1.0 PENDAHULUAN
Seminar Profesionalisme Psikologi dan Kaunseling Peringkat Antarabangsa 2025 merupakan satu program inisiatif daripada Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur ( KLCA ), Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi meningkatkan kompetensi kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur. Seminar ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam membina kesepakatan strategik untuk membantu proses pembangunan Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kauseling. Matlamat membitarakan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling merupakan langkah yang sangat penting dan memerlukan komitmen semua pengamal psikologi dan kanseling dalam menghayati nilai Kaunselor Bitara.
Bertemakan The Future of Mental Health maka Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memberikan perkhidmatan dengan tahap ilmu dan kemahiran yang bertepatan dengan profesion bagi membangunkan modal insan. Membangunkan insan menyahut seruan Menteri Pendidikan iaitu melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik memerlukan peningkatan kualiti dan kompetensi perkhidmatan menolong . Justeru mempertingkatkan ilmu dan kemahiran melalui latihan yang berterusan untuk mencapai kompetensi adalah amat penting bagi setiap profesion.Di samping itu kerjasama pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah , Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan amat diharapkan dalam merealisasikan kebitaraan ini. Seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan Dan Kaunseling ini dirancang bagi mencapai hasrat yang telah dinyatakan.
2.0 RASIONAL
Era ledakan maklumat merupakan satu kelebihan kepada tamadun masa kini. Ianya menjadikan komunikasi lebih cepat, cekap dan mudah. Namun kemajuan yang dicapai diiringi dengan cabaran dan dugaan dalam mensosialasikan generasi akan datang. Bagi menghadapi cabaran ini Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan motivasi bagi memantapkan jati diri dan keyakinan diri mereka.
3.0 MATLAMAT
Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling serta Kaunselor Organisasi 2025 ini bermatlamat untuk mencapai objektif yang telah dirancang dalam melahirkan Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang mantap dan menjadikan diri mereka sebagai yang terbaik dan mampu meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang tinggi.
4.0 OBJEKTIF
- Meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang kemahiran pengendalian sesi kaunseling
- Memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada peserta mengenai amalan terbaik , inovasi dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
- Meningkatkan motivasi diri , daya juang , daya tahan dan daya saing dalam diri guru bimbingan dan kaunseling serta kaunselor pendidikan.
- Memberi ruang dan peluang kepada peserta seminar untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta bertukar pendapat dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan.
5.0 TARIKH
9-10 APRIL 2025
6.0 TEMPAT
Auditorium JPWPKL
7.0 ANJURAN
Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur ( KLCA )
Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGGKL)
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL)
8.0 SASARAN
500 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah dan
Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kaunselor Pendidikan
9.0 ATUR CARA KURSUS
TENTATIF PROGRAM
9 April 2025
MASA |
PERKARA/ AKTIVITI
|
7.30 pagi |
Pendaftaran/ Sarapan Pagi
|
8.20 pagi |
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa
|
8.30 pagi
|
Pembentangan Ucap Utama Narative Therapy as Intervention in Psychology & Counsellig Ts. Dr. Nurhafizah binti Amir Nordin Pensyarah Kanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
|
10.00 pagi |
Mesyuarat Agung MGKKL
|
11.30 pagi
|
Taklimat dari agensi MARA |
12.00 tengah hari
|
Mesyuarat Agung KLCA
|
1.00 t/h |
Rehat/ Makan tengah hari
|
2.30 ptg |
Pembentangan Ucap Utama Dr. Normadiyana binti Abdullah Aplikasi Terapi Tingkah Laku Kognitif Pensyarah Akademik Universiti Malaysia Terengganu
|
4.30 petang |
Bersurai
|
10 April 2025
MASA |
PERKARA/ AKTIVITI
|
7.30 pagi
|
Pendaftaran/ Sarapan pagi |
8.30 pagi |
Pembentangan Amalan Terbaik Pengurusan, Perkhidmatan ,Inovasi Kaunseling serta Minda Sihat : Pencapaian Peringkat Kebangsaan
|
10.00 pagi
|
Slot MARA |
11.00 pagi |
Slot Yayasan Guru Malaysia
|
12.00 t/h |
Majlis Perasmian
|
1.00 t/h |
Rehat/ Makan Tengah hari/ Solat
|
2.30 petang |
Taklimat Daripada En Ahmad Subhi Marzuki bin Che Ab Razab Penolong Pengarah HEM JPWPKL
|
4.15 petang |
Penilaian dan rumusan
|
4.30 petang |
Bersurai
|
10.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En Megat Affandi Bin Datuk Wira Haji Ismail
Pengarah Pendidikan, JPWPKL
Pengerusi : En Mohamad Supian Bin Taharim
Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri
Sektor Psikologi Kaunseling, JPWPKL
Penyelaras 1 : Pn. Hajah Noorlia binti Arshad
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pengurusan Sekolah Merangkap Presiden KLCA
Penyelaras 2 : En. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab
Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid,
Sektor Pembangunan Murid, JPWPKL
Setiausaha : Nurhaiza binti Che Mat
Setiausaha KLCA
Naib Setiausaha : Khalilah Bt Abu Hassan
Setiausaha MGKKL
Bendahari : Yip Foong Kheng
Pen. Bendahari : Vanessa Kho Ke Li
AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS
BIL |
JAWATAN KUASA |
NAMA |
TANGGUNGJAWAB |
1. |
Urusetia dan
Urusetia
Urusetia Mesyuarat Agung (KLCA dan MGKKL)
|
Puan Fatimah Az Zahrah Zolkeplai Puan Lela Binti Nuradin
Mohammad Hazim Bin Amir Nordin (KLCA) Nurhaiza binti Che Mat (KLCA) Nadiatul Farhana Binti Mat Sihap (KLCA)
Azian Binti Ahmad (MGKKL) Khalilah Bt Abu Hassan (MGKKL) Nor Effa Farah Binti Abdul Ali (MGKKL)
|
Menyediakan surat menyurat untuk mesyuarat Draf surat menyurat iaitu: Surat pelantikan AJK Surat jemputan perasmi melalui JPWP Surat jemputan penceramah melalui JPWP Surat panggilan menghadiri mesyuarat dan simposium
Menyediakan usul dan link GF untuk usul KLCA dan MGKKL
Menyediakan slaid pembentangan KLCA/MGKKL
Menyediakan laporan aktiviti dan kewangan KLCA/MGKKL
Menguruskan undian pemilihan AJK KLCA/MGKKL |
2. |
Pendaftaran & Bahan Seminar
|
Fazilah Binti Hashim (KLCA) Norulhuda Binti Abdul Halim (KLCA) Tengku Nor Hazlyda Binti Tengku Abdullah Rozinani Binti Awang
|
Menyediakan link GF untuk pendaftaran.
Peserta akan upload resit bayaran ke dalam GF bukti pembayaran
Menyediakan link google form borang pendaftaran kehadiran peserta pada hari seminar dijalankan dan mengedar door gift
|
3. |
Jemputan Penceramah & Bahan Pembentangan
|
Azhar Bin Mohd Razali (K) Manjulah Thiru a/p Thiruvengadam (KLCA) Nur Azlinshuhada Binti Md Radzi
|
Mengenalpasti penceramah dan menghubungi mereka
Memastikan penceramah hadir pada slot yang telah ditetapkan
Bertindak sebagai pegawai perhubungan dengan memastikan makan minum, sijil dan cenderamata diperolehi penceramah Mengumpulkan bahan ceramah |
4. |
Hadiah & Sijil
|
Roliza Binti Hashim (K) Shamini Devi Karuppiah Norwani Binti Daud
|
Menyediakan sijil AJK bagi sesi 2023/2024
Menyediakan e-sijil penyertaan peserta program
Menyediakan hadiah yang sesuai untuk VIP , penceramah dan penaja yang mengambil slot |
5. |
Pengurus pentas & Aturcara Pentadbiran
|
Vickineswaran A/L Mariappan (K) Aswandie Bin Marsidi
|
Memantau perjalanan program secara keseluruhan agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
Memberi arahan yang jelas kepada AJK Kerja yang berkenaan jika berlaku masalah yang akan menjejaskan kelancaran majlis.
|
6. |
Sambutan |
Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab (K)
Nurhaiza Binti Che Mat Nadiatul Farhana Binti Mat Sihap
|
Menyambut tetamu VIP |
7. |
Buku program & Kain rentang
|
Nurulhuda Binti Abdul Rahman (K) Noraziratul Shima Binti Ali Muhammad Amirul Haqqim Bin Mohammad Yusaini
|
Menyediakan buku program secara dalam talian
Menyediakan bunting dan kain rentang |
8. |
Jamuan
|
Wan Norana Binti Wan Mat (K) Nabira Binti Mohd Shah Qudralailah Safahasmi Bt Hj Mohd Salleh Nizawati Binti Muhammad
|
Menyediakan menu makanan dengan bajet yang diberikan
Mengawasi persiapan jamuan makan VIP
Makanan secara buffet untuk makan tengah hari |
9. |
Persiapan Tempat, Peralatan
|
Khairul Nizam Bin Aminudin (K) Mohamad Firdaus Bin Harun Raviselvan A/L Nadarajan Mohamad Saadatul Hanan Zikry Bin Saad Mohd Shahir Juwaidi Bin Mohamad Shahid
|
Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti kerusi peserta, meja pameran, setting meja untuk mesyuarat agung dan susun atur untuk majlis perasmian |
10 |
Kebersihan
|
Bavani A/P Kalaiselvan (K) Mariati Bt Mohamad Marilyn Techla Lee
|
Memastikan kebersihan selepas jamuan makan dan selepas program
|
11 |
Pembentangan Amalan Terbaik
|
Siti Rafina Binti Rahim (K) Sarah Baharuddin Zabiah Binti Asnah
|
Menguruskan pembentangan showcase Amalan Terbaik
Menyenaraikan sekolah yang terlibat
|
12. |
Teknikal dan siaraya
|
Mohd Azlan Bin Che Aziz (K) Muhammad Farhan Bin Mokhtar Mohd Ridzal Bin Ismail Ubaidullah Bin Aidoro Muhammad Amirul Bin Mohd Zain Muhammad Azzamuddin Bin Ahmad Nor Aiman Amer Bin Mohamad Rani Muhammad Izzat Bin Mazlan
|
Menguruskan teknikal dan siaraya dalam keadaan yang baik |
13 |
Multimedia (Majlis Perasmian)
|
Sharifah Shahida Bt Tuan Othman (K) Robiatul Adawiyah Binti Saeidin
|
Menyediakan multimedia untuk majlis perasmian. |
14. |
Dokumentasi & Penilaian & Pencatat
|
Anisah Binti Arshad (K) Nurzuraida Binti Mawardi Nur Syazwani Bt Mohamad Isa
|
Menyediakan laporan penilaian dan dokumentasi
Menyedia dan membuat analisa borang penilaian menggunakan google form
|
15. |
Juruacara, Bacaan Doa Dan Fotografi
|
Chandra Kumar a/l Vellasamy (K) Faten Natasya Binti Sulaiman Nor Ainsafira Binti Azis Nurul Ida Adliny Binti Mazlan Mohd Azni Bin Abu Hassan Mohd Haffiz bin Azmi(AKRAB)
|
Menyediakan juruacara untuk slot perasmian dan semua slot
|
16 |
Tajaan
|
Noor Faarzelin Binti Hashim (K) Husni Binti Ab Halin Puteri Iriena Emiella Binti Alias Norfaezah Binti Mohd Fauzi Yip Foong Kheng Vanessa Kho Ke Li
|
Mendapatkan tajaan bagi menampung perbelanjaan simposium |
17. |
Lalu lintas & Keselamatan
|
Saravanan T. Munusamy (K) Hafizan Bin Ten Awang @ Mohd Amin Muhammad Raziy Arash
|
Menyediakan kemudahan untuk lalu lintas berjalan lancar |
18 |
Teks Ucapan
|
Mohamad Supian Bin Taharim |
Menyediakan teks ucapan perasmian program |