Esok bermula sesi persekolahan yg baru bagi murid murid. Tetapi bagi murid sekolah menengah masih sambung PdPR di rumah. Iye sibuk hari ni utk bagi reminder pada murid murid
Tebarkan poster peringatan dan aluan hadir ke sekolah selaku penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras:
Antaranya
1,) Pastikan duduk dalam group whatsapp kelas yg betul terutama ting 1 dan 4
2) Pastikan jadual waktu sudah diperolehi dan anda membelek jadual waktu tersebut.
3) Sediakan buku teks mengikut jadual PdPR anda sepanjang dua minggu ini.
4) Pastikan line internet aktif dan gajet sudah dicaj ye
5) Pastikan bangun tidur awal dan bersedia dgn buku dan alat tulis seawal pukul 7.30 pagi.
6) Oh ye jangan tidur lewat. Betulkan tabiat tidur agar tidur awal bangun awal juga.
8) Hari pertama penting kerana mood yg baik suasana yg teraputik akan membantu anda rasa seronok utk masuk belàjàr secara online. Semoga membantu mengekalkan motivasi anda untuk sentiasa nak masuk kelas secara online, offline dan bersemuka nanti.
9) Pasang niat dan impian untuk sesi persekolahan ini. Amin untuk doa yg baik baik terhadap apa yg anda ingin capai.
Oh ye anak anak mulakan dengan azam tahun 2022 ini untuk menuntut limu dengan lebih rajin, komited masuk kelas online mahu pun bersemuka nanti, rajin buat kerja sekolah dan rajin bertanya jika tidak faham. Jangan tidur dalam kelas ye .
Semoga selamat sampai Farietz
ETS KL -Perlis