5 November 2023

Duta Sahsiah Peringkat Sekolah 2023

Tahniah duta sahsiah peringkat sekolah ialah Pengerusi PRS sendiri Yabahalif antara murid yg tertinggi skor amalan baik dalam SSDM sekolah. 

Ketua Pengawas juga diiktiraf 

Antara point utama ucapan Menteri Pendidikan yg dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran

Dalam usaha menerapkan nilai Karamah Insaniah yang dapat melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik, KPM bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Pelibatan PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
merupakan satu intervensi dalam memastikan bahawa anak-anak tidak terjebak dengan salah laku atau pelanggaran disiplin yang boleh membawa
kepada kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, KPM mengambil inisiatif dengan melantik duta sahsiah yang terdiri daripada kalangan murid sendiri,
yang sudah pasti lebih dekat dan mengenali antara satu sama lain, sebagai usaha membantu memberi
kefahaman kepada rakan-rakan berkaitan kesan salah laku seperti buli dan salah laku seksual, sekali gus menjadi suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya dan
berkeperibadian mulia. Oleh itu, saya amat berharap agar anak-anak semua, bukan 
sahaja cemerlang akademiknya, malahan mempunyai jati diri dengan karakter yang baik dan menjadi contoh kepada rakanrakan.




Peranan pemimpin murid sebagai duta atau ejen yang membantu sekolah dalam menangani isu salah laku seperti buli dan salah laku seksual, patut dihargai dan
diberikan penghargaan. Diharapkan program ini dapat memberikan bimbingan dan kesedaran kepada murid-murid akan matlamat pendidikan negara ke arah kemenjadian murid. Pembentukan
karakter hendaklah bersesuaian dengan norma masyarakat kita demi melahirkan generasi masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang akademiknya malahan
cemerlang sahsiah




Antara intipati kandungan perutusan Ketua Polis Negara sewaktu majlis pelancaran yg dibacakan oleh PPS sekolah

Pelancaran Duta

Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan program pada hari ini secara serentak di seluruh negara. Program yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Jom Ke Sekolah kini telah dijenamakan semula sejajar dengan konsep murid sebagai duta sahsiah.

Objektif program ini adalah untuk memeta hala tuju sahsiah di peringkat sekolah dengan melantik seorang murid di setiap sekolah sebagai Duta Sahsiah dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dilancarkan pada 22 September 2023 yang lalu.

Duta Sahsiah yang dilantik oleh pihak sekolah ini, merupakan seorang pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan memperoleh pencapaian terbaik dari segi akademik, sahsiah dan sosial serta diyakini dapat menjadi role model kepada pelajar-pelajar lain.

Memetik pesanan daripada Saidina Ali R.A, "Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihat/ah pemudapemudjnya pada hari ini". Kata-kata ini jelas menggambarkan bahawa generasi muda merupakan pewaris kepada kepimpinan negara suatu hari nanti. Justeru, pembinaan generasi pelapis yang mempunyai jati diri yang tinggi dan pegangan agama yang kukuh harus dipupuk bermula sejak awal usia.

PDRM menyedari bahawa ibu bapa dan guru-guru berhadapan dengan cabaran beşar dalam mengawal tingkah laku anak-anak muda pada masa kini yang dilihat semakin terdedah kepada pelbagai cabaran dan dugaan. Jika dahulu para pelajar terlibat dalam salah laku disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, bergaduh, vandalisme dan buli namun, pada masa kini, ramai pelajar dikesan dan ditangkap atas kesalahan yang lebih serius.

Justeru,  Duta-duta Sahsiah yang dilantik oleh pihak sekolah, dapat memainkan peranan sebagai pemantau atau pelapor kepada pihak sekolah khususnya bagi mengenal pasti keterlibatan para pelajar dalam kegiatan yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah serta undang-undang negara.

 

PDRM telah menempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah di seluruh negara bagi mewujudkan komunikasi berterusan antara PDRM dengan pihak sekolah. Peranan dan fungsi PPS tidak hanya terhad dengan hadir ke sekolah apabila diundang oleh pihak pentadbir sekolah sahaja, tetapi juga mengumpul maklumat daripada pihak sekolah untuk diambil tindakan sekiranya perlu. Di samping iłu, PPS turut berperanan melakukan rondaan atau lawatan secara berjadual di kawasan sekolah serta memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.

Menyambut kehadiran murid dgn mengalu alukan murid hadir ke sekolah

Ucapan majlis pelancaran duta sahsiah 


 

Telegram Channel