31 December 2020

Coretan Emosi Tahun 2020

 


Perkara paling menceriakan hari saya :)

Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2020. Sewaktu COVID-19 mula membayangkan perubahan besar dalam sistem persekolahan, saya sudah terdetik untuk sukar melibatkan diri dengan aktivti kokurikulum bagi kemenjadian murid. Namun sangkaan itu meleset bahkan sewaktu Simposium HEM peringkat Kuala Lumpur saya sendiri sukar mempercayai bahawa kami memenangi  10 kemenangan peringkat KL dan peringkat kebangsaan ada satu untuk tempat ke 6 pertandingan video kreatif ppda.

Memenagi pingat emas peringkat kebangsaan untuk inovasi kategori murid.

Antara kejayaan yang dicapai ialah
1) Johan pertandingan video kreatif Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
2) Naib Johan pertandingan video kreatif Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
3) Johan pertandingan komik bergambar Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
4) Tempat ketiga pertandingan pidato Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
5) IKON  SLAD 
6) Naib Johan pertandingan video kreatif Sahsiah Dan Kerjaya Murid  peringkat KL
7) Naib Johan pertandingan Insprasi Motivasi  Sahsiah Dan Kerjaya Murid  peringkat KL
8) Ikon Guru Bimbingan Dan Kaunseling KL
9) penarafan lima bintang pembimbing rakan sebaya peringkat KL


Kebangsaan
1) Anugerah pingat emas peringkat kebangsaan inovasi pembangunan karaktor dan sahsiah murid.
2) Tempat keenam video kreatif Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL


Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan

Saya sering mengimpikan bengkel atau slot yang konsisten yang dikendalikan oleh saya sebagai moderator atau pengajar dengan kebebasan yang ditentukan oleh saya sendiri untuk coaching guru -guru bimbingan dan kaunseling. Oleh kerana saya mempunyai blog dan sering dijemput sebagai jurulatih utama Bahagian pengurusan Sekolah Harian untuk bimbingan kepada guru -guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia...saya merasakan saya perlu membuat bengkel yang lebih kerap dengan lebih ramai penglibatan untuk menyebarkan kemahiran saya. 

Saya teruja kerana impian menjadi kenyataan pada tahun ini. Sebaik sahaja saya mendapat pengiktirafan sebagai Ikon Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang KL, saya rasa sudah tiba masa yang sesuai saya annouce komitmen saya seterusnya dengan slot Inspirasi MGKKL  secara google meet. platfoem untuk saya berkongsi kemahiran saya dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling serta kemahiran yang diperlukan . Sama ada dari saya atau jemputan panel lain. Maka muncul slot ini setiap minggu . Saya bertuah mendapat kerjasama yang baik dengan Hazim selaku IKon Guru Bimbingan Kaunseling Cemerlang sekolah rendah untuk bergandingan menyebarkan ilmu yang bermanfaat. 

pengiktiran bagi saya....bukan satu ganjaran bahkan ia satu tanggungjawab untuk memberi lebih lagi jika setiap kali saya mendapat pengiktirafan. 

Saya juga membuat inisiatif CETUSAN MGKKL iaitu satu platform perkongsian guru bimbingan dan kaunseling kepada murid -murid sekolah sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis melalui platform facebook MGKKL secara live. Alhamdulillah saya mendapat bantuan yang baik dari persatuan Motivator Malaysia melalui kerjasama dengan Tuan Badli OHsem yang merupakan ahli bagi persatuan tersebut. Saya menetapkan hanya ada penglibatan perkongsian dari guru bimbingan dan kaunseling KL sahaja walaupun sebagai moderator untuk muncul dalam live ini.



Perkara yg membuatkan saya gundah gulana

Kesihatan saya sepanjang perintah kawalan pergerakan  COVID -19 sewaktu Mac - Jun. Mata makin merosot penglihatan menyebabkan saya perlu memakai cermin mata kerana terlalu optimum penggunan gajet dan laptop sepanjang bekerja di rumah. Mungkin faktor umur juga huhu

Minggu terakhir 2020 saya jatuh sakit...mulalah fikir yang negatif sahaja ...dengan pembedahan kecemasan pada 30hb dan sambutan tahun baru dari wad hospital . 



Perkara yg membuatkan saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)

Mendapat surat pengesahan  gred DG52 Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling. Sebelum ini setahun saya memangku jawatan itu, Alhamdulillah . Boss pula menyampaikan sijil penghargaan secara rasmi di perhimpunan.




Perkara yg membuatkan saya kecewa

pertandingan inovasi murid yang sevatutnya dijalankan di Miri, Sarawak pada bulan April ditangguhkan hampir dua kali . Tiket flight juga asyik diubah sehingga penganjur menetapkan pertandingan dalam talian. Seat untuk 10 flight Air Asia telah ditempah susahhhhhhnya nak dapat cash back tapi dioffer untuk pertukaran mata merit sahaja. Maka saya asyik bertukar tukar date flight hingga 6 kali rasanya memandangkan sayangnya nak burn begitu sahaja. At last pada bulan Oktober surrunder bagitau murid untuk burn tket sehala tersebut dan redaha sahajalah. pingat emas dalam genggaman sebagai ganjaran. Mujurlah baru beli tiket pergi. Namun terkilan juga kerana tidak dapat ke Miri Sarawak. Dengan keadaan yang tidak menentu sekrang mujur juga ibu bapa dan murid redha juga.



Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Alhamdulillah yang baik baik sahaja tahun ini


Perkara yg membuatkan saya teruja dengan pengalaman baru:
Segala -galanya pantas belajar dan mengejar..cara buat google Classroom seawal perintah kawalan pergerakan 1 dan mengajar barisan pentadbir terlebih dahulu sebelum coaching guru -guru. Belajar streamyard dari barisan guru cemerlang MGC KL . Belajar google meet dan banyak buat slaid untuk mengajar dalam google meet. Belajar rakaman di televisyen, rakaman untuk live youtube dan live facebook. Dari pemalu masa perintah kawalan pergerakan 1 sebab saya suka menulis bukan bercakap terus sekarang ini asalkan ada masa yang boleh fit saya terima maklumlah duduk di rumah tetapi selagi kita boleh menyebarkan kebaikan dan ada masa yang boleh dikongsikan ia membuatkan saya rasa bahagia dan gembira.



Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
Mendapat pengiktirafan IKON Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang peringkat KL dan seterusnya dicalonkan ke peringkat kebangsaan. hanya kebangsaan sahaja belum mengumumkan keputusan untuk tahun 2020.


Selamat datang 2021
percutian atas Katil hospital ;)


2 comments

Alhamdulilah... Setelah sekian lama tertanya-tanya ke mana menghilangnya Haiza.. Last rasanya haiza coaching GBKSM KL secara tertutup. Alhamdulilah rupanya senyap sebab faktor kesihatan. Ingatkan nak rehat seketika dr media sosial. Ambil tune untuk 2021.
.

Tahniah atas pencapaian sepanjang 2020. Yea betul saya pun teruja dengan pencapaian yang tidak di sangka sepanjang 2020. Apa pun banyak juga ingin dikongsikan masih belum di capai lagi khususnya di dalam sekolah.
.
Insha Allah jika segalanya diizinkan akan buat untuk sekolah di 2021 ini. Semoga Allah permudahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Di jauhkan dari segala virus covid-19 ni...

Aamiin. Ya semoga urusan Kita dimudahkan untuk tahun 2021 dan kesihatan di tahap yg terbaik.

 

Telegram Channel