25 August 2022

Konvensyen Pegawai Pendidikan Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2022

Fly ke Kota Kinabalu Sabah dgn Kak Ku Mahani Guru Cemerlang ERT. Tahun ni tak semeriah mcm team kami di Kelantan tahun lepas rombongan 8 org. Tahun ni wakil Majlis Guru Cemerlang dari setiap negeri ada had iaitu wakil guru cemerlang KL  ada 2 orang iaitu satu peserta dan satu pembentang. Saya selaku pembentang dan Kak Ku selaku peserta..

Saya memilih tajuk Intervensi PEER program ekspresi emosi remaja untuk meningkatkan psikososial masyarakat 5.0

Ada 3 tema diberi dan tema 3 ni dekat di hati iaitu pendidik berjiwa insaniah memantapkan masyarakat 5.0.

Dalam konvensyen kali ini melibatkan guru besar, pengetua cemerlang, pensyarah cemerlang matrikulasi, guru cemerlang dari sekolah dan kolej KV dan sebagainya. Oleh kerana tuan rumah di Sabah, maka sudah pastinya lebih ramai dari peserta Sabah. 

Saya bawa tajuk yg boleh membantu peserta memahami peranan guru kaunseling . Full paper sy tak dapat share sebab hak milik BPG untuk diterbitkan. 



Boleh ikuti di sini link pembentangan saya





Team Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sabah YDP MGK Sabah En Musli dan GC Kaunseling Cg Mapatan. Sebelah saya Jurulatih Cemerlang Dari Sek Sukan Bukit Jalil
Bersama Pengetua Cemerlang yg juga mantan PK HEM saya
Kontigen KL: 3 Guru Cemerlang , sorang pengetua cemerlang, pegawai meja Guru Cemerlang dan wakil pengarah 

 

Telegram Channel