30 November 2013

Keceriaan Sudut Minda Sihat

Keceriaan Sudut Minda Sihat



Lari ke sekolah jap

Hari ini saya minta ahli PRS Tingkatan 4 saya ke sekolah untuk menceriakan kawasan bilik kaunseling. Projek tahunan anjuran saya setiap kali cuti sekolah akhir tahun bagi pelajar menceriakan bilik kaunseling dan taman Minda Sihat. Memandangkan awal tahun saya akan menjadikan Wakaf Minda Sihat dan Lorong Minda Sihat, maka kami menjalankan projek mengecat semula batu batu di taman, mengecat lorong info Minda Sihat dan di samping itu ahli PRS membantu mengecat nama sekolah di hadapan tembok sekolah. Memandangkan hari ini tiada kertas peperiksaan SPM untuk diawasi, maka senang saya ke sekolah memantau mereka menjalankan tugas.

28 November 2013

Kem Kepimpinan Nur Bukit Unggul

Kem Kepimpinan Nur Bukit Unggul




 Tarikh : 21 - 22 Jun 2013
 Tempat : Nur Bukit Unggul

Tahun ni buat kem agak lambat dari biasa..sbb awal tahun peruntukan dari PIBG lambat dpt. So delay punya delay dah masuk Jun so on je lar pada 21 hingga 22 Jun. Tahun ni kami bercadang menggunakan kemahiran PRS untuk mengendalikan sesi LDK pelajar. Oleh sebab kebanyakan kem offer tempat dan konsultan, kami perlu mencari tempat yg sesuai untuk mengendalikan kursus menggunakan kepakaran yg ada. Then kami bercadang menggunakan Nur Bukit Unggul. Tempat ini memang selesa dengan kemudahan dorm, chalet dan tempat makan dan surau yang selesa. Sasaran kem ini asalnya untuk pemimpin pengawas, pengawas pusat sumber, AJK Koperasi dan PRS. Tapi apabila kami memohon peruntukan kewangan dari kokurikulum untuk pengangkutan, Penolong Kanan Kokurikulum meminta agar ditambah untuk AJK Badan Beruniform. Maka jadila satu projek kepimpinan yg agak besar. Masa ni cuaca agak tak okey. Jerebu melanda Kuala Lumpur dan Selangor dan disetengah tempat hingga tahap berbahaya. Kami hanya menunggu arahan je jika program terpaksa dibatalkan. Tapi alhamdulillah program berjalan seperti biasa.

Bertolak dari sekolah seawal pkl 8 pagi, kami terus ke kem. Program dimulakan dengan taklimat oleh kem komandan dan kemudian aktiviti yg dikendalikan sepenuhnya oleh PRS. Hari ni aktiviti dari pagi hingga malam dikendalikan dengan baik oleh PRS. Ini merupakan pengalaman pertama PRS mengendalikan sepenuhnya sesi berkumpulan LDK melalui bimbingan TOT sebelum program. Biasanya PRS yang dilatih akan mengendalikan program di sekolah dan aktiviti di luar yang melibatkan PRS sahaja. Nampaknya PRS dapat mengendalikan aktiviti dengan baik kerana biasa menjadi AJK dan fasilitator. Kami dibantu juga dengan dua guru praktikal kaunseling dari UPM yang bersama kami sejak Jun hingga Julai. Dah lama menggunakan khidmat konsultan sebelum ini untuk projek di luar, menyebabkan saya rasa agak penat bagi mengendalikan kem  kali ini. Ini kerana sebagai penganjur saya perlu memastikan everything done properly. Partner pula tidak sihat kerana demam denggi tetapi digagahi juga untuk hadir ke kem ulang alik menyebabkan saya hilang orang kuat untuk bersama-sama run the programme.Mujur kem untuk kepimpinan bermakna pelajar mengikut arahan dengan baik. Peserta membayar yuran serendah RM50 sahaja dan selebihnya kami memohon peruntukan PCG Kaunseling, PIBG, Koperasi, Pusat Sumber dan mohon penajaan lain.

Pukul 10 malam aktiviti dikendalikan oleh kem disini dengan khidmat oleh ahli bomba dan penyelamat serendah RM 10.00 bagi seorang pelajar untuk aktiviti night walk, flying fox dan merentas kolam air. Aktiviti nightwalk dijalankan mengikut aktiviti berkumpulan dengan setiap kumpulan dilepaskan kumpulan demi kumpulan.  Bulan mengambang sangat cantik mlm ni dengan fenomena bulan penuh dan cantik. Keesokan harinya aktiviti flying fox dan merentas air diadakan dengan pelajar dibahagikan kepada dua pasukan. Satu pasukan untuk aktiviti flying fox dan satu kumpulan lagi bagi aktiviti merentas sungai.  Wah dah lama tak buat aktiviti flying fox..rasa gayat mula datang, huhu nak hilangkan rasa gayat saya join dengan student yang buat merentas kolam air dulu.  Masuk air yg kotor pun saya join dengan student. Then barulah datang semangat nak main flying fox..rasa berderau darah. The end memang seronok.

Bagi Majlis Penutup, kehadiran Penolong Kanan Kokurikulum dan pengetua bagi menyempurnakan Majlis Penutup amatlah dialukan. Majlis berjalan lancar  dan tamat pada pukul 3.00 petang.




27 November 2013

Homestay di Kpg Haji Dorani, Selangor

Homestay di Kpg Haji Dorani, Selangor


doranihomestay.blogspot.com/?m=1

Imbas projek homestay tahun 2012 di kampung Haji Dorani. Kami menggunakan perkhidmatan konsultan kerana program kepimpinan dalam bentuk homestay. Yeah..student sangat excited. Kami menggabungkan 4 kumpulan khas sekolah iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, AJK Koperasi  dan ahli PRS. Pelajar tinggal dibeberapa buah rumah orang kampung dalam 6 hingga 10 orang.

Guru - guru juga menginap bersama di rumah orang kampung. Aktiviti makan dalam talam besar dan bermain sawah padi antara aktiviti yang disukai pelajar...dan guru! terutama kaki pancing ...dalam tali air pun jadilah dapat memancing. Aktiviti berjalan celah celah batas padi antara minat saya sejak dari kecil lagi setiap kali balik kekampung...so saya sangat enjoy menghirup udara petang di sini.

Aktiviti berjalan malam dalam kawasan kampung juga memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelajar Kuala Lumpur ini. Maklumlah kalau berjalan malam dalam hutan aktiviti kepimpinan yang biasa dijalankan...kalau homestay lain pula pengalamannya. Sarapan dan makan tengah hari makan bersama keluarga angkat dan kami masak bersama-sama keluarga angkat tetapi makan malam bersama-sama di rumah penghulu kerana tempat berkumpul dan makan bersama dalam talam besar. Aktiviti kepimpinan juga dijalankan di ruang terbuka di hadapan ruang seperti LDK.













26 November 2013

Kem Kepimpinan Ulu Bendul

Kem Kepimpinan Ulu Bendul

www.forestry.gov.my/index.php/my/?option=com_content&view=article&id=622&Itemid=922

Antara tempat yang pernah kami lawati untuk kem kepimpinan.
Kem Kepimpinan tahun 2011 dijalankan di kawasan Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Ketika ini juga kami menggunakan perkhidmatan konsultan. Program yang menggabungkan kepimpinan dari 4 badan khas sekolah iaitu pengawas, pengawas pusat sumber, AJK koperasi dan ahli PRS. Tempat ni cantik dan bersih. Aktiviti dan kemudahan obstacle yang pelbagai.


WAKTU
AKTIVITI
HARI PERTAMA : 26/01/2011 / SABTU
07.30 PAGI
Berkumpul di sekolah dan pendaftaran / Peserta menaiki bas dan bertolak ke Kem Hutan Lipur, Ulu Bendul, NS
10.00 PAGI
Dijangka sampai di Kem Hutan Lipur, Ulu Bendul, NS / ICE BREAKING, Pemeriksaan Keselamatan / check in.
11.00 PAGI
Minum Selamat Datang
11.30 PAGI
Taklimat program / MODUL KEPIMPINAN 1
12.30 TGH HARI
Makan Tengahari / Solat Zuhur 
02.00 PTG
LDK 1 – BUAT BENDERA, LOGO DAN MOTO KUMPULAN / PERKASA BENDERA 
04.10 PTG
Minum Petang / Solat Asar
04.40 PTG
LDK 2 -  JERANGKAP SAMAR / CARI KAWAN / BUNYI HAIWAN / TALI AMANAH
05.30 PTG
LF 1 - HALANGAN TENTERA 
06.30 PTG
Khidmat Diri 
07.00 PTG
Makan Malam
07.15 PTG
Solat Magrib / Slot Moral
08.15 PTG
MODUL KEPIMPINAN 2
10.00 MALAM
Minum Malam
10.30 MALAM
Modal Insan / Penghayatan
11.30 MALAM
BURUNG HANTU
HARI KEDUA : 27/01/2011 / AHAD
05.30 PAGI
Kerohanian / Solat Subuh / Solat Moral
06.30 PAGI
Berkumpul di Medan / Makan Pagi / Hiking 
12.00 TGH HARI
Makan Tengahari / Khidmat Diri 
01.15 TGH HARI
Solat Zohor
02.00 PETANG
Rumusan / Majlis Penutup /
02.30 PETANG
Bertolak Balik Ke KL
06.00 PETANG
Sampai di SMK Cheras, Kuala Lumpur



Semua peserta kepimpinan






Bina logo kumpulan

tapak perkhemahan




Pembentangan kumpulan

Hiking

Operasi burung hantu

Obstacle

Hiking join dengan student ye

Rumah cikgu menginap depan tapak perkhemahan

Obstacle


Obstacle


Hari terakhir yang memuaskan semua orang

Tempat makan yang bersih




Obstacle

Obstacle

geng cikgu dan staf sekolah

Ni aktiviti malam cikgu cikgu :)
 

Telegram Channel