13 September 2025

Audit Kehadiran Murid Ke Sekolah


Pegawai PPD En Ainudin datang ke sekolah memberikan taklimat kehadiran dan memohon audit kehadiran dijalankan secara kendiri school based agar pengeluaran konsisten dengan jenis kesalahan yang murid lakukan. Sifir ponteng sekolah adalah seperti berikut hingga dibuang sekolah.

Tak pasti mengapa entri blog saya sepanjang 30 hari ni, view tinggi pada entri tahun 2015: Dibuang sekolah, Peluang kedua https://www.nurhaizachemat.com/2015/03/dibuang-sekolah-peluang-kedua.html

Adalah sudah menuju ke Oktober semakin murid tidak survive kerana sudah sampai ke bilangan hari yg mencecah untuk dibuang iaitu jika berturut umpama sebuln tidak hadir ke sekolah manakala jika masih berkala dipanjangkan buang sekolah ke 60 hari lamanya tidak hadir secara berkala. 

Oh anak -anak ...cubalah dan cuba berkongsi masalah anda supaya orang dewasa tertama ibu bapa tahu bagaimana membantu anda. Jika anda ada masalah dengan keluarga pula, dapatkan kaum keluarga yg terdekat. Semoga apa sahaja masalah anda yg buntu, membawa anda ke jalan keluar, 

Namun jika pernah tersadung hingga dibuang. kembalilah ssemula ke sekolah buat rayuan dan PASTI diterima semula. Umur anak-anak dibangku sekolah sangat tidak sesuai berada di luar sana, berjalan..berpeleseran hingga boleh mmebawa anda ke jalan yg salah. 

 

Telegram Channel