November dan Disember saya akan update mengenai tempat tempat menarik yang pernah UBK anjurkan untuk program kepimpinan dan lawatan. Program ini dianjurkan pada tahun 2010 untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya.
Homestay parit penghulu, melaka pertama kali kami ke mari. Pelajar dan guru ditempatkan di beberapa buah rumah yang terdapat di sini. Aktiviti homestay di sini memang meriah. Para pelajar yang tidak pernah mempunyai kampung akan seronok menikmati pengalaman baru. Kami mengadakan modul kepimpinan tetapi dengan pendekatan di homestay . Tidak ada masalah bagi peserta yang berbilang kaum ini untuk menempatkan diri mereka dengan suasana di sini dan bergaul dengan masyarakat setempat.
Sambutan kompang |
Demo perusahaan kampung |
Team building |
Aktiviti di kebun kelapa sawit |
Berjalan menggunakan terompah gergasi |
Lari dalam guni |
Upih |
Teruja tengok ternakan kambing |
Berbasikal di sekeliling homestay |
Mencuba membuat berus dawai |
Gagau belut |
Aktiviti kebudayaan waktu malam |