Hi semua . Selamat bercuti umum Tahun Baru Cina. Detik 12 mlm mmg pong pong pong mercun dari jiran jiran. Kejiranan majmuk kena tahan telinga sambil mata menikmati mercun berwarna warni dari jendela rumah.
Selaku penyelaras program Tahun Baru Cina saya wrapkan dua dalam satu. Satu bawah Unit HEM Program Guru Penyayang untuk Sambutan Perayaan Murid. Satu lagi bawah Kokurikulum utk RIMUP dan dijadikan salah satu aktiviti perjumpaan kelab dan persatuan secara dalam talian.
Maka minggu lepas rakaman ucapan, penyediasn yee sang, sumbangan sumbangan dan ziarah Cakna settle . Pertandingan juga ada 3 yang masih berlangsung yg kita akan umumkan pada 17 Feb sewaktu live ini dijalankan.
Terima kasih kepada semua AJK. Saya share kertas kerja 😄. 
KERTAS
KERJA
RIMUP
TAHUN BARU CINA
PERINGKAT
SEKOLAH 2021
1.0 PENGENALAN
Program
Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.Guru penyayang ialah guru yang
memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan
pelbagai program sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agar dapat
memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan murid sekolah ini terdiri
dari berbilang kaum. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah
masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku
sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup
bermasyarakat. Walaupun dalam keadaan negara dilanda wabak COVID -19, program
ini tetap diteruskan dan akan dijalankan secara dalam talian.
2.0 MATLAMAT
Menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan
menyerikan perayaan sambutan kaum
lain dengan suasana muhibbah.
3.0. TARIKH/ MASA/ TEMPAT : 17 Februari 2021
2.00
petang – 3.00 petang
4.0 SASARAN : Semua
murid SMK Cheras
5.0 OBJEKTIF
1) Mewujudkan
semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai
budaya.
2) Mengamalkan budaya
penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan
agama dan bangsa.
3) Menerapkan
integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat
6.0 KPI
(Indikator Output Dan Outcome)
Output |
Warga
sekolah dapat mempelajari budaya kaum lain dan bersama-sama menghormati
antara satu sama lain. |
Outcome |
Murid
menghormati antara satu sama lain dan tiada isu perkauman dan masalah
disiplin yang melibatkan isu perkauman. |
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
PCG Kaunseling = RM 340.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL |
PERKARA |
BUTIRAN |
JUMLAH |
1 |
Yee Sang |
|
RM 30.00 |
2 |
Pertandingan Poster |
Johan RM 20 x 2 orang=RM
40 Naib Johan RM 15 x 2
orang = RM 30 Ketiga RM 10 x 2 orang =
RM 20 Sagu hati RM 5 x 4 orang
= RM 20 |
RM 110.00 |
3 |
Pertandingan Menulis
Cerita |
Johan RM 20 x 2 orang=RM
40 Naib Johan RM 15 x 2
orang = RM 30 Ketiga RM 10 x 2 orang =
RM 20 |
RM 90.00 |
4 |
Pertandingan Kuiz Online
Youtube |
RM 5 x 10 orang |
RM 50.00 |
5 |
Pertandingan Kuiz Dalam
Talian Group Whatsapp |
RM 3 x 20 orang |
RM 60.00 |
|
|
|
RM 340.00 |
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Encik Jamil Bin
Jamaludin (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi : Puan Marhaniza Binti
Mahmod(PK HEM)
Naib
Pengerusi : Puan Saleha Binti Ali
(PK Kokurikulum)
: Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir &
Kurikulum)
Setiausaha : Puan
Nurazlina Bt Che Omar
Penyelaras : Puan Nurhaiza Binti Che Mat
1 |
AJK Penyediaan Skrip Dan Pengacara
Majlis Puan Suhaibah Binti Mat Puan Diyana binti Zainol Puan Athirah (Kelab BM) |
1.
Menyediakan skrip juruacara dan bertindak selaku pengacara majlis |
2 |
AJK Teknikal En Ahmad Azran B Abdul Rahman (Kelab Komputer & ICT) |
1.
Membantu urusan teknikal agar berjalan lancar |
3 |
AJK Kebajikan Agihan Bantuan Cik Lie Kiet Wei (K) Pn Ang Choon Ai Cik Tuong Loy Mui (Kelab
Bahasa Cina) Pn Kanagambigai a/p Ramoo (Kelab Interact) |
1.
Membantu agihan bantuan kepada murid –murid yang memerlukan untuk persiapan
menyambut Tahun Baru Cina |
4 |
AJK
Ziarah Cakna Puan Nurhaiza Bt Che Mat Puan Nurazlina Bt Che Omar Puan Rozinani Bt Awang (Kelab
Kerjaya) |
1.
Menyediakan
video Ziarah Cakna selama 5 minit. |
5 |
AJK Video Ucapan Guru Dan PIBG Hazmer bin Mamat Noor Syaheera binti Hamdan (Kelab Fotografi/Redaksi) |
1.
Menyediakan
video ucapan dari 8 guru pelbagai kaum dan wakil PIBG berdurasi 8 -10 minit |
6 |
AJK Video Ucapan Murid Amiruddin bin Mohd. Yusoff (Ketua) Noraida binti Mohamad @ Abdullah ( Kelab pencegah Jenayah) Yahya bin Mat Yasin (Kelab Doktor Muda) |
1.
Menyediakan
video ucapan dari pemimpin murid dan membimbing penyediaan skrip berdurasi 2
minit 2.
Menyediakan
video dari 6 murid pelbagai kaum untuk memberikan ucapan berdurasi 6 minit |
7 |
AJK Penyediaan Yee Sang Pn Nurul Shafini Bt Abdul Hadi Pn Nurul Saadah Binti Ismail (Kelab Katering) |
1. Menyediakan video penyediaan yee
sang sambil memberikan penerangan kepada penonton berdurasi 6-8 minit. |
8 |
AJK Penerangan Sejarah Sambutan Tahun Baru Cina Puan Murni Bt Mat Jali (Persatuan
Rukun Negara) |
· 1. Memberikan taklimat Sambutan Tahun Baru Cina , pantang larang orang Cina dan budaya yang diamalkan sewaktu perayaan selama 10 minit |
9 |
AJK Kuiz Secara
Live Youtube Faiza binti Mamat Laili Azuwa binti Tamrin (Kelab Pengguna) |
1.
Menyediakan
5 kuiz spontan untuk dijawab oleh murid selepas taklimat Sejarah Sambutan
Tahun Baru Cina dan penyediaan yee sang 2.
Mengenal
pasti 10 murid yang dapat menjawab dengan betul dan terawal pada live youtube
tersebut 3.
Menyerahkan
nama pemenang kepada AJK Sijil dan Hadiah |
10 |
AJK
Persembahan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman (Ketua) Salina binti Mohd Isa (Kelab Budaya Dan Muzik) |
1.
Menyediakan
persembahan murid secara rakaman selama 10 minit. |
11 |
AJK Pertandingan Menulis Cerita Pengalaman Menyambut Tahun Baru Cina Zahirah Binti Abdul Halim Yusmila binti Mohamad Yunus (Kelab
Bahasa Inggeris) |
1.
Mengadakan
pertandingan menulis cerita untuk 3 orang pemenang menengah bawah dan 3 orang
pemenang menengah atas mulai 10 Februari 2021 dan pemenang diumumkan pada 17
Februari 2021 Menyediakan
slaid poster pemenang untuk ditayangkan bersama nama pemenang |
12 |
AJK Kuiz Secara Dalam Talian Hamizah Binti Md Aris Nordalila binti Yahya Aisyatul Nazliah bt Abdul Rani Haliza binti
Halid (Kelab STEM) |
1.
Menyediakan
aktiviti secara dalam talian sama ada dalam bentuk kuiz kahoort atau google
form atau apa sahaja yang akan ditebarkan link kepada murid –murid di dalam
group whatsapp kelas mulai 10 Februari 2021 dan pemenang diumumkan pada 17
Februari 2021 2.
Pemenang
terbahagi kepada 10 orang menengah rendah dan 10 orang menengah atas 3.
Menyediakan
slaid nama pemenang untuk diumumkan oleh pengacara majlis |
13 |
AJK Pertandingan Poster Aida Azlina
binti Ramli Mohamad Lokman Bin Ibrorhem
Siti Fauziah Binti Cheklah (Kelab Seni Visual) |
1.Mengadakan pertandingan
seni visual suasana Tahun Baru Cina untuk 6 orang pemenang menengah bawah dan 3 orang pemenang menengah atas mulai 10 Februari 2021 dan pemenang diumumkan pada 17 Februari 2021 2.
Menyediakan
slaid poster pemenang untuk ditayangkan bersama nama pemenang |
14 |
AJK Penilaian Dan Dokumentasi Program Nurul Masyitah bt. Mohd Sham (Ketua) Tipah Binti Ngah Ahmad Firdaus b Mohamad Ya Masrizal bin Abu Bakar Mohd
Nidzam Bin Mohd Yusoff Maizatul
Akma binti Mamat (Kelab
Pencinta Alam) |
1.
Mengedarkan
borang penilaian kepada warga sekolah secara google form 2.
Membuat
analisa penilaian berdasarkan borang penilaian 3.
Menaip
analisa dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi 4.
Menyediakan
laporan dokumentasi dan mendapatkan maklumat pemenang dari J/K Pertandingan |
15 |
AJK Sijil Dan Hadiah Nurul Hamiza Binti Nodzari Muhammad Bukhari bin Saripuddin Haslina Bt. Hashim |
1.
Menyediakan
sijil pemenang dan hadiah berdasarkan bajet |
16 |
Penyelaras Kelab /Persatuan |
1.
Membuat
Pendaftaran ahli kelab melalui google form |
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH
1) Unit Bimbingan Dan
Kaunseling
2) Persatuan Kokurikulum
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
Rabu
12.30 t/h |
Ucapan Aluan Pengacara
Majlis |
|
Bacaan Doa |
|
Ucapan Pengetua |
|
Ucapan Guru |
|
Ucapan Murid |
|
Penerangan Sejarah Tahun
Baru Cina |
|
Penyediaan Yee Sang |
|
Kuiz Spontan |
|
Aktiviti Kebajikan Dan
Ziarah Cakna |
|
Persembahan Kelab Budaya |
|
Pengumuman Pemenang Poster Kuiz Mengarang Cerita |
1.30 |
Tamat |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Gangguan teknikal |
Masalah internet |
Memaksimumkan rakaman agar masalah teknikal
dikurangkan dan berjalan lancar |
AJK Teknikal |
11.0 PENUTUP
Diharapkan
agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.
2 comments
Salam cikgu Nurhaiza. Saya berminat dengan program yang dijalankan oleh sekolah cikgu dan ia juga dilihat selari dengan kehendak soalan tugasan saya. Jadi saya ingin meminta kebenaran untuk menggunakan butiran dan gambar-gambar yang telah cikgu masukkan ini dalam tugasan saya sebagai lampiran. Tindak balas daripada cikgu sangat saya harapkan. Terima kasih.
Saya iznkan anda memggunakannya untuk tujuan tugasan anda yg bersifat pendidikan.