8 August 2021

Coaching : Membitarakan PRS Tahap Bongsu Secara Dalam Talian

Projek Coaching and Mentoring dari saya kepada guru-guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah mengenai membitarakn peranan PRS walau dalam PdPR dan murid masih lagi berjaya ditauliahkan tahap bongsu. Ada 86 guru yg mendaftar melalui google form yang saya tebarkan untuk slot Coaching Mentoring 

Modul modul ini boleh dibuat.
Boleh buat secara online atau offline. Modul menggunakan slot youtube yang pernah diupload dalam youtube untuk ditebarkan kepada group PRS dan mereka mendengarkannya secara offline. Begitu juga kelompok LDK dlm gogle meet. Atau beri tugasan dlm group. Yang penting dari 18 slot utk 16 jam tu..kita decide samaada 8 online atau 8 offline. Penglibatan murid dah 80 peratus menyertainya iaitu minimum 14 modul cover dah layak. 

Tugasan projek juga boleh dijalankan dengan pelaporan yang sangat ringkas. Projek projek dapat dikumpl memjadi satu inovasi atau libatkn penyertaan murid untuk  jalankan juga apa apa projek samaada yg mudah di rumah seperti kad, folio hinggalah projek dlm talian seperti tik tok, power point, video dsb.

Penulisan sesi bantu rakan juga sekadar info yang boleh dirujuk kepada guru bimbingan kaunseling dan ada antara info tersebut yang boleh guru kaunseling dapatkan maklumat lanjut nanti dari ahli PRS. Sesi bantu rakan 20 org ye. 

Saya share juga rubrik mengenai penarafan PRS dan bimbing apa yang perlu ada hingga sekolah saya berjaya mendapat top 5 peringkat kebangsaan. 
Slaid tersebut saya dah upload dalam entri blog tentang penarafan PRS sblm ni dan taklimat di youtube live.

Cikgu Hazim cover inovasi dan Ikon PRS nya yg terpilih top 5 peringkat kebangsaan  

Semoga dapat membantu membitarakan PRS masing masing. 


Thanks Kak Ema
Patin tompayak Pahang with love
Happy tummy



 

Telegram Channel