4 September 2021

Intervensi Cegah Bunuh Diri: Hidupkan Harapan, Tunjukkan Empati


Slot saya tentang sempena kempen pencegahan bunuh diri 10 sept 2021. 
Nak educate awareness. Semoga membantu
Ada 8 perkara yg mendorong seseorang untuk membunuh diri
1) Hanya nampak membunuh diri ini sahaja satu satu cara untuk menamatkan masalah. Tiada cara lain
2) Bunuh diri untuk menamatkan kesakitan emosi mereka , fizikal mereka dan minda mereka yg sangat sakit
3) Berfikir hitam putih tidak rasional . Jika inginkan sesuatu dan tidak dapat terus menganggap apa gunanya untuk hidup
4) Tiada harapan dan tiada yang ambil peduli. Menganggap tiada org yang sudi bertanya tentang dirinya. Tidak disedari kewujudannya atau tidak menghargai kewujudannya
5) Keperluan hidup tidak dipenuhi sama ada dari aspek asas makanan dan kewangan..dan tidak mampu menyumbang. Menganggap jika menyumbang sesuatu yg bermanfaat adalah org yg berguna. Jika tidak mampu menyumbang kewangan adalah org yg tidak berguna.
6) Ada niat ada hasrat untuk melakukannya kerana proses kemurungan atau stres yg dilaluinya
7) Melakukan resilen diri yang dianggapnya mendamaikan dengan cara yang memusnahkan dan menyakitkan seperti mencederakan diri, memukul diri. Lama kelamaan menjadi keseronokan dan kelaziman untuk mendamaikan diri sendiri. Ia boleh menjurus kepada bunuh diri jika terlebih atau terekstrem tindakan tersebut
8) Memikirkan mati lebih mudah dari hidup. Sebab-sebab untuk mati lebih kuat. Namun mengabaikan tentang sebab -sebab untuk perlu hidup.

Bagaimana menjadi ahli komuniti yg membantu? 

Sila tekan link youtube di bawah ini dan semoga membantu anda. 





Bagaimana menyesuaikan diri dalam Pandemik COVID ini dalam kebiasaan baharu?

Jom sertai *Hidupkan Harapan Tunjukkan Empati* Sempena Bulan Kempen Pencegahan Bunuh Diri

Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama KLCA berbesar hati menjemput tuan/puan mengikuti program di atas seperti ketetapan berikut :-

๐Ÿ—’️ *Tarikh :* 
04 September 2021 (Sabtu)

๐Ÿ•ฐ️ *Masa :*
10.00 pg- 11.00 pg

๐Ÿ–ฅ️ *Medium :*
*YOUTUBE :*
 https://www.youtube.com/watch?v=Q13PIIet-uc

*FACEBOOK *:                                                             https://www.facebook.com/337188628100559/posts/356722999480455

๐Ÿง• Disampaikan oleh :
Pn. Nurhaiza  Binti Che mat
Guru Cemerlang Kaunseling, SMK Cheras Kuala Lumpur

๐ŸŒธ Penyertaan tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Link SPLKPM akan dikongsi pada akhir slot

*Save the date* ✨

Ayuh! Bersama kami dalam perkongsian ilmu
#hati๐Ÿ’–yang๐Ÿ’–peduli๐Ÿ’–


 

Telegram Channel