27 January 2024

Majlis Apresiasi Ting 5/ 2023

Terima kasih kepada Prof Ahmad Taufek Rektor UiTM Cawangan Selangor yg sudi menerima jemputan untuk merasmikan Majlis Apresiasi dan menyampaikan sijil sijil penghargaan tamat ting 5 kepada 164 org murid. Kredit kepada jurufoto UiTM yg saya ambil gambar gambar yg cantik ini dari fb rasmi UiTM. 



Good luck anak anak SPM semoga anda semua beroleh kecemerlangan. Bila rektor sendiri yg menyampaikan sijil, terasa aura majlis graduasi ini. 

Thank you Rozi forward doa ini 

SPM 28 Jan - 6 Mac 2024

💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚

*Allahumma Ya Alim Ya Hakim ya Roshid* sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas, 
Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari,  kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

*Allahumma Ya zohir*
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ank kami kerana Kau Maha Menampakkan 

*Allahumma Ya Fatah*
Ya Allah bukakanlah minda anak kami seluas langit dan bumi agar mereka nampak segala jawapan yang betul.

*Allahumma Ya Baari'*
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anak kami hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang  exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu *Ya Hadi.*
Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.

*Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah)*, cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah. 

*Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan*, Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu *ya Nuur ya Haadi ya Haqq* 

*Allahumma Ya Baari' (Yang Maha Mengatur)*, aturkanlah agendaMu kepada anak kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan. 

*Allahumma Ya Aziz ya Qowiy ya Matin,Ya Allah Yang Maha Perkasa,  Maha Kuat dan Maha Teguh* Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini. 

*Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi,* bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini. 

*Allahumma ya Quddus ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih,* bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.  

*Ya Rahman ya Rahim ya Ro'uf ya Karim*, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu. 







Sogo- Masjid Jamek
My memory lane


Ni barulah koleksi dari kamera saya dan kawan kawan
My geng kaunseling


 

Telegram Channel