2 February 2024

Kertas Kerja Gotong Royong Perdana

Aktiviti gotong royong sblm tutup sekolah. Saya share kertas kerja dari setiausaha kebersihan. Saya AJK Dokumentasi yg melaporkan huhu 5 bilik khas berwajah ceria.

1.0       PENDAHULUAN

 

Program gotong-royong MADANI merupakan salah satu aktiviti dibawah Program 3K. Program ini telah diperkenalkan pada 24 Februari 2023 iaitu semasa pembentangan Belanjawan 2023 oleh YAB Perdana Menteri. Ianya seiring dengan program gotong royong perdana yang biasa dilaksanakan oleh Kementerian Penddidikan Malaysia [KPM] sejak 2022, pada tahun ini program ini diberi nama baru.  Melalui program-program keceriaan dan kebersihan, pihak sekolah berhasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria serta kondusif untuk membolehkan murid-murid SMKSBS belajar dalam suasana yang selesa.

              Sehubungan itu, pihak sekolah bersama pihak PIBG telah merancang program Gotong-Royong MADANI bagi memenuhi hasrat Kerajaan Madani. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, adalah diharapkan agar ianya dapat memberikan pendedahan dan penerapan amalan baik dalam kalangan semua murid serta memberi kesedaran tentang bertapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

 

2.0       MATLAMAT

1.    Memberi peluang kepada murid-murid dan ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru secara optimum.

2.    Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar mewujudkan suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

3.    Menjalin hubungan erat antara sekolah dan komuniti setempa serta ibu bapa.

3.0     TARIKH, MASA & TEMPAT

Tarikh

Hari

Masa

:  

Tempat

: Semua bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah SMK Seri Bintang Selatan

 

4 .0    SASARAN

1.    Semua murid, guru dan AKP sekolah.

2. Penglibatan pihak luar:

1.     PIBG

2.     Kontraktor Pembersihan

3.     Komuniti sekitar

 

5.0     OBJEKTIF

Antara objektif pelaksanaan Program Gotong-Royong ini diadakan adalah:

 

5.1

Menjadikan kawasan persekitaran lebih ceria dan kondusif untuk pembelajaran semua murid.

5.2

Memastikan bilik-bilik khas dikemaskini agar bilik boleh digunakan untuk aktiviti murid.

5.3

Menaik taraf kawasan kebun sekolah supaya lebih terjaga dan ceria.

5.4

Mendidik dan memupuk nilai murni dalam diri setiap guru, murid serta ibu bapa seperti bekerjasama, berusaha, bertanggungjawab, tolong-menolong dan saling menghormati.

 

 

6.0     KPI

OUTPUT

Penyertaan murid secara 100% dalam semua program Gotong -Royong MADANI SMK Seri Bintang Selatan

 

INPUT

Peningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

 

 

 

7.0          7.0     IMPLIKASI KEWANGAN

 

7.1  Sumber kewangan –

1.     Peruntukan KPM - Gotong Royong MADANI

2.     Sumbangan PIBG sekolah

7.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan Terperinci


 

8.0     JAWATANKUASA PROGRAM

 

Pengerusi

: Puan Norlela binti A.Wahid

Timbalan Pengerusi

: Puan Sabidara binti  Mahmud

Naib Pengerusi 1

: Puan Hamimah binti Shamsuddin

Naib Pengerusi 2

: Encik Zam Zam binti Abdul Aziz

Penyelaras aktiviti / Pemantau

: Semua GKMP

Penyelaras Program (3K)

Setiausaha (3K)

: Puan Atiq Anis binti Aziz

AJK Pendaftaran dan Sarana ibu bapa

AJK Poster/ Backdrop dan Siaraya

AJK Makanan

AJK Aktiviti

1.  Bilik – Bilik Khas: PIC bilik khas yang terpilih.

      (Murid terlibat: Tingkatan 1)

2.         Taman @ Kebun

(Murid terlibat: Tingkatan 2)

3.        Tangga Kejayaan

 (Murid terlibat: Tingkatan 4)

4.        Laman Segar

(Murid terlibat: Tingkatan 5)

5.        Stor Sukan dan Bilik Koko : P

(Murid terlibat: Tingkatan 3)

AJK Peralatan / Perabot

AJK Disiplin / Keselamatan

AJK Dokumentasi /Photogrid/Fotografi

9.0     STRATEGI PELAKSANAAN

 

BIL

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIDANG TUGAS / CATATAN

1.      

Urus setia


1.    Menyediakan Kertas Kerja

2.    Membentangkan Kertas Kerja

3.    Menyelaras Program.

2.      

AJK Pendaftaran  dan Sarana Ibu Bapa

 

1.     Memastikan senarai nama guru dan AKP disediakan.

2.     Menyediakan meja untuk pendaftaran

3.     Menyediakan borang pendaftaran murid mengikut tingkatan untuk murid mengisi nama mengikut tingkatan.

4.     Menyerahkan nama murid yang hadir program kepada guru tingkatan untuk pengisian SSDM dan PAJSK.

5.     Menyediakan borang sarana ibu bapa bagi ibu bapa yang hadir.

3.      

AJK Makanan


1.     Berbincang dan menetapkan menu sarapan pagi yang sesuai mengikut bajet bersama PK HEM dan Penyelaras.

2.     Menetapkan tempat untuk mengambil makanan.

3.     Memastikan peralatan untuk makanan disediakan dengan lengkap.

4.     Berhubung dengan kontraktor pembersihan untuk memastikan kawasan persekitaran bersih sebelum dan selepas makan.

4.      

AJK Poster/Backdrop/ Siaraya


1.     Berbincang dengan urus setia untuk mereka bentuk backdrop yang sesuai untuk paparan LED.

2.     Menyediakan poster program untuk dipromosikan kepada murid dan ibubapa.

3.     Memastikan mikrofon di pentas Dataran Bestari fungsi untuk perasmian oleh pengetua.

 

5.      

Gotong-Royong Bilik-bilik Khas:

 

1) PIC Bilik Bahasa:


2) PIC Bilik Aktiviti Murid:

 

3) PIC Bilik Logistik:


4) PIC Surau

(Pemantau: Puan Siti Hawa binti Zakaria)

5) PIC Bilik SPBT

6) PIC Stor Sukan dan Stor KOKO


1.     Membersihkan dan menyusun atur semula perabot dan peralatan mengikut kesesuaian bilik.

2.     Mengemas kini alat bantu mengajar di bilik tersebut (jika perlu)

3.     Mengadakan 5S di bilik-bilik tersebut.

4.     Menceriakan bilik khas tersebut agar boleh diguna pakai untuk PdP

5.     Mengasingkan perabot yang tidak diperlukan dan dihantar ke tempat yang sepatutnya.

6.     Meminta alatan pembersihan daripada pekerja kontraktor sehari sebelum program (jika perlu)

7.     Mengambil 3 gambar sebelum dan selepas dan diserahkan kepada AJK Dokumentasi untuk laporan.

 

6.      

Gotong-Royong Taman @ Kebun Sekolah


1.     Membersihkan rumput dan halaman kebun.

2.     Menyusun atur semula batu-bata dan palung di halaman kebun agar lebih teratur

3.     Mengecat bangku, meja dan batu-bata di kebun agar lebih ceria (Jika perlu)

4.     Mengambil peralatan berkebun dengan tukang kebun sekolah (Jika perlu)

5.     Menghapuskan tempat yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

6.     Mengambil 3 gambar sebelum dan selepas dan diserahkan kepada AJK Dokumentasi untuk laporan.

7.     Merancang penanaman semula kebun pada masa akan datang.

7.      

Tangga Kejayaan:

(Penyelaras: Puan Puan Akmaharyani Binti Abu Jamil)

 

1.     Berbincang bagi menentukan warna cat yang sesuai untuk tangga kejayaan bersama PK HEM / Pengetua / Penyelaras.

2.     Memastikan pekerja kontraktor telah membersihkan tangga sehari sebelum proses mengecat.

3.     Membuang pelekat yang terdapat di setiap anak tangga sebelum proses mengecat.

4.     Memastikan AJK menyediakan keperluan untuk mengecat seperti:

a.     Cat dan berus cat

b.     Bekas cat

c.     Masking tape (Jika perlu)

d.     Kotak terpakai (jika perlu)

e.     Botol air mineral yang kosong

f.      Kain perca untuk mengelap

5.     Mengecat setiap anak tangga tengah blok bangunan dari aras bawah hingga ke tingkat.

8.      

Laman Segar:


 

1.     Berbincang dan menetapkan mengenai warna yang sesuai untuk Laman Segar bersama PK HEM / Pengetua / Penyelaras.

2.     Memastikan pekerja kontraktor telah membersihkan kawasan selewat-lewatnya sehari sebelum proses mengecat.

3.     Memastikan AJK menyediakan keperluan untuk mengecat seperti:

a.     Cat dan berus cat

b.     Bekas cat

c.     Masking tape (Jika perlu)

d.     Kotak terpakai (jika perlu)

e.     Botol air mineral yang kosong

f.      Kain perca untuk mengelap

4.     Mengecat lantai laman segar agar lebih ceria dan kemas.

5.     Menyusun atur dan menaman semula pokok bunga di laman segar agar lebih teratur (jika perlu) 

9.      

AJK PEMBERSIHAN:

1.     Semua pekerja kontraktor pembersihan sekolah

1.     Memastikan kawasan Laman Segar dan Kebun sekolah dibersihkan menggunakan Water Jet selewat-lewatnya sehari sebelum program.

2.     Membantu guru yang memerlukan keperluan pembersihan pada hari program.

3.     Membersihkan tangga tengah sehari sebelum proses mengecat.

4.     Menyediakan plastik sampah untuk sampah makanan.

10.   

AJK Peralatan / Alatan Elektrik / Perabot


1.     Memastikan peralatan untuk gotong – royong disediakan dengan lengkap sehari sebelum program.

2.     Mengagihkan alatan mengecat kepada ketua Tangga Kejayaan dan Laman Segar

3.     Membantu AJK yang memerlukan peralatan elektrik atau peralatan gotong-royong semasa program berlangsung.

4.     Membantu guru untuk penyimpanan perabot yang tidak diperlukan / digunakan di bilik khas.

5.     Mengemas kini perabot yang tidak diperlukan disekitar sekolah. 

11.   

AJK Disiplin dan Keselamatan

 

1.      Mengawal keberadaan dan keselamatan murid pada sebelum, semasa dan selepas program.

2.      Memantau kawasan sekolah untuk memastikan semua kawasan sekolah selamat untuk semua murid.

12.   

AJK Dokumentasi /Photogrid/Fotografi


1.     Memastikan gambar-gambar diambil sebelum dan selepas program dijalankan.

2.      Menghasilkan kolaj dan didokumentasikan.

3.      Mengumpul bahan-bahan, gambar, instrumen pemantauan untuk didokumentasikan.

4.      Menyerahkan dokumentasi dua minggu selepas program.

5.      Dokumentasi hendaklah dibuat sebanyak 3 salinan.

 

 

 

9.1     JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

 

 

8.00 pagi – 8.30 pagi

:

Pendaftaran dan sarapan pagi.

8.30 pagi – 9.00 pagi

 

:

:

:

:

Berkumpul di Dataran Bestari

Ucapan perasmian daripada Puan Pengetua

Taklimat Gotong-royong oleh Puan Norasila binti Yusoff

Pengagihan alatan gotong-royong.

9.00 pagi – 12.30 tengahari

:

Aktiviti berlangsung dan bersurai

         

10.0 PENGURUSAN RISIKO

 

RISIKO

PUNCA

PENYELESAIAN

TANGGUNGJAWAB

Guru tidak dapat hadir untuk menjalankan gotong - royong

 

Aktiviti dilaksanakan pada hari minggu.

AJK Aktiviti membantu melaksanakan bahagian tersebut.  

Urus setia dan penyelaras aktiviti.

 

 

 

 

 

 

 

11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

           

1.     Pemantauan Pencapaian Program/Aktiviti

 

Penglibatan semua murid, guru, AKP dan PIBG dalam aktiviti yang dirancang dan dipantau oleh penyelaras aktiviti dan urus setia.

 

2.     Pemantauan Pencapaian Outcome

 

Borang Instrumen Pemantauan dan dokumentasi program

 

 

11.0 PENUTUP

 

Diharap aktiviti gotong-royong ini dapat dilaksanakan dengan lancar dari segi masa yang ditetapkan dan mendapat kerjasama daripada semua individu yang terlibat. Semoga program yang dirancang ini dapat mencapai objektif program iaitu memastikan kawasan persekitaran lebih selamat, kondusif dan ceria.

 

 

 

 

 

Disediakan oleh,                                                         Disemak oleh,

 

 

 

 

(ATIQ ANIS BINTI AZIZ)                                      (SABIDARA BINTI MAHMUD)

Setiausaha 3K,                                                            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

SMK Seri Bintang Selatan                                        SMK Seri Bintang Selatan

 

Al fatihah Along 

1 Feb 


 

Telegram Channel