Johan : MEOR MUHAMMAD HASIF BIN MEOR HARIS (SK Setapak Indah) - Keramat
Tempat ke-3 : LOH ANN THONG (SJKC Chong Wen) - Bangsar

Kategori Sekolah Menengah  

Johan : ANJALI RAJMAWATI BT ABDULLAH (SMK (P) Air Panas) – Keramat  
Naib Johan : IMAN HAIKAL BIN ABD RAHIM (SMK Alam Damai) – Pudu 
Tempat ke-3 : MUHAMMAD NABIL BIN MD JAWI (SMK Batu Muda) – Sentul 




Ketika kamu berada dalam posisi untuk membantu seseorang, berbahagialah kerana
Allah SWT menjawab doa tersebut melalui dirimu :)




28 November 2020

Tele-Jejak Keciciran Murid Pembelajaran Dalam Talian


 Minggu ini adalah minggu yang kami bertiga fokuskan mengenai menjejak murid yang gagal dalam Bahasa Malaysia dan Sejarah SPM. 

Kami buat kumpulan whats app murid gagal Bahasa Malaysia dan Rozinani selaku admin dalam kumpulan tersebut. Saya pula membuat group whatsapp untuk murid gagal Sejarah kertas 2 sahaja dan Rozinani create group untuk kumpulan gagal Sejarah Kertas 1 . Saya ada satu lagi group khas projek ting 5 iaitu murid Juara. 

Kami bahagikan tugas bertiga bersama guru kaunseling petang, Azlina untuk membantu menjejak murid gagal dalam dua subjek penting ini sewaktu peperiksaan percubaan SPM yang lepas. 


Saya berada dalam semua group whatsapp 9 kelas tingkatan 5 sejak PKP bulan Mac lagi, maka saya sudah nampak pattern murid murid tingkatan 5 yang menyahut ke tak menyahut bila guru subjek seru, list nama murid yang siapkan latihan atau tidak. Maka inisiatif saya menggerakkan team saya membantu guru subjek . Kami mulakan dengan subjek kritikal dulu iaitu mengesan murid gagal BM dan  bagi subjek Sejarah pula untuk yang berpotensi lulus dalam SPM nanti. 

Nampak mudah mula mula....rupanya jenuh juga dari Isnin hingga ke Jumaat call sana sini untuk mengesan murid murid ini . Objektif pertama

1) memujuk masuk kelas dalam talian yang telah dikhaskan untuk mereka

2) bertanya apa masalah sebenar yang menyebabkan mereka tidak dapat memberikan komitmen selepas seminggu berada dalam kumpulan group whatsapp yang kami sudah bina untuk murid gagal BM dan gagal Sejarah. 

3) memujuk membuat yang termampu latihan yang diberikan jika murid murid bekerja. Jika bekerja siang, maka buatlah di waktu malam. Jika bekerja malam, maka siang buatlah kerja sekolah. 


Macam macam ragam murid ini bila dihubungi...antara sesi soal jawab huhuhu

Ada yang masa call, bagitahu

1) Cikgu....saya tengah kerja ini. Nanti saya call balik

(Awak kerja kat mana? Pukul berapa nak call balik? Kelas pukul 2 nanti ni)

2) Cikgu...cepat sikit cakap saya tengah .....(tak berapa faham sebenarnya) istilah game yang murid ni sebut

(Tengah buat apa tu? Kenapa tak masuk kelas? Tak kerja kan..)

3) Cikgu saya boleh online sebelum pukul 11.00 , sebab saya kena kerja pukul 11.00 pagi

(Tapi kelas pukul 10.00 pagi tadi, kenapa tak masuk?)

4) Cikgu...memanglah saya kerja malam. Tapi siang tak boleh bangun penatlah cikgu..

(Tapi kelas pukul 10.00 pagi bukan pukul 8.00 pagi)

   Apa pukul 10.00 kelas....hmmm saya belum bangun. 

5) Tengoklah kalau internet saya ok. Internet saya slow cikgu

(Waktu bilanya tak slow tu? )

6) Cikgu buat kelas malam ye...ok tengoklah dulu. Kalau dah takda delivery pukul 9.00 malam saya online ye cikgu.

(Cuba ye...cuba online. Guru subjek dah sanggup buat kelas malam. Tinggal komitmen murid je lagi)

7) Saya tak ambil modul lagi...takda masa

(Dah dua minggu dah ni...kalau keluar rumah tu belok lah ke sekolah ambil modul)

8) Latihan yang mana? Ada ye..

(Cuba skroll telefon tu )

9) Cikgu call nombor lain tu. Cikgu add nombor ni. Saya ada nombor untuk kerja dan nombor untuk sekolah

(Wow....macam businessman)

10) Cikgu...saya tak boleh belajar seorang seorang la cikgu.

(Anggaplah belajar dalam whatsapp tu belajar ramai ramai ) hihi

11. Cikgu telefon saya rosak lah. Ini telefon makcik saya

(Merata cikgu cari awak ....macam macam talian hayat dah. Gigih cikgu cari awak sebagai balasannya sila masuk kelas ye. )


Sekian. Coretan saya untuk minggu ini. 

Yang hilang dari radar pun ada. Dah whatsapp, dah mesej, dah seen...tapi buat dek pun ada. Takpe ye anak -anak minggu depan cikgu call talian hayat yang lain pula. 

Biarlah walau ciput yang turn on kelas...cikgu nak kamu semua tahu bahawa part guru dah cuba yang termampu untuk anda. Yang datng bila dipujuk, terima kasih kerana masih ingin belajar. Yang belum tu, cikgu doakan kesejahteraan minda anda dalam keadaan yang baik dan ingat nasihat cikgu sebelum meletakkan telefon atau menamatkan mesej perbualan. 

Lulus BM dan Sejarah ye....jika gagal umpama gagal SPM. 

Jaga diri baik baik


Semoga semua  bertenang

Semoga kita semua dilindungi dari wabak bahaya






27 November 2020

Tuisyen Online Percuma PPW Bangsar Pudu : Sesi Motivasi Minggu Kedua

 Hi follower blog saya. Sesi perkongsian motivasi saya minggu ini bersama guru guru kaunseling daerah saya sebelum memulakan slot pengajaran sepanjang minggu ini di youtube Sektor Pembelajaran PPW Bangsar Pudu. Saya kongsikan untuk mendapatkan idea tajuk tajuk motivasi 5 minit. Selamat menonton :)



Klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=MuvXrVM3mVE untuk sesi motivasi saya bertajuk Teknik Grounding  23 Nov 2020 dan Teknik menjawab kertas 1 BM SPM 2020 oleh Puan Salinah Abas dari SMK Convent Jalan Peel



Klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=l5CtUpz379E&t=289suntuk sesi motivasi bertajuk Jana Minda  24 Nov 2020 oleh  Guru Kaunseling Cikgu Mahani dan Teknik menjawab kertas Perniagaan SPM 2020 oleh Cikgu Saidatul dari SMK Sungai Besi





Klik youtube di atashttps://www.youtube.com/watch?v=qzb2GbkWNwQ untuk sesi motivasi bertajuk Big Why   25 Nov 2020 oleh  Guru Kaunseling Mohd Azni dari SMAWP KL dan Teknik menjawab kertas Pendidikan Islam SPM 2020 oleh Ustazah Noor Asiah dari SMK Orkid Desa



https://www.youtube.com/watch?v=_OoJfxoBQkI untuk sesi motivasi bertajuk  Konsep Pause 26 Nov 2020 oleh  Guru Kaunseling Rasean dari SK Pendidikan Khas Jln Peel dan Teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris SPM 2020 oleh Cikgu Ambigah Devi dari SMK Taman Maluri






Klik link ini untuk menonton https://www.youtube.com/watch?v=LYpr-qAGnfo untuk sesi motivasi bertajuk Teknik Podomoro  74 Nov 2020 oleh  Guru Kaunseling Cikgu Mohd Azni dari SMAWPKL dan Teknik menjawab kertas BM SPM 2020 oleh Cikgu Salwani dari SMK Seri Mutiara



Terima kasih kawan-kawan

Penggerak team MGKKL norma baru

Terima kasih mandat diberi


26 November 2020

Sesi Perkongsian Live Youtube Dan Fb: Mendepani Keciciran Murid Anjuran MGCKL dan MGKKL





 Hari ini saya selaku AJK MAjlis Guru Cemerlang KL dan AJK Majlis Guru Kaunseling KL bergabung menjalankan aktiviti bersama bertajuk COVID 19 Mendepani Keciciran Murid boleh lihat di link berikut

Di link YouTube

http://bit.ly/mgckl

FB: Majlis Guru Kauseling Kuala Lumpur


Moderator

🤵Mohammad Hazim bin Amir Nordin 

Guru Kaunseling SK Desa Tasik

Pengerusi Flying Squad & SST JPN KL


🌸Panel 1 : Nurhaiza bt Che Mat

Guru Cemerlang  Kaunseling SMK Cheras

Timbalan Pengerusi MGKKL


🌸Panel 2 : Mohd Abree bin Amin 

Guru Kaunseling SK Sebako, Sarawak 


🌸Panel 3 : Mohd Azni bin Abu Hassan

Guru Kaunseling SMA MAIWP KL


🌸Panel 4 : Amirulhaqim Mat Sudi

Q-Hijrah Training Centre

Timbalan Pengerusi MoFast


🌸Panel 5 : Leejaiti binti Jastan 

Guru Cemerlang Prinsip Akaun

SMK Tamparuli, Sabah. 


Membincangkan tajuk💪💪💪

Covid-19 : Mendepani Cabaran Keciciran Murid Dalam PdP


Jom sama-sama kita meluangkan masa mendengar perbincangan dari guru-guru berpengalaman dalam bidang KAUNSELING.


Thank you Nana. Another gajet for me







24 November 2020

skpmg2 : Cara menulis eviden perkhidmatan bimbingan kaunseling dan psikometrik Ogos - Nov

 




saya update hari ini mengenai eviden dalam skpmg2 untuk pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan psikometrik untuk waktu COVID 19 ini kita cubalah ye sepanjang Ogos -Nov 2020










Bagi standard 3 iaitu pengurusan Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan Dan Kaunseling terletak dibawah aspek 3.3.6 iaitu pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan 3.3.6.1 ialah mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang.  dan 3.3.6.2 iaitu pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.



Tahap tindakan
Mengurus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan
i) merancang sesi bimbangan/ kaunseling
Eviden:
 1) Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Pasca PKP Tahun 2020
 2) Post Mortem Perancangan Strategik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Penggal Kedua 2020
 3) e-rekod Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Tahun 2020


ii) melaksanakan sesi bimbingan/kaunseling
Eviden:
 1) Laporan sesi bimbingan/kaunseling bagi Ogos-Nov 2020
 2) Analisis bilangan sesi kaunseling/bimbingan bagi Ogos-Nov 2020
3) Senarai nama klien sesi bimbingan/kaunseling bagi Ogos - Nov 2020



iii) merancang program bimbingan dan kaunseling
Eviden:
 1) Rancangan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Kebiasaan Baharu ( Julai - Nov 2020)
 2) Rancangan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Secara Dalam Talian ; November - Disember 2020


iv) melaksanakan program bimbingan dan kaunseling
Eviden:
 1) Laporan Profiling Suara Murid 2020: 13 Ogos 2020
 2) Laporan Bengkel Intervensi Murid Yang Tegar Merokok: 4 September 2020
3) Bahan -bahan pertandingan Transformasi Minda PPDa peringkat sekolah , JPWPKL dan kebangsaan 2020
4) Laporan Minggu Kesedaran Sahsiah Diri Dan Sayangi Diri : 7 -11 September 2020
5) Laporan Taklimat Kemasukan Ke SM Teknik dan Vokasional : 18 September 2020
6) Laporan Program Gerobok Kasih : 28 Ogos - 7 Oktober 2020
7) Laporan Program Tele-Keciciran Murid Kelas Yes You Can : 28 November - 3 Disember 2020
8) Penetapan Matlamat Murid Ting 5 : 17-19 November 2020
9) Sumbangan Kepada Murid Sambutan Deepavali : 13 September 2020



Tahap kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i) dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid /prosedur /arahan yang berkuatkuasa
Eviden berdasarkan pematuhan dasar perekayasaan perkhidmatan B&K:
1) mengikut ketetapan 5 sesi untuk individu seminggu
2) mengikut ketetapan 1 kelompok bimbingan/kaunseling dalam seminggu

ii) mengikut keperluan murid/isu semasa
Eviden berdasarkan isu di sekolah tersebut. 

iii) secara berterusan /berkala
Eviden menunjukkan  tarikh perjumpaan sesi atau intervensi yang dirancang secara berterusan dan berkala seperti program motivasi, program konsultasi selepas sesi kaunseling/bimbingan dijalankan.

iv) dengan mekanisme yang sesuai
Eviden menunjukkan kaedah perlaksanaan yang sesuai 



Bagi 3.3.6.2 iaitu pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.

Tahap tindakan
Mengurus perlaksanaan pentaksiran psikometrik dengan
i) merancang pentaksiran
Eviden:
 1) Jadual Perancangan Perlaksanaan Psikometrik 2020


ii) melaksanakan pentaksiran
Eviden:
1) Jadual Perlaksanaan Psikometrik IKP Murid Ting 3 2020


iii) menganalisis data dan maklumat pentaksiran
Eviden:
 1) Carta analisis IMK dan IKP murid ting 3 2020
2) Carta analisis IKK murid ting 5 2020

iv) mengambil tindakan susulan / intervensi/konsultasi
Eviden:
 1) Laporan Bengkel Mengenal Minat Kerja Dan Kecekapan Pelbagai Murid Ting 3 : 19 September 2020
 2) Laporan Bengkel Kematangan Kerjaya Dan Motivasi Murid Ting 5 :13 Ogos 2020


Tahap kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i) dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid /prosedur /arahan yang berkuatkuasa
Eviden berdasarkan 
1) menjalankan psikometrik tertentu mengikut kumpulan sasaran tertentu. Cthnya IKK untuk semua tingkatan 5. IKP untuk semua murid ting 3 /2020 dan melaksanakan pelaporan psikometrik dalam tempoh masa yang telah dinyatakan dalam surat arahan yang berkuatkuasa.


ii) mengikut keperluan murid/bersesuaian
Eviden menunjukkan psikometrik digunakan untuk keperluan murid mengetahui minatnya, personalitinya dan lain-lain kegunaan

iii) secara menyeluruh meliputi semua murid yang berkenaan
Eviden menunjukkan data dalam sepkm murid telah dikey in tahun 2020


iv) secara berterusan/ berkala
Eviden menunjukkan kaedah perlaksanaan yang sesuai selepas murid menjawab psikometrik, terdapat intervensi dan konsultasi secara berkala : laporan 


Dear student,
Semoga keinsafan untukmu di dalam sana
Semoga pengajaran buat kedua ibu bapamu jua
Anak adalah amanah untuk dipelihara




23 November 2020

Post Mortem Perancangan Strategik UBK SMK Cheras 2020

 



Hi semua ! Saya tengok trafic view ke entri blog saya di bawah tajuk perancangan strategik 2019-2021 tinggi diakses sudah tentu oleh geng guru bimbingan dan kaunseling yang perlu bersedia dengan perancangan strategik mereka untuk tahun 2021. 


Cuma saya nak kongsikan bahawa jika anda merancang perancangan strategik untuk tahun 2021 maka anda perlu menjalankan post mortem terlebih dahulu perancangan strategik anda dalam tahun semasa untuk menilai projek yang boleh ditambah atau digugurkan pada jadual 2 dan jadual 3 tahun 2021. 


Jika anda follow entri blog saya bertajuk perancangan strategik UBK 2019-2021 maka anda dapat melihat dimanakah penyesuaian data yang perlu dilengkapkan dalam jadual 1, 2 dan 3

Selamat merancang :)


wake up..                                                                                                                                                      If you want your dreams come true                                                                                                               The best preparation for tomorrow                                                                                                                Is your BEST doing today
























22 November 2020

Inspirasi MGKKL Siri 3: Psikometrik JEPI dan Personaliti Warna




Bengkel Inspirasi MGKKL kami untuk siri yang ke 3 dijalankan hari Sabtu semalam kerana penceramah boleh conduct bengkel pada masa ini.

Belajar dan refresh semula penggunaan psikometrik warna dan JEPI untuk digunakan sewaktu intervensi. Terima kasih Cik Nurul Shaheda



Klik link di bawah ye untuk bahan bahan yang dikongsikan iaitu

1) Inventori personaliti warna


2) Slaid untuk 

Happy weekend semua 



21 November 2020

Sambutan Bulan Keluarga: Memahami Psikologi Remaja

Selamat pagi. Slot gabungan UBK saya dan PIBG sekolah dengan kerjasama LAHAzone Education. 
Sempena Bulan Keluarga Kebangsaan saya berkongsi pengetahuan. Selamat menonton. 



*Assalammualaikum dan Salam Sejahtera*

*Jemputan ke Program Bual Bicara Komuniti Bijak Fikir*

Dengan rasa sukacitanya kami ingin menjemput para ibu bapa, penjaga dan juga para pelajar untuk turut serta ke Program Bual Bicara Komuniti Bijak Fikir yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Panel jemputan kami adalah Cikgu Nurhaiza Che Mat. Beliau merupakan Ikon Inspirasi 2020 yang juga merupakan guru Bimbingan Kaunseling SMK Cheras.

Topik yang akan dikongsikan adalah sangat penting iaitu *Memahami Psikologi Remaja*.Antara intipati yang akan dibincangkan adalah

🟩 Memahami Emosi Remaja untuk ditangani

🟩 Tingkah Laku Remaja yang memerlukan bimbingan orang dewasa

🟩 Tindakan Ibu Bapa Menangani Anak Remaja

Bual bicara ini dianjurkan oleh PIBG & KSIB SMK Cheras dengan kerjasama pihak LAHAzone Education. Berikut adalah maklumatnya

*Tarikh : 21hb November 2020 (Sabtu)*
*Masa  : 10.00 pagi - 11.30 pagi*
*Penceramah Jemputan : Cikgu Nurhaiza Che Mat - *Ikon Inspirasi 2020 & Guru Bimbingan Kaunseling Cemerlang*
*Moderator : PLF Asni Muzammil , LAHAZone Education*

Bual bicara ini akan diadakan secara *LIVE* di *Youtube LAHAzone* dan berikut adalah pautan untuk turut serta ⬇️


Kehadiran ibu bapa . penjaga , guru-guru dan para pelajar adalah amat digalakkan dan dialu-alukan.

Sekian, terima kasih

*Nur Lahaniz Daud*
*AJK Biro Akademik, PIBG SMK Cheras*

cc. Tuan Razak , YDP PIBG SMK Cheras
      Puan Yuri , AJK Biro Akademik , KSIB SMK Cheras

Happy Deepavali
To all my cleaner staf :)
Their Happy face make my day