30 November 2020

Tempat Ke 6 Pertandingan Video Kreatif PPDa Peringkat Kebangsaan: Manisnya Persahabatan

 

Rezeki anak anak PRS yang menyertai pertandingan ini

Tempat ke 6 peringkat kebangsaan pertandingan Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan. Terima kasih kepada SEMUA yg membantu anak anak ini dari kawan kawan , dari guru guru kaunseling Pelatih yg sanggup melayan karenah peserta hinggalah kpd geng geng kaunseling saya. Maklumlah kami menyertai hampir 9 pertandingan yg diagih sesama kami. Mmg Tak menang tangan nak tgk semuanya..mmg kreativiti mereka hampir 100 peratus. 

Jadilah dapat RM 300 sebagai hadiah sagu hati...boleh belanja cikgu makan kat kantin sekolah nanti sepinggan yong tau yu waaaa...rindu pulak pada yong tau fu kakak kantin.

Klik link  di bawah

https://youtu.be/AIMMn2pC5d0



SINOPSIS_

Kisah Manisnya Kejayaan mengisahkan tentang seorang remaja yang terjebak dengan rokok kerana terpengaruh dengan rakan sebayanya. Rakan sekelasnya yang ternampak akan perbuatan merokoknya itu terus mencari jalan untuk menolongnya daripada terjebak dengan rokok seterusnya dapat mendekatkan diri dengan dadah. Semasa mereka sedang beriadah, mereka menyertai sebuah kempen kecil di taman tempat mereka beriadah. Seorang penceramah memberikan remaja tersebut sehelai kertas kecil yang terdapat tulisan di dalamnya. Ayat ringkas yang ditulis penceramah itu terus membuatkan remaja itu sedar akan silapnya dan terus menjauhkan diri dari pengaruh buruk dan belajar bersungguh-sungguh.



Orang yang kuat dan sabar adalah orang yang mampu menyembunyikan perasaan sedihnya kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas
Hug ....semoga sabar dengan dugaan wahai sahabat


 

Telegram Channel