9 March 2024

Kertas Kerja Program ACT SMART : Adab Cakna Tingkah Laku

 

Tahun ni kita fokus untuk projek Sahsiah ACT SMART akronim untuk Adab Cakna Tingkah Laku SMART untuk penampilan dan SMART untuk tingkah laku. 

Penjelasan di kertas kerja yg saya share ini semoga membantu. 


1.0         PENGENALAN

Tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia antaranya memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu pembentukan adab, akhlak dan integriti. Maka gagasan Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) adalah antara usaha Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan pembinaan karakter yang terkait rapat dengan disiplin, adab susila dan kesopanan yang menjadi teras kepada murid sekolah. Intervensi khususnya program pemulihan serta nasihat untuk betulkan anak-anak agar menjadi murid yang berdisiplin. Murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan. Pembinaan karakter yang sebenarnya sangat diperlukan apabila membicarakan soal berhadapan dengan generasi hari ini, khususnya menangani isu adab dan memperkukuh akhlak.

Penampilan Dan Kekemasan Diri Berdasarkan Buku Peraturan Disiplin Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan isu disiplin yang melibatkan rambut, misai dan janggut, kuku, alat solek, barang kemas, jam tangan yang besar dan berbentuk perhiasan, serta kekemasan diri pula melibatkan pakaian murid. Di bawah perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, isu ini merupakan fokus kepada perkembangan sahsiah murid yang perlu ditangani oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bagi meningkatkan penampilan diri murid yang positif melalui kempen, tunjuk cara dan ikon murid. Diharapkan kempen ini berjaya mencapai objektif ke arah memupuk sikap murid yang berketrampilan positif dan seterusnya meningkatkan imej dan watak sekolah yang berketrampilan kemas dan positif.

                        

         

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan penampilan diri dan kekemasan warga sekolah bagi melahirkan imej sekolah sekolah yang positif

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : Sepanjang sesi persekolahan 2024/2025

 

4.0        SASARAN

Semua murid sesi 2024/2025

         

5.0      OBJEKTIF

1.    Memupuk sikap murid mementingkan adab dan penampilan diri  yang kemas

2.    Menjalankan intervensi terhadap murid yang tidak akur dengan adab yang baik dan tidak mengikut peraturan  berpakaian dan penampilan diri.

.

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

100% Murid berpakaian dan berketrampilan kemas sebaik melangkah masuk ke sekolah hingga tamat sesi persekolahan

Outcome

Mengurangkan rekod disiplin SSDM mengenai ketidakatkuran adab dan penampilan murid yang tidak mematuhi etika berpakaian dan  tidak beradab

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi                  : Puan Norlela Binti A Wahid 

                                           Pengetua

          Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud

                                            PK Hal Ehwal Murid

          Naib Pengerusi          :Puan Hamimah Bt Shamsuddin

                                             Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

                                          : Encik Zam Zam Bin Abdul Aziz

                                            Penolong Kanan Kokurikulum

           Penyelaras              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Setiausaha              : Puan Loh Chin Ying

          SENARAI TUGAS AJK KERJA

         Jawatankuasa Kerja               

BIL

AJK

NAMA GURU

BIDANG TUGAS

1

Penyelaras

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

·         Menyediakan kertas kerja

·         Mengatur aktiviti dan kelancaran

          program

2

AJK  Disiplin

En M. Ravinthiran a/l P Muthoo (K)

Dr Chun Cheng Chuan

En Azam Muzafar bin Ahmad Mokhtar

Puan Norhawida Azihan binti Hamzah (K

·         Mengambil tindakan kepada murid    

          yang tidak mengikut peraturan

          penampilan diri dan kekemasan

·          

3

AJK Sijil

Dan Cenderamata

Puan Norfaizah Binti Mohamad (K)

Puan Husmazurain binti Che Hussien

·         Menyediakan sijil dan cenderahati

          untuk penerima anugerah

4

AJK Pemilihan Penerima Anugerah SMART dan ACT SMART

Puan Loh Chin Ying (K)

En Karunanithi a/l Thanapalan

·         Menyediakan skema undian untuk

          memilih calon anugerah ACT

          SMART

5

AJK Kempen

Puan Atiq Anis binti Aziz (K)

Puan Loh Chin Ying

·         Menyediakan kempen untuk

          dimaklumkan kepada semua

           murid melalui taklimat berkala

          dan poster digital

6

AJK Laporan/

Dokumentasi

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

·     Menyediakan laporan sepanjang program (laporan berkolaj)

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUS SETIA

                     Unit Bimbingan dan Kaunseling

                     Unit Disiplin

                                                             

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

12 Mac 2024

Taklimat tentang adab

S – senyum

M –menyapa (memberi salam)

A – akur peraturan

R - responsif

T – teladan

Taklimat kepada semua guru. Projek SMART iaitu SMART dari aspek penampilan yang selalu mendapat aduan dari guru:

S – Seluar Seragam Sekolah, Seluar Pendidikan Jasmani dan Stokin,

M – Muka tanpa mekap bagi perempuan, misai tidak boleh bagi lelaki

A – Anak Tudung wajib dipakai oleh murid yg bertudung dan berwarna putih.

R- Rambut yg kemas

T-Tali Leher dipakai dan Tag Nama sentiasa dipakai. 

12 Mac 2024

14 Mac 2024

OUTREACH ACT SMART

Kempen  bermula dari masuk pintu pagar sekolah oleh PRS

PROGRAM MENTOR MANTEE

Menggalakkan pembinaan karaktor dan memperkayakan adab dalam kalangan murid

Mengenalpasti penampilan murid dalam kelas yang tidak mengikut peraturan oleh guru tingkatan dan mentor

Sepanjang tahun

OUTREACH ACT SMART

Taklimat mengenai salah laku disiplin mengenai adab dan kekemasan diri disampaikan oleh guru disiplin dalam Bicara Disiplin

Taklimat kepentingan ACT SMART melalui guru kaunseling dalam Bicara Kaunseling

PEMANTAUAN DISIPLIN TIDAK AKUR PENAMPILAN DIRI

Menjalankan ‘spot check’ berfokus  selepas rehat secara berkala oleh guru disiplin. Murid yang masih melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan

GANJARAN SMART BERKALA DUA KALI SETAHUN

Hadiah  secara rawak yang konsisten berketrampilan kemas sewaktu melangkah masuk ke sekolah lagi hingga tamat sesi persekolahan.

IKON ACT SMART PENGGAL PERTAMA DAN KEDUA

Anugerah Ikon ACT SMART Murid penggal pertama untuk murid undian guru dan murid yang tertinggi. Gambar akan dipaparkan di slaid LED tapak perhimpunan

10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Pengundian murid dan guru untuk anugerah

Kecuaian pengiraan

Konsisten mengambil undi calon yang layak dari undian murid kelas dan guru

PRS

Guru disiplin

Guru kaunseling

11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                       

                        1) Borang Maklum Balas Guru

                        2) Borang Undian Murid Penampilan Kemas

            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Rekod Salah Laku Penampilan Diri

                       

12.0     PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk kemenjadian murid anak yang baik lagi cerdik yang mementingkan adab, ilmu dan berketrampilan dalam menjaga penampilan diri yang segak dari aspek kekemasan murid.


9 Mac 2024

 

Telegram Channel