11 August 2022

Slot Bina Matlamat Murid Orang Asli


11 hingga 12 Ogos 2022 saya berada di Cameron Hinghland untuk program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh KLCA iaitu Kuala Lumpur Counseling Association dan Majlis Guru Cemerlang WPKL. 

Sasaran kami kepada 50 murid murid orang asli darjah 5 dan 6 di SK Tanah Rata Cameron Highland.

Slot KLCA ialah mempromosikan khidmat kaunseling dan pada hari pertama ini kami membuat slot membina matlamat yg dikelolakan oleh Cikgu Fazilah Hashim. 

Menggunakan bongkah kayu untuk membina shape yg diarahkan oleh penceramah memupuk sikap kreativiti murid dalam mencari penyelesaian masalah hingga mencapai matlamat yg diperlukan  

Murid juga dibimbing mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang  

Akhir slot, nyanyian Gemuruh Jiwa untuk murid murid menyanyikan dgn penuh semangat

Selesai slot ini, murid murid bersama team guru cemerlang pula utk slot Sains. 
Membina rangka manusia dari slot kadboard dan berbincang mengenai sistem tulang menggunakan ABM yg digunakan. 

Murid juga diajar menyanyi didik hibur untuk mengingati mengenai sistem perlindungan haiwan. 

Berakhir slot hari pertama ini

Barisan AJK dan fasi dari MGCKL dan KLCA


Bharat Tea

Cenderamata dari KLCA kpd sekolah SK Tanah Rata berbentuk buku buku utk perpustakaan 

 

Telegram Channel