18 March 2021

Soalan Lazim Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2021




Assalammualaikum dan selamat sejahtera untuk semua anak anak yang membaca dan follower saya yang suka membaca entri blog saya

Semalam kami UBK mengadakan taklimat memohon matrikulasi kepada kelas kelas yang layak memohon kursus ini. Cikgu Rozinani menyampaikan taklimat ini untuk semua murid bagi matrikulasi

Saya susun soalan soalan lazim di sini untuk memudahkan murid murid memahami dengan lebih baik mengenai pilihan yang mereka ambil



1) Jika saya ingin memohon matrikulasi tahun depan boleh tak, cikgu?  lepas saya ambil paper spm ulangan untuk subjek yang D sebab tahun ni kan dah tiada matrikulasi sains dua tahun?

walaupun umur anda belum melebihi 20 tahun tetapi anda bukan lagi calon spm tahun semasa. Maka mohon diploma upu lagi baik untuk pengajian 3 tahun dari anda masih menunggu untuk mohon matrikulasi kerana dikatakan jimat hanya setahun tetapi anda tidak boleh memohon tahun depan kerana bukan calon spm tahun semasa.



2) Apakah perbezaan antara ketiga -tiga jurusan tersebut?
Subjek wajib untuk ketiga tiga kursus ini ialah Matematik dan Kimia. Oleh itu Kimia wajib kredit.

 Beza pada subjek khusus seperti sains hayat perlu belajar Fizik dan Biologi, Sains Fizikal perlu mempelajari Fizik dan Sains Komputer manakala jurusan Sains Komputer pula perlu Biologi dan Sains Komputer.

Yang penting sewaktu memohon ke peringkat ijazah, jika anda ingin memohon ijazah dalam benda benda hidup seperti perikanan, perhutanan, farmasi, perubatan maka ada dinyatakan perlu mendapat keputusan minimum dalam Biologi di peringkat matrikulasi. Jika mengambil sains fizikal, sudah tersasar dari pilihan kursus ijazah anda. 

Oleh itu, buat homework kursus kursus ijazah nanti, apakah subjek yang utama untuk anda ambil. Jika memang anda ingin ke kursus berkaitan dengan teknologi maklumat dan sains komputer , maka mohon sains komputer.

JIka berminat dengan kejuruteraan boleh mohon jurusan sains fizikal atau jurusan kejuruteraan

Jurusan Sains ini membolehkan murid memilih aliran berikut selepas SPM– Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Sains Kesihatan Bersekutu dan lain-lain


3) Apakah beza antara jurusan sains fizikal dan jurusan kejuteraan?
Jurusan kejuruteraan ada 4 iaitu wajib belajar matematik, kimia dan fizik dan pengkhususan itu yg membezakannya iaitu jurusan ASAS belajar asas kejuruteraan, AWAM belajar kejurteraan awam, ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK belajar elektrik dan elektronik engineering dan MEKANIKAL ambil mechanical engineering. 

Ini kerana murid murid di SM Teknik sudah belajar di ting 4 dan 5 aliran tersebut dan mengambil elektif dalam pengkhususan yang dinyatakan. 

Aliran kejuteraan ini membolehkan murid memilih bidang berikut di ijazah – Kejuruteraan, Seni Bina, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan bidang teknikal lain.

4) Bolehkah murid aliran sekolah menengah harian biasa memohon jurusan kejuruteraan? 

Untuk tahun ni boleh. Kerana syarat syarat yang dinyatakan , ada pilihan elektif yang boleh juga untuk murid aliran sains tulen atau sains gunaan seperti ambil Bio , Rekacipta dan tgk list list subjek tu ye...jika kredit anda layak walaupun anda bukan dari SM Teknik.

Anda boleh terus memohon ke ijazah nanti ijazah kejuteraan asas, ijazah kejuteraan awam, ijazah kejuteraan elektrik dan elektronik , ijazah kejuteraan mekanikal. Umpama murid yg mengikuti kursus diploma kejuteraan letrik yang memohon bersama sama anda untuk ke ijazah kejuteraan elektrik.

Ingat ye matrikulasi adalah fast track! Setahun sahaja dan untuk ke ijazah, persaingan anda adalah murid STPM dan diploma


5) Apakah beza antara perakaunan dan perakaunan profesional?

Jurusan perakaunan profesional mempunyai program CAT (Certified Accounting Technicians). CAT merupakan program Foundation, sebelum murid menyambung pengajian ACCA. . Dan sejurus tamat program Perakaunan Profesional, terus menyambung pengajian ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di UiTM sahaja.
Oleh kerana bertaraf profesional, maka matematik dalam Add Math diperlukan kredit untuk masuk ke program ini. 
Oleh kerana itu, perlu lulus ujian aptitud dan temuduga. Dibuka kepada bumiputera sahaja dan belajar di UiTM selepas kursus di matrikulasi.


Murid yang mengambil aliran akaun biasa boleh memohon ke mana mana Universiti Awam. Menyambung di mana mana universiti awam untuk ijazah dalam bidang
Perakaunan, Pengurusan, Perniagaan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan/ Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber Manusia, Undang-Undang dan lain-lain. 



6) Berdasarkan syarat minimum tersebut, bolehkah murid aliran sains dan tidak pernah mengambil prinsiakaun sewaktu spm memohon matrikulasi akaun atau akaun profesional?

Ya boleh, pastikan syarat minimum anda  yang diperlukan untuk kiraan merit mengikut syarat minimum C untuk memohon jurusan akaun manakala  untuk jurusan akaun profesional lebih tinggi syaratnya dengan A- untuk Bi dan A untuk Math dan wajib kredit Add Math dan subjek elektif lain dalam kiraan merit juga ialah A


7) Betulkah tahun ini tidak memerlukan pengiraan Add Math dalam subjek wajib ambil di peringkat spm untuk jurusan akaun?

Ya. Jika anda tidak mengambil Add Math anda boleh memohon Jurusan perakaunan tahun ini, dengan syarat gred C untuk mana mana tiga elektif yang anda ambil atau untuk murid yang bukan aliran Sains, tiga elektif subjek termasuk subjek Sains teras anda boleh diambilkira.

Akaun profesional masih wajib mengira Add Math dalam syarat permohonan.


8) Jika kita mendapat mana mana subjek sains D, saya boleh ke program dua tahun untuk matrikulasi kan, cikgu?

Oh untuk pengambilan tahun 2021  ini, jika anda tidak menepati syarat minimum yang dinyatakan , maka anda tidak ke matrikulasi dua tahun seperti senior senior anda sebelum ini. Tahun ini hanya ditawarkan matrikulasi sains untuk program setahun sahaja.






9) Bolehkah jika kita mendapat tempat untuk matrikulasi, kita boleh juga berpeluang mendapat tempat yang lain seperti upu atau tingkatan 6?

Tahun ini bukan penawaran single window single offer, maka jika anda memohon 3 tempat contoh matrikulasi, Institusi perguruan dan unit pengambilan universiti maka anda layak menerima tiga tawaran jika keputusan peperiksaan anda adalah layak.

Maka buat pertimbnagan yang sewajarnya yang menepati minat, pembiayaan dan hala tuju selepas kursus tersebut. 


10) Apakah perbezaan antara asasi sains dalam upu dengan matrikulasi sains kpm ?Yang mana terbaik jika saya mendapat kedua dua pilihan ini

Asasi membolehkan anda berada dalam universiti. Anda akan terus diserap ke dalam ijazah dalam universiti tersebut yang merupakan feeder kepada universiti itu. Jika anda mendapat asasi perubatan contohnya, anda akan masuk ke ijazah perubatan di universiti tersebut. Jika mendapat asasi sains di universiti A, maka program ijazah di universiti A itu anda sudah berada di dalamnya jika lulus asasi sains di universiti A. Hanya beberapa universiti sahaja yang membenarkan pelajar asasinya memilih ke ijazah universiti lain. Ini anda boleh tanya sendiri kepada pihak universiti. Oleh kerana itu mata merit asasi untuk murid spm memerlukan mata merit yang tinggi.

Bagi matrikulasi pula, anda akan bersaing tempat peringkat ijazah di universiti apabila tamat matrikulasi dengan pelajar stpm dan diploma. Anda akan mengisi borang upu dan merit akan dikira untuk ke ijazah universiti. 



11) Bolehkah memohon mana -mana kolej matrikulasi dalam pilihan tempat ?

permohonan jurusan kejuteraan telah dikhususkan untuk tiga kolej seperti di bawah
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang. 
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka. 
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Pontian.


 manakala jurusan akaun profesional di Kolej Matrikulasi Selangor.









12) untuk menyambung pengajian ke luar negara,  universiti-universiti mana yang menerima masuk dari lulusan matrikulasi ini? 

boleh rujuk list di bawah ye nama nama universiti luar negeri


13) Jika selepas matrikulasi, kita hendak berhenti dahulu dari meneruskan ke ijazah bolehkah saya mencari pekerjaan dengan kelulusan matrikulasi?
 macam murid stpm tu cikgu, lepas habis dan dan nak cari duit dulu sebelum sambung belajar ijazah

Boleh kerana lulusan matrikulasi diiktiraf dengan gred gaji 29 setara stpm dan diploma berkuatkuasa pada tahun 2016






Rebung Chef Ismail

Meraikan puan maheran

Tahniah puan...semoga cemerlang di tempat baru


 

 

Telegram Channel