Total Pageviews

28 February 2021

Bibliotherapy: e-book untuk Murid Sekolah Rendah Memahami COVID -19





Selamat Hari Minggu semua. Hari ini saya nak berkongsi mengenai bahan bacaan untuk murid murid sekolah rendah terutama tahap 1 darjah 1, 2 dan 3 yang akan memulakan sesi persekolahan esok. Saya berkongsi bahan Dr Haniza pensyarah UIA yang menyediakan ebook ini dalam bentuk flip untuk digunakan oleh anak -anak. Ada 19 muka surat yang sesuai untuk dibacakan atau dibaca oleh murid - murid 



Klik link berikut untuk akses ke ebook

https://online.fliphtml5.com/fnvpt/birb/ 

Versi BM


https://online.fliphtml5.com/fnvpt/aqkl/

Versi BI











Banyak cara nak bantu anak anak pra-sekolah & sekolah rendah utk faham tentang covid-19.

Ibubapa & guru-guru, cuba baca buku cerita ini bersama anak-anak. 

Sambil membaca terokai kerisauan & kebimbangan mereka. 

Beri mereka peluang untuk bertanya. 

Aktiviti interaktif menggunakan buku cerita atau bahan bacaan adalah satu strategi dalam kaunseling & pengajaran bahasa inggeris yg dinamakan biblio therapy. 


Khas untuk ibubapa, guru-guru dan GBK (Bimbingan dan Kaunselling) yang akan berhadapan dengan kerenah anak-anak untuk memulakan persekolahan esok. Semoga buku digital (e-book) ini dapat membantu anda. 


E-book dlm versi BM & English. 


Nantikan naskah terbitan buku ini dalam masa terdekat.

NOTA TAMBAHAN: Laras bahasa buku ini sesuai untuk murid pra-­sekolah dan sekolah rendah. Guru, kaunselor atau ibubapa boleh menggunakan buku ini untuk mendidik anak anak tentang COVID-­19 agar langkah berjaga-­jaga sewaktu wabak ini melanda negara. Galakkan anak-anak bertanya sambil meneroka perasaan mereka. Ambil peluang berbincang tentang keraguan dan kebimbangan mereka. Untuk sebarang cadangan dan maklum balas boleh emel hanrais@iium.edu.my

Thanks to my team for cikgu Rozita Abd Rashid, Dr Azrul Yunus, Cikgu Mohd Pilus & my talented play therapy/counseling student Eiryeen Nathasya for the illustrations, designer Aliya Nor Azman for the final touch and editor in the house Nor Azman Nordin

More to come in my Bibliotherapy for Children Book Series Dr Han 2021.

Open the link from a computer/laptop will give you a better e-book version than from the phone.

Bye February                                                                                                                                          Vaksin for COVID                                                                                                                                            May Allah ease


27 February 2021

Managing Anger: Forensic Art Therapy For Deviant Behaviour


Sambung modul 3 FAT hari ini Sabtu 26 Feb dari 10 pagi hingga 6 petang. Masakla nak oii atas kerusi. Kalau hadiri kursus kena duduk diam diam atas kerusi kalau bangun nanti kursus ke laut mood pun ke laut.

Hari ini mengurus emosi marah. pensyarah suruh bayangkan muka orang atau situasi yang membuatkan kita marah...ni problem bagi saya sebab so far memang tak berdendam dan tak marah apa pun pada sesiapa. takda imaginary nak marah pun maka aktiviti ni agak sukar bagi saya hihi. Tak jadi buat simulasi untuk diri sendiri dulu. 





Dah buat aktiviti 1 di atas, kita ke langkah seterusnya iaitu menjelaskan kemarahan kita membolehkan rasa marah itu mengalir keluar, eksresi melalui lukisan free to draw. storyline of your arts drawing about anger

aktiviti ini sedang transformkan anda mengawal diri sendiri


Aktiviti seterusnya cari sesuatu simbolik / metaphoric imej violence. Simbol yang menggambarkan keganasan dilakukan (mangsa atau pemangsa)
Alert dengan tanda tanda yang ditunjukkan mengesan keganasan untuk diambil perhatian
proses gambar itu.
Scary image: kawal diri untuk menyakiti orang lain

Kemudian  gunakan simbol atau ayat  atau sesuatu apa sahaja untuk tambah atau buang pada gambar atau lukisan tadi. 



Aktivity Arts XRAY
Level of anger themometer technic-thought glass mirror
How do you feel looking at your images
Reflect your self with the anger
How can you manage of your anger

Very angry 10 - lost of control/violance
9- negative consequences
5- you have choice
4- use your control

Coping use mind mapping. proses with any significant colour with the map. Choose relate to learn something. What you want?

At the end: What you learn?

Last aktivity
pillow talk 10 minutes
Negative energy flow when you hug your pillow

Negetaive experience Serve benefit to community

"tapping to your inner self"

Ready process- coping
different part
configuration of self

positive part ,active part

shadow part vs light part


Hectic day
Sleep is the best solution zzzzzz

 

26 February 2021

Prosedur dan Kriteria Permohonan Bantuan Awal Persekolahan


Pengagihan duit bantuan awal persekolahan untuk murid murid . Sasaran kepada ibu bapa yg mempunyai anak ting peralihan, ting 1 , ting 2 dan ting 3. Minggu hadapan ting 4 dan ting 5

Pertama kali bertugas dalam agihan wang ini. Maklumlah sebelum ini, hanya melibatkan guru kelas sahaja . Jadi tahun ini berpengalaman mengetahui prosedur memohon, kriteria utk diluluskan dan cara pengagihan dijalankan. Memandangkan kerja di kaunter ni kita kena tahu juga kriteria, cara agihan, kelulusan




Happy tummy
Farewell lunch for otai redeep
Semoga ukhwah kita masih terjalin
#kakanij#kaktipah#kaklizar#mas#bala#
kakhaizad#kakmurni#kaknoraida# kaktglaila

25 February 2021

Garis Panduan Mesyuarat Agung Pertubuhan Berdaftar Secara Online


Mesyuarat MGKKL dan KLCA hari ini. Ya di KL selain MGKKL kami ahli Kuala Lumpur Counselling Association yang merupakan sebuah pertubuhan di KL.
Kami bercadang mengadakan seminar secara dalam talian untuk guru -guru kaunseling yang merangkumi beberapa topik selama dua hari. Saya share draf dulu nanti kertas kerja yang dah dimurnikan saya share. Kertas kerja tahun lepas digunakan dengan penambahbaikan mengikut norma baharu

          Hari Pertama (23 Mac 2021 )

            

MASA

Pengisian

9.00 - 9.15 pagi

Taklimat Pengurusan Seminar

9.15 – 9.20 pagi

Slot Kecergasan 1 –

9.20 – 10.45 pagi

Sesi  1 :

Isu kesihatan Mental remaja

- pendekatan pengesanan & pencegahan 

10.45 – 11.45 tgh

Sesi 2 :

Mesyuarat Agung Pemilihan KLCA Sesi 2020-2021

11.45 – 12.00 tgh

Sesi 3 : Majlis Perasmian SemPro’2021 oleh

Pengarah JPWP KL

12.00 – 1.30 t/h

Sesi 4 :

Isu seksualiti, Pornografi, & sexual grooming, langkah pencegahan & pemulihan

 

 

 

  

Hari kedua (24 Mac 2021)

 

MASA

Pengisian

9.00 – 9.05

Aluan

9.05 -9.10 pagi

Slot Kecergasan 4 - MGK Keramat (M)

9.10 – 10.30 pagi

Sesi 5 : Teknik Kaunseling

 

10.30 – 11.30 tgh

Sesi 6 : Mesyuarat Agung Pemilihan MGKKL

sesi 2020/2021

11.30 – 1.00 tgh

Sesi 7 :

Kecelaruan kebimbangan dalam kalangan remaja teknik pengesanan dan teknik perawatan oleh kaunselor 

Oleh : MMHA (Malaysia Mental Health Association)

 

 

 








24 February 2021

Kaedah Ice Breaking Dalam Talian

Hari ini bantu Unit Kokurikulum Sekolah. Saya bimbing pengerusi buat sesi ice breaking untuk kelab, permainan dan badan beruniform. 

Saya ajar guna kaedah guna telegram melalui slaid, atau guna suara dalam telegram dan hantar gambar atau guna google meet. Boleh rujuk slaid berikut dan buat satu simulasi ice breaking dlm google meet. 

Maklumlah ice breaking merupakan tugasan utk semua unit kokurikulum bagi perjumpaan ke tiga nanti. Maka penting utk pengerusi tahu bagaimana melaksanakannya. 

Oh ye saya update utk 13 Feb satu lagi kaedah guna padlet . Cth padlet dari Kelab STEM.




Thank you ustazah
Semoga penghijrahan membawa 1000 kebahagiaan
Semoga halalkan ilmu yang dicurah

23 February 2021

Podcast : Siri Pendidik Mengenai Kesejahteraan Diri


https://podcasts.google.com/feed/aHR0cHM6Ly9tZWRpYS5yc3MuY29tL2Nlcml0YWJpYXNhL2ZlZWQueG1s 


Link di atas boleh diklik untuk mendengar macam radio tu. Boleh dengar perkongsian saya mengenai mejaga kesejahteraan diri sebagai guru dalam waktu COVID ini, dan penyesuaian murid, guru dan ibu bapa disamping menjaga kesejahteraan diri masing - masing. 


Throwback Disember lepas..

Apabila saya dihubungi melalui messenger page facebook Nurhaiza Che Mat oleh Atiqah pemilik podcast ini, mengenai jemputan untuk bersiaran dalam podcast.. baru saya tau!

podcast ni apa? Saya pula yang tanya bertubi tubi sebab tidak pernah mendengar. 

Jadi saya mula google dan baru tahu bahawa podcast ni salah satu web mcm blog gituw  tapi hanya suara semata mata macam radio tu. Tiada gambar atau penulisan untuk 'grounding time' saya. 

Yelah manusia macam macam keunikannya. Ada yang suka menulis, ada yang suka gambar gambar sahaja macam instagram tu, ada yang suka nyanyi nyanyi mcm tik tok tu dan ada juga suka berkongsi sesuatu yang ilmiah atau suka suka sahaja dengan suara, maka lebih santai berbanding dari bercakap live youtube dan live facebook hhihi. pendapat saya lah :)


podcast ini macam baru di Malaysia dan saya tidak pernah ada kenalan yang minta saya follow podcast maknanya tak ada kot yang mempunyai akaun podcast ini. 

Yang menariknya masa saya berbincang dengan pemilik akaun ini, saya  ok  sebelum betul betul sakit dan operation pada tarikh yang sepatutnya saya merakamkan suara untuk perkongsian podcast ini.

Makanya bulan Feb baru dapat bersiaran. 

Antara pengalaman saya yang pelbagai dalam pandemik ini


Bonding time #spageti bolognis#kedaiwesternfoodbaru#Done BI SPM


 






22 February 2021

Kertas Kerja Cakna Perut Diisi, Terjaga Emosi Sepanjang SPM Anjuran UBK


Kertas kerja ini disediakan pada mulanya untuk saya mencari dana apabila setiausaha peperiksaan memberitahu bahawa SOP peperiksaan sewaktu COVID 19 ini melibatkan pergerakan terhad murid dan tidak boleh ke kantin terus, apatah lagi untuk keluar dari sekolah jika ada paper petang. 
Jarak masa paper yg agak rapat pun murid perlu kekal di pusat peperiksaan. Ia memberikan saya idea untuk mencadangkan pembelian roti sbg alas perut. Setiap tahun PIBG akan memperuntukkan sarapan waktu rehat utk murid - murid selama 2 hari. Namun amalan itu tidak praktikal utk dijalankan memandangkan gap paper sejam hingga menyebabkan murid kena ke tempat transit mkn berat dan rehat yg terletak di blok lain. Oleh itu pemberian roti seawal pukul 6.45 pagi hingga 7.30 pagi membolehkan murid murid mendapat makanan yg berkhasiat  Alhamdulillah saya mendapat sokongan alumni sekolah, PIBG sekolah , ibu bapa juga. Ada ibu yg membungkus kurma dan geng guru kaunseling membantu mengedarkannya. 
Dari minggu lepas saya melobi, duit sumbangan dari 2k...cecah 4k..cecah 6k..cecah 8k. Rakan rakan guru juga menyumbang dan ustazah Tg Laila guru kebajikan sekolah banyak membantu dgn mengutip sumbangan ikhlas guru manakala saya mengutip dari ibu bapa. 
Wah 8k mmg cukup untuk taja makan tengah hari pulak 😊untuk murid murid yg menduduki subjek sidang petang sehingga tamat peperiksaan


Semoga dimudahkan urusan kami. Semoga diberkati semua usaha penyumbang. Aamiin. 

Saya share kertas kerja asal saya mengenai sarapan pagi tetapi dapat sumbangan hingga makan tengah hari.


Semoga dilindungi oleh Allah SWT
DEngan kesihatan yang baik
Dengan kelancaran menulis
Dengan ketajaman akal fikiran untuk mejawab soalan
#Farietz, Mikail and Adam


KERTAS KERJA

 CAKNA SARAPAN PAGI

MURID-MURID SPM SMK CHERAS

 

1.0         PENGENALAN

 

SPM untuk murid tingkatan 5 tahun 2020 merupakan peperiksaan penting untuk murid-murid mendudukinya dalam kebiasaan baharu akibat COVID 19. SOP yang ketat juga menyebabkan pergerakan murid –murid adalah terhad untuk berulang alik ke kantin sebelum atau selepas peperiksaan malahan selang masa antara kertas peperiksaan. Tidak boleh berkerumun seperti peperiksaan tahun sebelumnya. Malahan ramai murid yang terjejas pendapatan ibu bapa kerana wabak ini juga mula berkira –kira untuk perbelanjaan keluarga . Oleh itu Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengambil langkah membantu Unit Peperiksaan untuk menyediakan sarapan pagi kepada semua murid sepanjang peperiksaan. Ini bagi memastikan semua murid menikmati makanan berkhasiat sebelum memulakan peperiksaan.

 

 

2.0     MATLAMAT

            Semua murid tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM

           

3.0        TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :

22 Februari 2021 sehingga 25 Mac 2021

                                         

4.0       SASARAN

            Semua murid tingkatan 5

 

5..0     OBJEKTIF

1)     Meningkatkan kesedaran murid mengenai khasiat sarapan pagi untuk kekal bertenaga dalam peperiksaan

2)     Memastikan murid murid tidak lapar sebelum memulakan peperiksaan dan berada dalam keadaan yang sihat


6.0       KPI

Output

Murid –murid dapat menikmati sarapan pagi yang berkhasiat sepanjang peperiksaan

Outcome

Murid –murid kekal sihat dan bertenaga dari mula peperiksaan sehingga tamat peperiksaan

 

7.0     ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Sumber

 

Kos

 

Jumlah

 

 

 

 

 

 

 

Perbelanjaan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Pembekal

 

Kos

 

Jumlah

1.

 

 

 

 

 

 

 

8,.0    AHLI JAWATANKUASA

 

Pengerusi     : En Jamil Bin Jamaludin

Timbalan Pengerusi : Cik Lee Swee Ching

Setiausaha   : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Naib Setiausaha: Puan Rozinani Bt Awang

AJK                  : Puan Nurazlina Bt Che Omar

                             : Puan Kavitha a/p Chelliah

 


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

         

9.1       URUS SETIA

 

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

             

          

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Roti lewat tiba ke sekolah sebelum 7.10 pagi

Masalah dari pembekal

Mengedarkan semasa murid menunggu di luar pusat peperiksaan

Guru kaunseling

 

 

 

11.0     PENUTUP

 

Semoga murid murid dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan dapat menjawab dengan persediaan makanan yang berkhasiat,

 

         

Disediakan oleh,                                                                 

  

(Nurhaiza Bt Che Mat)  

Tarikh:                                                     



Ulasan

________________________________________________________________  

          ________________________________________________________________

 

 

Diluluskan oleh/ Tidak diluluskan oleh,

 

 

(Jamil Bin Jamaludin AMP)

            Pengetua

            Tarikh :