4 March 2023

D'LATE : Intervensi Lewat (Johan Sahsiah Kebangsaan)


Hari ini saya share bagaimana intervensi D'LATE ini dijalankan.

Apabila saya masuk ke sekolah ini pada bulan April, pentadbir mengarahkan agar GBK diberikan tanggungjawab untuk mengawasi murid yang hadir lewat ke sekolah. Memandangkan KPI sekolah ingin mengurangkan murid lewat ke sekolah 


Maka pada bulan pertama saya observe bagaimanakah sistem murid hadir lewat ke sekolah dijalankan di sekolah ini, bagaimana data dikutip dan apakah intervensi yang akan dijalankan.


Maka pada bulan pertama murid-murid yang datang lewat ke sekolah saya dan team GBK menjalankan temubual faktor datang lewat ke sekolah sehingga kami mendapat data yang tepu bermaksud faktor diulang ulang dari list berikut dan ini adalah hasil dari soal selidik yang kami jalankan.



1)     Kumpulan sasaran terdiri daripada murid yang lewat ke sekolah secara sengaja dan tidak sengaja.   

          Berdasarkan temubual

1)    Lewat kerana masalah diri sendiri iaitu tidur lewat bermain telefon bimbit atau permainan maya. Ini menyebabkan murid tidur lewat dan susah berjaga pagi. Akibatnya yg menaiki bas awam lewat menunggu bas dan yang menaiki kenderaan sendiri akan lewat sampai di sekolah

 

2)    Bersiap mengambil masa yang lama untuk ke sekolah. Bangun awal, murid baru hendak menggosok baju dan mengejutkan adik lewat untuk bangun juga menjadi penyebab lewat sampai disekolah

 

3)    Menaiki kenderaan dengan ibu bapa atau abang. Kalau pemandu pengangkutan itu itu lewat bersiap, tempias juga pada murid.

 

4)     Ada keluarga yang menghantar anak-anak mengikut giliran. Dalam hal ini ibu bapa perlu pengurusan masa yang berkesan untuk menghantar anak anak supaya tidak ada anak yg lewat ke sekolah dan keluar rumah pada waktu yg ideal.

 

5)     Keluar rumah sudah awal pagi tetapi menunggu kawan. Kawan keluar rumah lewat dan menyebabkan kami berjalan kaki bersama ke sekolah atau kami menaiki motorsikal bersama ke sekolah atau kami menaiki bas bersama ke sekolah.

 

6)    Lokasi rumah yang jauh dan murid tinggal di kajang.

 

Kategori secara tidak sengaja ialah:

1. Murid yang bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan ibu bapa dan berhadapan dengan masalah ibu bapa yang tidak menentu masa kerja untuk menghantar. 

Berdasarkan kes di atas, ibu bapa diminta membuat surat tunjuk sebab bahawa tiada cara lain untuk anak ke sekolah selain dari bergantung juga kepada ibu bapa dan pengangkutan awam dan rumah murid tersebut pula jauh dari kawasan sekolah. Dengan adanya surat tunjuk sebab, maka murid tidak dikenakan tindakan oleh pihak sekolah.

 

Kategori sengaja pula ialah:

Terdapat murid yang memang sengaja hadir lewat kerana tidak mahu masuk ke perhimpunan. Selain itu masalah diri sendiri yang menyebabkan murid hadir lewat dengan bangun lewat dan bersiap lewat untuk ke sekolah.

        Maka timbul idea jenamakan projek ini D'LATE dont late to school huhu mcm nama kopi catchy disebut walau saya tak minum. Idea buat dashboard D'LATE saya kongsikan dgn partner lama saya Cikgu Padali yg mahir dalam membangunkan dashboard dan dia faham bagaimana nak jelmakan idea saya kerana kami 8 tahun jadi rakan sekerja yg saling menyokong potensi masinh masing utk membina team yg berfungsi dalam pembinaan inovasi. 

Apabila nak bina dashboard , saya mohon diseragamkan kaedah SOP murid lewat agar dashboard ini dapat berfungsi dgn gunasama UBK dan Unit Disiplin. 

Ini kerana, saya mendapati GBK mengutip data melalui kiraan manual dari buku, manakala pengawas juga membuat kiraan data dari buku lewat. Taraaaa...hasilnya tidak sama dan tidak matching. Ini kerana pada kali ke 6 murid datang lewat kami sudah perlu menjalankan konsultasi ibu bapa. Manakala pada kali ke 3 kami sudah perlu bertanya mengapa murid ini lewat dan faktor lewat lain melalui kelompok. Manakala pengawas lebih zoom kepada kali ke 10 untuk surat lewat. disini timbulnya idea mewujudkan dashboard D'LATE guna sama UBK dan Unit Disiplin dan dashboard ini pula terus buat kiraan malahan boleh terus pop up untuk setiap intervensi dari UBK atau Unit Disiplin. 

Maka agihan tugas dilakukan dgn Cikgu Loh urus hadiah murid datang awal, zoom murid yg berubah. Manakala Cikgu Faizah penyelaras intervensi memantau murid yg perlu kami hubungi ibu bapa atau menjalankan sesi manakala saya sendiri pegawai meja untuk dashboard. Peratus murid setiap hari lewat atau ting lewat atau apa sahaja data yg dijana dari sistem ini dan mengingatkan guru kaunseling dan guru disiplin jika pop up intervensi dah semakin meningkat. 

Pengawas juga melalui Cikgu Hazlin guru disiplin yg memantau data lewat untuk mengenal pasti murid yg dimeluarkan surat amaran atau dimerit. 

Manakala ketua guru disiplin Pn Hawinda akan mengenal pasti surat surat amaran telah diedarkn kpd ibu bapa..dan membantu dalam kes disiplin murid lewat


Maka dengan adanya intervensi dari kedua-dua unit sederap , maka berlaku penurunan murid lewat ke sekolah. 


contoh ganjaran datang awal ke sekolah
Contoh perjumpaan berkala temubual faktor lewat dalam kelompok


Selamat bercuti anak anak sesi 2022/2023
jumpa 20 Mac nanti
 

Telegram Channel