4 July 2015

Soalan Lazim: Permohonan Ke Matrikulasi KPM 2016/2017


Bahagian Matrikulasi KPM telah mengeluarkan iklan permohonan ke program Matrikulasi KPM bagi sesi 2016/2017 melalui laman webnya. Tarikh permohonan bermula dari 1 Julai hingga 10 Oktober dengan mengisi borang permohonan atas talian. Sila beli cepat jangan tunggu saat akhir.


ANDA TIDAK BOLEH MEMOHON MATRIKULASI ONLINE TANPA PEMBELIAN NOMBOR PIN DARI BSN. SETELAH MEMPEROLEHI NOMBOR PIN BARULAH
                                   Sila klik di sini Permohonan Matrikulasi Online

Orait tag diatas dibuat besar-besar sebab ada juga jenis murid ini yang bertanyakan kepada cikgu, kenapa dia tak dapat nak online permohonan? Yela...kerana anda tidak membeli pun nombor pin . Dibawah ini adalah soalan lazim yang biasa ditanya kepada guru kaunseling seawal pengumuman permohonan matrikulasi dibuka.

Soalan 1) Bagaimanakah membeli no pin matrikulasi?

Cara Pembelian:

1) Membayar RM6.00 kepada kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.     
2) Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).      

Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod  organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN

Soalan 2) Bagaimana key in permohonan matrikulasi?    
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2015 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.
                                            Sila klik di sini Permohonan Matrikulasi Online      

Soalan 3) Apakah kelebihan memohon matrikulasi berbanding permohinan IPTA nanti?

KONSEP Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar program persediaan bagi  lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam dalam masa setahun sahaja. STPM menawarkan tempoh masa setahun setengah dan tawaran UPU biasanya diploma yang memakan masa 3 tahun dan asasi universiti sama dengan matrikulasi tetapi tempat lebih terhad kerana pengkhususan asasi kursus tertentu telah ditawarkan. Ada juga yang perlu berada di matrikulasi selama dua tahun dengan kelayakan SPM tidak melayakkan syarat ke program setahun tetapi mempunyai syarat minimum ke matrikulasi dua tahun. Yang penting, matrikulasi setahun ialah fast lane. Anda boleh memohon kedua-duanya sekali serentak baik matrikulasi dan kemudiannya IPTA. 

Soalan 4) Bolehkah pelajar yang bukan bumiputera seperti kaum Cina dan India memohon matrikulasi? Sebab ramai yang kata matrikulasi untuk bumiputera sahaja.

Mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini. 


Soalan 5) 

i)Saya layak ke memohon matrikulasi?

ii) Saya selalu gagal Matematik Tambahan. Boleh tak saya tak nak daftar untuk SPM bagi Matematik Tambahan sebab nanti result teruk. Boleh tak saya mohon matrikulasi sebab kelas saya ambil subjek tu cuma saya tak nak daftar dalam SPM.

iii) Saya tidak ambil Matematik Tambahan tetapi  saya ambil 3 mata pelajaran elektif seperti Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan. Boleh tak mohon matrikulasi?

Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2015 bagi melayakkan memohon matrikulasi. Jika anda teliti subjek di bawah, mata pelajaran elektif yang wajib ialah MATEMATIK TAMBAHAN. Jika anda mendaftar untuk 4 mata pelajaran elektif sekali pun tetapi tanpa Matematik tambahan, anda tidak layak memohon. Jika anda belajar Matematik Tambahan tetapi tidak mendaftar untuk SPM dan tidak menduduki peperiksaan mata pelajaran ini, ANDA TIDAK LAYAK MEMOHON. Oleh itu, jangan sewenangnya drop subjek ini sebab rasa susah padahal anda belum menduduki SPM. Manalah tau kelulusan Matematik Tambahan anda memenuhi syarat minimum 


Bagi mengikuti Jurusan Sains:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.

Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Matematik Tambahan, Kimia, Fizik,dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.


Soalan 6 :

i) Apakah syarat minimum SPM untuk masuk ke matrikulasi?

ii) Nak masuk matrikulasi mesti dapat A dan B sahajakah untuk semua subjek?

iii) Kalau asyik gagal satu subjek elektif dan waktu SPM pun gagal, boleh tak dapat matrikulasi?

Berikut merupakan syarat minimum ke matrikulasi. Anda masih lagi perlu wajib lulus Sejarah bagi melayakkan anda memperolehi taraf lulus SPM. Jika anda gagal satu subjek yang lain pun tetapi subjek tersebut tiada dalam senarai syarat minimum, maka anda masih boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan tempat di matrikulasi.


a)
Syarat kelayakan minimum 
Jurusan Sains
1.   C    Bahasa Melayu
2.   C    Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Kimia
6.   C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
           
·        Fizik
·        Biologi
Jurusan Perakaunan
1.  C     Bahasa Melayu
2.  C     Bahasa Inggeris
3.  C     Matematik
4.  C     dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
·        Prinsip Perakaunan
·        Ekonomi Asas
·        Keusahawanan
·        Perdagangan
·        Sains Tambahan
·        Fizik
·        Kimia
·        Biologi
·        Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

5.  E     Matematik Tambahan

Aliran Teknikal
1.  C    Bahasa Melayu
2.  C    Bahasa Inggeris
3.  B    Matematik
4.  C    Matematik Tambahan
5.  C    Fizik
6.  C    dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
·        Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atauTeknologi Kejuruteraan
7.  E  Kimia
8.  B  Lukisan Kejuruteraan

Soalan 7: Saya nak pilih aliran apa di matrikulasi


   Pilih aliran yang sesuai dengan kekuatan anda terhadap sesuatu mata pelajaran berdasarkan kombinasi mata pelajaran dalam aliran di bawah. Jika anda adalah pelajar aliran sains SPM, anda layak juga memohon aliran perakaunan berdasarkan syarat kelayakan permohonan ke matrikulasi . Boleh rujuk syarat kelayakan memohon di atas.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :
a)   Sains
b)   Perakaunan
c)   Teknikal


PAKEJ MATA PELAJARAN JURUSAN SAINS
Modul I 
1. Fizik 

2. Kimia 
3. Matematik 

4. Biologi
Modul II 
1. Fizik 
2. Kimia

3. Matematik 
4. Sains Komputer
Modul III 
1. Kimia

2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer

Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan
Matematik,
Perakaunan,
Ekonomi dan
Pengurusan Perniagaan


Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal
Matematik,
Kejuruteraan,
Fizik Kejuruteraan,
Kimia Kejuruteraan,
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)


Soalan 8: 

i) Mana lebih baik matrikulasi setahun atau program dua tahun?

ii) Manakah program yang saya perlu pilih sama ada setahun atau dua tahun?

iii)Mengapa ada yang dapat program setahun sahaja dan ada yang dapat dua tahun?

Pemohon tidak memilih sama ada setahun atau dua tahun, sebaliknya ditawarkan oleh Matrikulasi KPM kerana mungkin syarat minimum Matematik Tambahan bagi Program Satu Tahun ialah C tetapi jika pemohon mendapat D tetapi syarat minimum lain adalah menepati maka kemungkinan besar, pemohon akan diletakkan di program dua tahun. Begitu juga jika ada syarat minimum yang tidak ditepati pada aliran PST.Jika pemohon mendapat tawaran PST, tetapi tidak menunjukkan prestasi akademik yang baik juga akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke semester berikutnya dan setaraf program dua tahun. Pemohon yang mendapat program dua tahun juga, jika dapat menunjukkan kecemerlangan akademik pada semester 1 dan 2 boleh memohon rayuan untuk program tersebut setahun sahaja. Program untuk dua tahun pengajian matrikulasi ditawarkan hanya kepada pemohon bumiputera dalam aliran sains.


Program dua tahun ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST). Pendaftaran bagi Program Matrikulasi Dua Tahun dijalankan serentak bersama pelajar PST.

 MODUL PENGAJIAN PROGRAM DUA TAHUN (PDT) 
Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil Modul II sahaja, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul III sahaja.

Modul Pengajian PDT
Modul I 
1. Fizik 
2. Kimia 
3. Matematik
4. Biologi
Modul II 
1. Fizik 
2. Kimia 
3. Matematik 
4. Sains Komputer
Modul III 
1. Kimia 
2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM DUA TAHUN (PDT) 
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
1.
C
Bahasa Melayu
2.
C
Bahasa Inggeris 
3.
C
Matematik
4.
C
Kimia
5.
D
Matematik Tambahan
6.
C
Dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: 
Fizik / Biologi


Soalan 9 : Selepas habis matrikulasi boleh terus apply ke ijazah ke?








PELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS LULUS PROGRAM MATRIKULASI
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam dalam bidang seperti berikut :
                    Sains / Teknikal                                 Perakaunan 

  • Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu    -Perakaunan

  • Farmasi                                                  -Pengurusan Perniagaan

  • Pergigian                                              - Pentadbiran Perniagaan

  • Bioperubatan                                         -Pengurusan Sumber Manusia

  • Sains                                                          - Ekonomi

  • Sains Komputer                                          - Teknologi Maklumat

  • Sains Pendidikan                                       -  Pentadbiran Maklumat

  •  Seni Bina                                                   - Lain-lain

  • Sains Gunaan                                          

  • Sains Teknologi / Teknologi Maklumat

  • Kejuruteraan                                      

  •  Lain-lain

Soalan 10: Dimanakah kolej matrikulasi?

Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej Mara seperti berikut:
Kolej Matrikulasi Melaka, Londang
Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau
Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih
Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching
Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang
Kolej MARA Kulim, Kulim.
Aliran Teknikal
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian


Salam Nuzul Quran
17 Ramadhan

620 comments

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 620   Newer›   Newest»

As salam.. Ckgu sy nk tanya.. Klu pelajar lepasan spm 2014, blh x nk mohon matrik utk thn 2016/2017? Terima kasih

Matrikulasi untuk calon spm tahun semasa. Lepasan spm 2014 tidak boleh mohon. Kamu boleh try diploma

Saya nk tanya.kwan saya dia dh isi matrik .bila dia cek balik permohonan tu nama dia tak ada pun.nama org lain.anggka giliran pun milik org lain.apa yg kwn saya perlu buat.maklumat diri semua betul

Sila minta kawan kamu printscreen nama pelajar yang dipaparkan menggunakan nombor pin tersebut (bukan nama murid yang sepatutnya) dan emailkan ke bahagian matrikulasi di email webmaster.matrikulasi@moe.gov serta memaklumkan nama sebenar kawan kamu dan ic supaya pihak matrikulasi boleh betulkan dengan segera.

Kalau subject akaun mendapat markah yg kurang baik, layak ke nak masuk matrik ?

Kalau akaun tidak lulus, masih ada peluang ke utk masuk matrik. Tetapi subject lain saya dapat score ?

Jika akaun kurang baik atau tidak lulus, tetapi 2 mata pelajaran elektif spt dibawah anda boleh mendapat kredit selain BM BI dan Math, maka peluang masih ada.
· Ekonomi Asas
· Keusahawanan
· Perdagangan
· Sains Tambahan
· Fizik
· Kimia
· Biologi
· Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

Walaubagaimapun bagi pendapat cikgu, jika akaun kamu tidak lulus dalam SPM dan kamu tidak berminat untuk menyambung akaun tetapi semata mata mahu memasuki matrikulasi kerana subjek lain yang layak..lebih baik kamu memilih kursus yg berpadanan dgn potensi dan minat diri yg byk ditawarkan di peringkat diploma UPU. Ini kerana pengajian matrikulasi akaun akan membuatkan kamu berjumpa kembali dgn subjek ini yg lebih tough di peringkat matriks.

Saya mengambil subjek sains, sains tambahan, matematik tambhan, dan lukisan kejuruteraan sbg subjk elektif.. ada tak aliran dlm matrikulasi yg la boleh saya ambil?

Anda boleh memohon matrikulasi perakaunan

Assalamualaikum cg.. saya nak tnye tarikh keluar tawaran matrikulasi dan upu pada tarikh yg sama ke?

Salam elyana
Tarikh tawaran matrikulasi biasanya akan diketahui terlebih dahulu sblm tawaran upu

Saya dh apply , tp nmber pin Matrik saya hilang . Apa patut saya buat ?

Nombor pin matrik diperlukan untuk memohon permohonan sahaja. Anda hanya perlu menunggu tawaran sama ada diterima atau tiada tawaran

Anak saya mendapat 6A & 2 B+ & 1C+ iaitu semua subjct sains ( Fizik-B+ , chemis-A- , Bio -B+ , Add math-C+ & Math-A-). bolehkah anak saya mendapat tempat di matrikulasi. Dibawah indian kuota
BM- A
BI - A
Sejara -A+
Moral -A-

hello.. kalau matematik tambahan saya dapat E ttpi sbjek lain yg berkaitan memenuhi syarat..adakah saya masih berpeluang untuk masuk ke matrikulasi bgi program dua tahun?

Assalammualaikum cikgu. Saya sudah memohon matrikulasi bahagian akaun, 4 subjek yg lain saya lulu kredit, tetapi math tambahan saya gagal. Jadi saya nak tanya dkt ckgu,adakah permohonan saya tidak diterima?

ya tuan dengan result anak tuan menunjukkan dia layak untuk permohonan ke matrikulasi dan persaingan merit yang tinggi dalam mata pelajaran elektif sains akan menentukan tempat anak tuan

salam miss fieyy. Jika add math anda gagal peluang tipis kerna sekurang-kurangnya anda perlu lulus.

Salam,

Matrikulasi dua tahun untuk bumiputera aliran sains minimum D Add Math. Namun anda boleh mmebuat rayuan jika masih ada tempat

Assalamualaikum cikgu,saya nk tanya kalau semua subjek memenuhi syarat kecuali BI yg tak kredit,masih layak atau tidak untuk masuk matrik?

BI yang setakat lulus menyebabkan peluang ke matrikulasi malahan ke U terbatas ini kerana BI dan Math antara subjek yang wajib kredit. Tetapi anda boleh memohon di institut profesional Baitulmal, Kolej Polytech MARA atau politeknik metro yang mengamabil murid yang tiada kredit BI dalam SPM

cg saya dapat a- math b bm b+ bi sej c phy chem c+ bio e addmath....saya x tahu nak pergi mane..... boleh tolong?

Assalammualaikum Cikgu.
Anak saya mendapat keputusan SPM15 baru ini tapi kurang cemerlang iaitu
2A3B3C1D.Add Math D.
Bagaimana peluang utk berlajar matrik?t kasih

Anda memperolehi 7 kredit dan lulus add math.Dengan kelulusan ini anda masih boleh melanjutkan pelajaran jika tidak mendapat tawaran matriks kerana add math E untuk aliran sains, maka anda boleh memohon di Unit Pengambilan MARA iaitu di GMI, MFI, politeknik, kolej kemahiran tinggi dll tpt lagi bergantung kpd kursus yg ingin diambil. Ini kerana institusi ini mengambil kira kredit dari subjek selain Add Math.

Salam. Pengalaman student saya sendiri dengan syarat minimum menunjukkan ke matrikulasi dua tahun krn add math D. Masih lagi matrikulasi dua tahun ini bersaing dr segi tpt dgn merit antara calon yg setara utk mendapat tempat. Semoga berjaya

Salam,saya telah memohon matrikulasi aliran sains tetapi matematik tambahan saya telah mendapat d, adakah saya masih lagi layak diterima di matrikulasi

Salam
Permohonan layak diproses utk matrikulasi tetapi berjaya atau tidak mendapat tempat masih lagi bergantung jumlah calon yg memohon dengan bil tempat dengan kelayakan yg sama. Semoga berjaya

Assalam cikgu..
Saya bersekolah di asrama penuh aliran sains. Baru-baru ini saya mendapat keputusan spm dengan subjek BM & BI-B, SEJ-B, MATH-A, FIZIK-C+, KIMIA & BIO-C dan ADD MATHS-D...
Adakah peluang saya masih cerah untuk ke PDT? Harapan saya amat tinggi untuk memasuki matrikulasi...
Nasihat dari cikgu didahului ribuan terima kasih..

Salam kak.
Spm saya cuma 4A. Addmaths dgn Bio saya B. Chemi D. Layak tak nak masuk matriks?

Salam cikgu.
Keputusan saya: bm A+, bi B, math A, bio & fiz B+, kimia B, addmath C+
Adakah saya boleh mendapat modul 1 aliran sains dan persediaan 1 tahun?

Salam cikgu.
Keputusan saya: bm A+, bi B, math A, bio & fiz B+, kim B, addmath c+.
Adakah saya boleh mendapat modul 1 aliran sains dan persediaan 1 tahun?

Salam. Murid aliran sains yg mendapat D untuk Kimia akan ditawarkan aliran perakaunan jika didapati meritnya layak untuk matriks cuma Kimia D yg menjejaskan ke aliran sains. Namun anda boleh membuat rayuan

Salam
Majoriti murid lebih suka mengambil matrikulasi krn pilihan setahun utk ke ijazah berbanding diploma selama 3 tahun. Dari result anda layak ke PDT hanya merit dan kuota kemasukan je yg menentukan kemasukan. Semoga berjaya

Salam
Berdasarkan result anda,anda menepati syarat aliran sains dengan program setahun

Salam cikgu.
Keputusan saya Bm(B+) Bi(C) maths(A) addmath(C+) physics(B) chemistry(C+) Biology(D).
Adakah saya boleh mendapat module 1 aliran sains?

Anda menepati syarat minimum untuk ke matrikulasi sains dan lulus Biologi. Keutamaan modul 1 untuk murid yg mendapat kredit yg baik dalam Biologi. Namun anda boleh membuat rayuan.

Berapakah nilai merit minimun untuk ke matrikulasi

Ckgu,saya nk bertnya sekirnya sya mndpat addmath dn kimia D layakkah sya ditempatkan di matrikulasi? Sya sngt risau sekirnya tdk mndpat mtrikulasi..kerana matrikulasi adlah tmpat yg saya hndk pergi selama ini.

Asalamualaikum ckgu.kputusan sya mdpat 4A..tp smua tu sub teras .bio sya dpat b..tetapi sub kimia ngn admth sya dpat D..layakkan sya di matrikulasi?

Ckgu markah merit mcm mna diorg kira?bergntung brapa? Klau 70% tu layak ka?

Apabila bercakap mengenai merit minimum anda hanya perlu mengira berdasarkan syarat minimum setial aliran yg ingin anda pohon. Gred minimum bg setiap subjek.

Memandangkan dua subjek yg D ia tidak menepati syarat minimum ke kursus satu tahun malah dua tahun.Cikgu faham harapan anda yg sangat tinggi untuk ke matrikulasi tetapi peluang anda tidakla tinggi dgn result tersebut. Cikgu cadangkn anda memohon juga pelbagai institut pengajian tinggi yg lain dlm bidang sains sama ada diploma.

Cikgu lebih suka memberikan bimbingan kpd murid dari aspek markah minimum. Bukan dari segi markah merit. Ini kerana walau markah merit tinggi tapi ada subjek yg tidak menepati syarat minimum maka murid tidak layak utk dipertimbangkan. Tapi jika syarat minimum melepasi gred yg diperolehi barulah lihat pada merit anda. Tentulah 90 peratus berada pada kedudukan yg selesa meritokrasi

Salam cikgu.Saya nk tnya kalau semua subjek saya credit kecuali addmath saya e..adakah sya masih ada peluang utk melanjutkan pelajarn ke matriks?Saya amat hrp saya dpt bljar di matrik ='(

assalamualaikum cikgu. saya lepasan spm 2015. result saya sebanyak 4A shj.
bm-A
bi-A+
sej-A+
p.islam-A+
math- B+
bio-B
kimia-C
fizik-C
addmath-D
saya telah membuat pemohonan ke matrikulasi bagi jurusan perakaunan. menurut cikgu, adakah saya berpeluang besar untuk ditawarkan perakaunan? saya tiada basic akaun. saya memang tidak minat sains dan bercita-cita utk menyambung pengajian dlm bidang perakaunan , ekonomi atau perniagaan.

Anda tidak menepati syarat minimum kelayakan dan cikgu berharap anda tidak mengharapkan harapan yg tinggi.

assalamualaikum cikgu. saya lepasan spm 2015. result saya sebanyak 3A shj

BM-A-
BI-C
sej-A
p.islam-A-
math- B
bio-C+
kimia-C
fizik-B
addmath-C

adakah saya layak utk mendapat tempat di matrikulasi??

Result anda mempunyai syarat minimum yang diperlukan malahan mendapat lebih dari itu dengan cemerlang dgn dua subjek, baik dalam dua subjek. Semoga anda berjaya mendapat tempat

Result anda juga mencapai lebih dari tahap minimum untuk kelayakan ke matrikulasi sains setahun. Kelayakan itu dan semoga anda mendapat tempat di matrikulasi

Salam cikgu,
Bm=B+
BI=C+
AGAMA=A-
SEJ=A
MATH=A
LUKISAN KEJURUTERAAN=B
FIZIK=C+
KIMIA=C+
ADDMATH=D
adakah saya layak mendapat tempat di matriks dalam aliran sains?

Salam cikgu..saya lepasan spm 2015..
Saya mendapat result 6Atapi bio saya b ..addmath dan fizik c dan chemist saya d..saya memohon sains..adakah saya layak?

Salam
Result anda melayakkan untuk dipertimbangkan permohonan ke aliran sains . namun deengan Add Math D , cikgu harap anda tidak meletakkan harapan yang tinggi pada matriks setahun kerana syarat minimum Add Math C, tetapi anda boleh mmebuat rayuan atau jika anda mendapat tempat pun kelayakan itu pada matrikulasi dua tahun.

Salam

Dengan result Kimia D agak tipis peluang untuk ke aliran sains kerana kebiasaanya di tawarkan ke aliran perakaunan walaupun anda tidak mempunyai basic akaun. Tetapi anda boleh membuat rayuan untuk ke aliran sains dan bergatung kepada kekosongan

Salam cikgu sy calon spm 2015. Sy hanya mendapat 3A iaitu BM , MATH dan AKAUN. manakala B bg subjek BI , FIZIK dan KIMIA. ADDMATH dan BIO C+. Layak ke sy pergi ke matrikulasi untuk prodmgram satu tahun bg aliran sains dan peroleh modul 1??

Salam cikgu sy ialah calon spm 2015. Saya hanya mendapat 3A iaitu BM , MATH dan AKAUN. Sy peroleh B bg subjek BI , FIZIK dan KIMIA. Manakala C+ bg ADDMATH dan BIO. Adakah sy layak untuk pergi matrikulasi bg program satu tahun untuk aliran sains?? Dan adakah sy layak peroleh modul 1??

Salam

Jika dari result anda , melepasi kelayakan minimum untuk matrikulasi setahun bagi aliran sains satu tahun dan merit yang agak baik. Semoga anda mendapat tempat

Cikgu,jumlah keseluruhan yg mndapat straight As tahun 2015 cuma 9000+. Menurun dari tahun yg lepas lepas. Adakah ini akan menyebabkan persaingan antara pelajar yg mndpt straight A dan tidak mndpt semua A ke matriks akan berkurangan ?

Salam Cahaya Puteri,
Jumlah murid straight A mmg menurun. Namun demikian cikgu sendiri tidak pasti dengan kuota matrikulasi tahun ni. Murid straight A majoriti mereka mengambil kursus di oversea dgn tajaan, asasi di U dan matriks.

cikgu adakah saya akan mendapat tempat di matrikulasi sains program satu tahun dengan keputusan ini ?
2A BM dan MATH
2A- SEJ dan PI
2B+ KIMIA dan TEK. KEJ
1B BI
2C ADDMATH dan FIZIK
1D LUK.KEJ

Assalamualaikum cg. . saya nak tnye jika saya dpt masuk ke matrikulasi..jika yuran telah dibayar untuk matrikulasi ..selepas itu saya mendapat tawaran di upu dan saya ingin keluar..adakah yuran tersebut akan dipulangkan ataupun tidak?

matrikulasi tidak perlu membawa laptop ?

Salam Nurul Haslynda
Dengan result anda, kelayakan minimum untuk matriks setahun dalam aliran sains. Semoga anda mendapat peluang belajar di matrikulasi.

Salam Nurul Elyana
Mengenai yuran kena berasaskan pada terma dan syarat sewaktu anda bersetuju menerima tawaran matrikulasi dan mendaftar pada hari pendaftaran. Ini kerana yuran tersebut ada pecahan pembayaran seperti yuran pemprosesan dan ada yuran yg tidak boleh dipulangkan.

Laptop umpama gajet penting. Jika ada, ia memudahkan kerja anda.

Selamat sejahtera cikgu..

Aliran perakaunan hanya ada program satu tahun je ke? And aliran perakaunan dpt elaun juga ke?

Ya..perakaunan untuk murid satu tahun shj dan penuntut matriks menerima elaun

Assalamualaikum, cikgu , saya spm x ambil bio, saya ambil fizik, kimia dan perakaunan, saya mohon matrikulasi aliran sains, adakah pelajar sains matrikulasi wajib belajar biologi disana nanti?

Selamat sejahtera cikgu.. saya ingin memohon matrikulasi dalan jurusan teknikal tetapi saya mengambil matapelajaran teknologi kejuruteraan manakala saya tidak mengambil lukisan kejuruteraan... adakah saya berpeluang untuk mendapat tempat dalam matrikulasi dalama jurusan teknikal?

Salam nam
Jika pakej elektif anda fizik kimia dan akaun shj, anda tidak layak memohon matriks. Tp jika ada pakej add math akaun fizik dan kimia anda layak memohon matriks sains atau akaun. Jika anda memohon matriks sains, bio tidak wajib anda boleh mengambil modul lain selain pakej bio

Ya anda boleh dipertimbangkan untuk aliran teknikal kerana anda masih lagi mempunyai satu elektif di bidang kejuruteraan iaitu teknologi kejuruteraan

Assalam. Saya lepasan spm 2015 dan memperoleh 8A2B . Bio B+ dan addmaths B. Sya memohon matrikulasi dan bru tersedar bhawa trdpat ksilapan yg sya lakukan di bahagian klumat pribadi dan bru sdar stelah tarikh tutup permohonam. Adakah itu akn mempengaruhi permohonan sya? Andai sya dapat matrik adakah tawaran trsebut akn dtsrik balik ?

Salam
Dari keputusan anda memang layak untuk memohon di matriks dan semoga anda mendapat tempat.
Jika anda melakukan kesilapan di maklumat peribadi tetapi kesilapan itu tidak menjejaskan kelayakan anda untuk memohon di matriks ataupun setelah permohonan itu diterima, maka ia tidak menjejaskan peluang anda untuk tetap berada di matriks jika anda membuat pembetulan. KECUALI jika anda tersilap maklumat peribadi yang tidak melayakkan anda untuk ke matriks , maka ia akan menjejaskan tawaran anda seperti warganegara atau bukan warganegara atau apa sahaja yang tidak menepati syarat umum dan khusus.

Assalam cikgu... smasa memohon matrik saya brada di hostel jadi mak saya yg mohonkan utk saya tpi dia x pasti matrik mana yg dia mohonkan utk saya... jdi dkt mana saya boleh saya check matrik yg dimohon mak saya??? dan sains module mana yg pling sesuai klau nak sambung study dlm course seni bina???

Assalamualaikum Cikgu..
Result spm sy
Bm A-
PAI A-
MM A
SEJ B
MT B+
BOO B
BI C+
FIZ C
KI C
adakah sy layak dapat tawaran matrikulasi? Sy nak sangat masuk matriks.

Assalam cikgu. Saya telah mohon matriks aliran sains dahulu. Tetapi baru saya berfikir balik untuk mengambil jurusan akaun. Saya ingin menukar permohonan tersebut kepada aliran perakaunan. Bagaimana?

Jika dari result anda semata mata mmg ada kelayakan. Semoga kamu mendapat merit yg tinggi untuk diterima ke matriks

Sepanjang pengalaman cikgu mengendalikn kes murid, kamu tidak dapat menukar aliran skrg tetapi apabila mendapat tawaran nanti untuk membuat rayuan terlebih dahulu

Sains modul 2 sesuai utk senibina. Anda boleh menghubungi matriks sendiri berhubung dengan permohonan anda yg terdahulu.

Boleh tak keluar dari matrik dan terima tawaran upu

Assalamualaikum cikgu. Kalau addmath C, bm B, bi B, Math A, fizik A, tapi kimia D. Boleh ke masuk aliran teknikal. Tapi tak ada asas teknikal..

Salam
Dgn result D Kimia satu kriteria itu menyebabkan minimum kelayakan anda tidak layak untuk memohon aliran sains sama ada setahun atau dua tahun. Tetapi anda boleh membuat rayuan.
Namun jika anda ingin memohon aliran teknikal, anda tidak menepati syarat asas iaitu mesti satu subjek dari pertimbangan ke kursus ini dari pakej subjek teknikal. Walaubagaimanapun jika anda mendapat tawaran, anda boleh berbincang dengan kaunselor d matrikulasi mengenai kelebihan dan risiko di pihak anda.

Salam cikgu keputusan spm saya dapat
Bm A-
Bi B
Math A
Pqs A
Psi A
Sej A+
Fizik B+
Arab B+
Kimia C+
Add math D
Bio A-

Adakah saya layak utk ke PST ? Peluang utk ke PST itu besar atau sikit ? Kalau saya dapat PDT boleh tak saya buat rayuan agar dapat masuk ke PST waktu first intake ? Mohon pencerahan.terima kasih

Assalamualaikum,
Cikgu bolehkah lepasan matrikulasi sambung study oversea..bagaimana caranya?

Dengan syarat minimum PST tidak mencukupi tetapi syarat PDT yg menepati apabila Add Math D. Namun rayuan boleh dibuat. Jika anda ditawarkan PDT sekalipun, anda boleh kekal disitu untuk menunjukkan kecemerlangan akademik d.semester 1 dan 2 untuk menghabiskan matriks setahun juga. Walaupun ada yg ditawarkan PST tapi jika tidak mencapai syarat pelajar itu akan menduduki matriks selama 2 tahun pula.

Cikgu, keputusan SPM saya 6A Sains B+ dan Bahasa Inggeris & Matematik tambahan C. Saya memperolehi Prinsip Perakaunan-A Ekonomi Asas-A, Matematik-A-.Cuma Matematik tambahan saya C. Adakah saya layak memohon matrikulasi akaun tetapi Matematik tambahan C. Sekian, terima kasih,

Salam
Anda layak menggunakan kelulusan matrikulasi yg mana anda akan bersaing dgn group STPM atau ALevel atau yg setara sewaktu permohonan biasiswa atau pinjaman untuk memohon ijazah yg ditawarkan ke luar negara sama ada direct ke oversea atau twin program. Atau jika anda berkemampuan, anda boleh merujuk ke IPTS di Malaysia berkaitan dgn kursus yg anda minati di luar negara yg menjlnkan kolaborasi dgn U di luar negara atau ke institusi pendidikan yg menjlnkan khidmat nasihat calon persendirian ke luar negara yg membantu anda memilih u yg sesuai dan kemudahan yg ditawarkan.

anak saya straight A.. 6A+ dan 3 A..tapi gagal dlm permohonan matrikulasi..knp ye

Assalamualaikum cikgu .. Cikgu sesi 2016/2017 masih ada tempoh pembelajaran selama setahun ke cikgu? Mohon pencerahan . terima kasih

Saya tidak pasti mengapa. Puan boleh merujuk terus ke matrikulasi. Cuma berkongsi pengalaman dgn kes murid, ada yg tidak mendapat tawaran matriks bagi murid cemerlang straight A ini kerana rezeki lebih kepada program asasi di universiti.

Salam. Saya terbaca tweet pelajar matrik tahun 15/16 mengatakan bahawa elaun matrik tahun 16/17 akan dibekukan. Adakah ini benar?

Cikgu tidak pasti tentang perkara berikut cuma setakat ini tiada pengumuman rasmi mengenai hal ini dan seminar pengajian tinggi baru -baru ini pun tidak menyebut mengenai perkara ini. Jadi cikgu mengandaikan selagi pengumuman rasmi tidak dibuat, tiada perubahan dasar dilakukan.

Assalamualaikum cg. Saya nak tanya, adakah pst sama susah dgn pdt?

Assalamualaikum cikgu. Pdp kat sana sama ke dgn skolah?

Pdp tak sama seperti di sekolah. Lebih kepada pdp sepwrti di universiti

Modul sama tetapi pdt lebih panjang kerana silibus yg perlu dihabiskan dalam satu semester untuk pdt kurang sedikit.

Assalamualaikum cikgu,keputusan saya bm-b+,sains-a,ekonomi asas-b+,sej-a,math-b,akaun-a,dan addmath-e.ada peluang utk matrikulasi jurusan akaun?

Terima kasih cikgu jawab soalan saya :)

Cikgu result saya ;
BM=A-
BI=A-
MATHS=A
BIO=B+
PAI=A-
SEJ=B
KIM=C
FIZ=C+
ADDM=D
Adakah saya layak untuk program matrikulasi PST?

Cikgu result saya ;
BM=A-
BI=A-
MATHS=A
BIO=B+
PAI=A-
SEJ=B
KIM=C
FIZ=C+
ADDM=D
Adakah saya layak untuk program matrikulasi PST?

assalamualaikum...kalau kita dapat tawaran matrikulasi,lps tu kita terima tawaran tu.....macam mana dgn permohonan upu saya..adakah ia akan burn begitu saja????? tolong jawab cikgu..mcm mna ni

Matrikulasi dan upu ialah dua agensi yg berbeza. Jika anda mendapat matrikulasi ia tidak menjejaskn peluang anda untuk mendapat upu juga.

Cikgu result saya,B+(bi),B(kimia),B(fizik),A(math mode),C+(bio),C+(addmath) layak ke saya untuk ke Matriks Cikgu dlm aliran sc?

Jika dilihat dari result akademik semata mata anda memenuhi keperluan minimum

Anda memenuhi syarat jika dilihat pada akademik semata mata. Semoga pengiraan merit melayakkan anda mendapat tempat

Cikgu adakah pengiraan markah merit berdasarkan gred subjek2 yg tertinggi dlm subjek2 yg berkenaan yg tertera di atas atau secara rawak?

(Cont) cikgu sy dpt markah merit 95.05 + koko sekiranya sy menggunakan gred2 tertinggi dlm subjek pengiraan merit yg tertera dan sy bkn bumiputera. Adakah chance sy utk masuk matrik ni tinggi ataupun nipis?

Calon bukan bumiputera akan bersaing dalam kuota calon bukan bumiputera juga. Semoga anda berjaya

Salam, saya sudah membuat rayuan. Adakah masih ada peluang utk saya dimasukkan ke matrikulasi

Cikgu, rayuan matriks akan tahu bila?

Salam, saya nak tanya kalau add math saya E aakah saya berpeluang utk masuk ke matrik ? Tetapi subject lain saya mendapat A bagi jurusan perakaunan. Harap cikgu dpt menjawab. Terima kasih

Salam cikgu, result spm saya:
BM=A-
BI=A
MATHS=A
BIO=C+
PAI=B
SEJ=A-
KIM=D
FIZ=D
ADDM=C+

layakkah saya masuk matriks melalui rayuan? kalau saya ditawarkan jurusan perakaunan,bolehkah saya tukar kepada jurusan sains?

Assalamualaikum cikgu. Hari ni tawaran matrik dah diumumkan kan, dia suruh kite buat pengesahan terima tawaran. Kalau kita buat pengesahan tu skrg, boleh ke kita nak pegi ke ipta? Atau memang confirm kena masuk matrik?

Lagi 1, kursus m001 sains tu maksud nya modul 1 ke?

Salam, ckg. Blhkah sy terima tawaran matrikulasi dulu, pd masa yg sama sy jugak tunggu keputusan upu?

Kalau buat pengesahan matriks, masih boleh ke ipta jika mendapat tawaran juga. Pengesahan itu bermakna anda confirm ingin masuk ke matrikulasi. M001 modul 1

Boleh mohon rayuan dan boleh juga mwmohon pertukaran aliran sains jika ditawarkn perakaunan

Dari segi gred peluang ada krn mencapai tahap minimum tetapi masih bergantung kpd pengiraan merit untuk merebut bilangan tempat yg peruntukkan untuk sesuatu kursus.

Melalui rayuan,peluang masih ada berbanding jika tidak membuat rayuan langsung

Pengiraan merit akademik berdasarkan subjek yg disenaraikan syarat khusus masuk ke mayrikulasi yg wajib mencapai tahap minimum ditambah dgn kokurikulum. Jika ada antara subjek itu mendapat D sekali pun harus dikira krn ia pengiraan WAJIB mata merit dan tidak diambil secara rawak bagi.gred subjek tertinggi dlm subjek berkemaan

assalamualaikum cikgu.. saya dah buat rayuan tadi cikgu, betul ke cikgu saya dengar bukan bumiputra rayuan tidak dilayan? saya bukan bumiputra...

Assalamualaikum cikgu. Alhamdulillah, sy dpt tawaran untuk program satu tahun (PST) di matrikulasi kedah. satu je sy nak tanya, boleh tak kalau sy dari program PST tukar ke program dua tahun (PDT)? terima kasih :)

Terima kasih cikgu

saya tdk mndpt twaran ke matrikulasi ambilan yang pertama, sy telah membuat rayuan . adakah berjaya jika bi sy d ? ataupun msuk shj ting 6 , kerana bi sy d?

assalammualaikum cikgu,saya tidak berjaya dlm permohonan pertama,saya telah buat rayuan, apakah peluang saya cikgu? saya bukan bumiputra

Salam. Nak tanya bila tarikh sepatutnya membayar yuran?adakah masa pendaftaran online atau semasa pendaftaran pada 5 jun? Tq

Bukan warganegara sahaja yg tidak dilayan.

Tahniah. Saranan cikgu, jika anda mendapat PST,anda buatlah yg terbaik agar dapat menghabiskan pengajian setahun sahaja seperti yg ditawarkan. Ia merupakan fast lane untuk ke ijazah. Jika anda PST, tetapi anda tidak mencapai CGPA yg memuaskan anda boleh mohon untuk PDT. Begitu juga dgn PDT, jika murid melakukan yang terbaik dan mendapat keputusan yg cemerlang boleh memohon untuk ke PST.

Rayuan boleh meningkatkan potensi untuk pengambilan rayuan berbanding anda mendiamkan diri dan tidak berbuat apa

Assalamualaikum cg
Result spm 2015 saya
Bm b+
Sej b
Bi b
Pai b+
Geo b+
Mat a-
Kim b+
Fiz c+
Bio a-
Dan admath mendapt e .adakah saya layak ke matrikulasi setelah membuat rayuan .mohon penjelasan

Salam, cikgu. tarikh lahir ku kat maklumat yg kena cetak keluar sudah salah, apa yg blh sy buat utk betulkannya?

Nampaknya killer subjek anda disini ialah BI. Walaubagaimanapun dengan keputusan BI yg lulus masih lagi ada pelbagai potensi utk ke IPT kerana syarat umum untuk IPT biasanya meletakkan BM Math dan BI untuk kemasukan ke IPT dengan keutamaan kredit di peringkat SPM. Jika anda mendapat tawaran ting 6, lebih baik anda mendaftarkan diri sementara menunggu panggilan kursus yg lebih anda minati.
IPT lain yg mengambil kelulusan BI yg minimum lulus pun bagi kursus bukan kemahiran..adalah terhad kepada beberapa kursus sahaja. Jadi gunakan peluang di ting 6 selama setahun setengah sahaja untuk mendapatkan pointer yg baik.bagi memohon ijazah pula di IPT yg melihat kelayakan STPM anda.

Salam
Disini Add Math yg tidak mendapat tahap minimum C atau D. Namun anda ada hak untuk memohon rayuan. Kelayakan untuk murid rayuan biasanya bergantung kepada kekosongan tempat dan masih lagi merit diambil kira dalam persaingan antara murid murid yg memohon rayuan

Salam
Cikgu kurang pasti dengan masalah ini. Kamu cuba menghubungi bahagian matrikulasi untuk mengetahui lebih lanjut apa yg perlu dilakukan

Assalamualaikum Cikgu :) Saya mendapat 5A untuk subjek teras.
B+ Biology,
B addmath dan chemistry
C+ Physics.

Saya mendapat tawaran matrikulasi . adakah sy layak untuk mndptkan modul 1?

Salam , saya hendak bertanya . Boleh ke sekiranya saya hendak ambil aliran perakaunan dalam matrikulasi tetapi saya tiada basic akaun ? dan adakah pembelajaran di matrikulasi sepenuhnya dalma bahasa inggeris ?

Assalamualaikum, cikgu
Saya ingin bertanyakan jika saya telah menerima tawaran ke Matrikulasi adakah ianya akan memberi kesan kepada permohonan ke IPG? Sebagai contohnya,Permohonan ke IPG saya ditolak jika telah menerima Matrikulasi.

Tidak memberi kesan. Anda boleh ditawarkan juga ke UPU atau IPG jika layak

Bagaimana jika saya sudah mendaftar di Matrikulasi dan selepas itu ditawarkan ke IPG,adakah saya boleh berhenti dari Matrikulasi dan terus mendaftar masuk ke IPG?


Terima Kasih,Cikgu kerana membantu saya.

Salam. Boleh ke aliran akaun walaupun tiada basic. Pembelajaran dalam BI

Salam
Bayar yuran ketika online dan slip bayaran di bawa semasa pendaftaran

salam. haritu masa isi matrik saya pilih module 3 tapi skrg saya nak pilih module 1. dalam surat tawaran ada tulis M001 adakah maksudnya saya dpt module 1?

Assalammualaikum ckg, maaf,sy nak tanya. Saya telah terima tawaran matrikulasi sarawak.Jika sy telah klik terima dan daftar online utk matrikulasi,tetapi sy mahu menolak kemasukan ke matrikulasi kerana menerima tawaran utk ke IPG,sy pun tidak pergi mendaftar di penempatan matrikulasi,adakah sy akan didenda?

Cikgu, boleh seorang pelajar lepasan jurusan Sains dari Matrikulasi ambil Perakaunan untuk degree di universiti hari nanti?

Jika menerima kemasukan ke matriks tetapi menarik diri krn ke IPG tidak dikenakan penalti

Cikgu saya nak tanya,
Kawan2 saya (termasuk saya) dapat D utk addmaths,dan x dpt matrik PST..
Tapi kawan saya yg dpt D utk Biology, dapat matriks kedah PST.
Jadi adakah saya dan kawan2 saya yg dpt D addmaths boleh masuk matrik jugak?
Terima kasih :)

Salam cikgu. Bila kita akan tahu tarikh rayuan??

Add math WAJIB dalam pengiraan merit dan minimum C untuk PST manakala Bio tidak wajib dalam pengiraan merit. Ini kerana jika ada subjek elektif lain yg bukan wajib dlm pengiraan merit contohnya bio D tp fizik C maka fizik yg diambil kira dlm merit dan bukannya Bio.

Salam.maaf,sye nak bertanya.sye dah tertekan pengesahan terima tawaran sebanyak dua kali.takpe ke?

Salam, kalau saya dah terima f6,rayuan matriks saya tidak diterima ke?

Yang penting kamu klik pengesahan terima.

Jika anda mendapat tawaran form 6, anda tidak akan mendapat tawaran matriks. Begitu juga sebaliknya. Anda boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan dan lebih baik anda menerima tawaran form 6 terlebih dahulu

assalammualaikum cikgu saya nak tanye.. kalau yang macam jurusan sains terdapat 3 modul... yang tu pihak matrik yang tetapkan untk peljar atau pelajar pilih sendiri?

Salam
Cikgu difahamkan yg kamu akan diberi taklimat untuk memilih modul yg bersesuaian dengan merit mata pelajaran elejtif sains yg kamu perolehi

Assalamualaikum cikgu.. sya nk tnye. Mcm mane nk byar yuran online ye? Sbb sya xbrpe arif psal nie..ad lman web yg blh sya rujuk X? Sbb sya blm thu cara nk mmbuat pembayaran mlalui slip pmbyaran..tlg sgt2..mmg xthu pape skrg..

Salam Sejahtera Cikgu. Untuk makluman, saya telah ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor sesi 2016/2017. Saya difahamkan kolej ini hanya menyediakan program teknikal sahaja.Kolej ini tidak berada dalam senarai pilihan saya kerana saya ingin memohon jurusan sains sahaja. Saya juga tidak pernah mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan atau mana-mana subjek berkaitan asas kejuruteraan. Saya juga difahamkan, kolej ini dikhususkan untuk pelajar SPM lepasan sekolah teknik dan sekolah harian. Persoalannya, mengapakah saya ditawarkan ke kolej ini sedangkan minat saya adalah untuk mengikuti program sains. Bolehkah saya membuat pertukaran tempat yang ada menganjurkan program pengajian sains. Mohon bantuan cikgu untuk mengatasi kebuntuan saya. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pertukaran dari aliran teknikal ke sains atau dari sains ke teknikal perlu melalui permohonan ke pengarah bahagian matrikulasi

Assalamualaikum cikgu . Saya dapat tawaran matrikulasi sesi 16/17 dlm aliran sains . Boleh tak kalaw saya nak tukar modul ke modul akaun . Saya berminat nak sambung sains aktuari pada ijazah sarjana muda . Boleh ka modul akaun di matrik sambung degree in actuarial science cikgu ? Saya dah tgk kelayakan . Layak tpi kebanyakkan blog yg saya baca kena ambil modul science di matrik untuk buat degree in actuarial science . Boleh cikgu terangkan ? Terima kasih .

Salam dan tahniah mendapat tempat di matrikulasi. Jika anda berminat menyambung ke sains aktuari, maka penempatan anda ke matriks sains adalah bertepatan sekali sebagai batu loncatan memohon ke kursus impian anda iaitu sains aktuari di peringkat ijazah. Pengambilan pelajar ke sains aktuari memang mengambil murid dari STPM malahan dari matriks dari aliran Sains. Ini kerana sains aktuari itu sendiri diletakkan di bawah fakulti sains dan mattematik atau fakulti sains komputer dan matematik yang mana memerlukan pelajar dari aliran sains juga. Ia berbeza keperluannya dengan fakulti perakaunan. Oleh itu jika anda menukar kursus ke akaun, maka tipis harapan anda untuk memohon ke peringkat ijazah sains aktuari melalui laluan matriks akaun kerana memang benar kiraan merit untuk aliran sains dari subjek yang memerlukan elektif sains juga. Walaubagaimanapun cikgu berminat dengan ayat kamu yang mengatakan anda sudah tengok kelayakan dan anda layak jika ingin memohon sains aktuari jika modul akaun di matriks sambung ke ijazah. Boleh share dengan cikgu di manakah sumber anda. Anda harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk kekal di matriks sains dan memohon sains aktuari atau bertukar ke kursus perakaunan yang cikgu tidak galakan kerana anda tidak menyatakan atas alasan apakah anda ingin bertukar ke akaun jika yang mana anda masih lagi boleh menyambung ke sains aktuari jika kekal di aliran sains.

Assalam. Sy nk tnya. Yuran untk pndftran matrik perlu bank in kan. Ad tempoh x untk bayar yuran ?

Salam cikgu . saya nak tanya kalau saya dpt ke ipg tapi saya dah bank in duit yuran matriks, adakah boleh dituntut kembali ?

Salam Shahida
Cikgu tidak pasti mengenai tempoh tersebut cuma cikgu difahamkan oleh pihak matrikulasi bayaran boleh dibuat sewaktu pendaftaran di kolej, yang penting anda klik terima matrikulasi.

Salam cikgu,
saya dah buat rayuan matrik.Semua subjek saya melepasi syarat kelayakan kecuali Add math dan kimia D dan E.Adakah rayuan saya diterima atau dapat dipertimbangkan utk mendapat tempat? Kini saya telah mendaftarkan diri utk f6 sementara menunggu keputusan rayuan matrik dan upu :) terima kasih

salam Siti Raihana

Tahniah mendapat tempat di matrikulasi. Cikgu tidak pasti apakah sebab anda ragu ragu dengan permohonan anda sendiri untuk ke matrikulasi dan anda telah pun berjaya mendapat tempat tersebut. Kelulusan matrikulasi atau tingkatan 6 masih lagi memerlukan kredit yang baik untuk persaingan tempat ke ijazah pendidikan UUM. Pointer yang selesa ialah 3.6 ke atas yang mana persaingan anda adalah lebih secure berbanding 3.0 semata -mata kerana majoriti murid boleh mencapai 3.0 ke atas terutama pelajar matriks perakaunan malah STPM perakaunan. Tapi ia juga bukanlah jaminan anda akan mendapat tempat krn byk kriteria lain yang akan dipertimbangkan seperti kokurikulum dan sebagainya untuk pengiraan merit seperti mana anda berusaha dengan SPM anda untuk mendapatkan tempat di IPT semua kriteria akademik, kokurikulum malahan keperluan khusus sesuatu kursus yang dipohon.

Salam Sofie

anda membuat keputusan yang baik dengan menyambung di tingkatan enam terlebih dahulu. nampaknya killer subjek anda ialah Matematik tambahan dan Kimia yang merupakan syarat wajib untuk keperluan minimumnya memenuhi syarat untuk ke matrikulasi. Apatah lagi dalam kes anda, dua subjek wajib yang tidak memenuhi syarat. Namun demikian, jika anda sudah membuat rayuan cikgu berharap anda menunggu keputusan dengan tidak memberikan harapan yang tinggi. Fokus kepada pengajian anda di tingkatan 6. Jika anda mendapat tempat di aliran sains ting 6, cuba anda menimbang sendiri adakah subjek tersebut dapat dibawa oleh kamu dengan baik. Jika kamu rasa boleh membawanya..alhamdulillah. Jika tidak, anda boleh menimbangkan untuk bertukar aliran agar tidak membebankan anda lagi dan fokus kepada aliran yang anda minat dan yang penting boleh dibawa untuk mencapai cita=cita anda dengan memohon kursus menggunakan pointer di STPM itu nanti.

Salam Ckgu ,result spm sy:
Bm A
Bi D
Pai A-
Maths A-
Sns B+
Sej B
Akaun A
Eko C+
Addmath D

Adakah sy layak memasuki matrikulasu?

Salam

Nampaknya killer subjek anda di sini ialah BI semata-mata. Syarat minimum yang diletakkan ialah wajib kredit namun anda hanya mendapat lulus sahaja. Subjek teras SPM iaitu BM, BI dan Math merupakan 3 subjek penting yang diterimapakai oleh majoriti IPTA dan IPTS dengan syarat minimum kredit. Kegagalan untuk mendapatkan kredit dalam mana-mana 3 subjek di atas menyebabkan terjejasnya kemasukan ke IPT walaupun merit yang lain adalah tinggi. Oleh itu jika anda gagal dalam rayuan, mungkin disebabkan subjek ini yang menjejaskan pemilihan anda. namun jika anda berjaya mendapatkan tempat kerana masih ada kekosongan untuk di isi, berusahalah meningkatkan penguasaan BI anda sebagai persiapan ke ijazah nanti.

Salam ckg,kalau sy sudah mmbyr yuran matrikulasi ttp menarik diri kerana diterima belajar di ipg,adakah wang akan dikembalikan sepenuhnya? ☺ harap ckg jwb soalan ni

Salam cg..saya dpt kmph.semasa nk bayar yuran di bsn nanti kena tulis no.akaun pengarah kmph ke di borang bsn??sbb saya cek di laman web kmph tak adapun no.akaun...tapi di matrik lain ada dia tulis no.akaun...

Assalamualaikum cikgu. Saya student teknikal semasa spm. Dpt matrik dkt pulau pinang. Aliran sains punya dpt. Kalau saya belajar dpt kmpp tuu. Adakah saya boleh smbung study dlm bidang engineering saya slpas lulus program tuu? Kaa saya kena tukar tmpat matrik utk teknikal punya? Hope cikgu balas pertanyaan saya..

Cikgu difahamkan oleh pihak matrikulasi bahawa bayaran yg telah dibayar tidak boleh dikembalikan

Salam syafiq
Tahniah mendapat tempat. Walaupun anda student teknikal anda boleh memilih aliran sains dengan pakej yg sesuai yang tiada Biologi. Lulusan matriks sains boleh mengikuti bidang engineering semasa di peringkat ijazah.

Salam hanisah.
No akaun mesti atas nama pengarah

Salam
Cikgu difahamkan oleh pegawai matrikulasi bahawa bayaran yg telah di bank in tidak.boleh dituntut kembali

assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya kalau pointer saya kurang dalam exam terakhir semester adakah saya akan dibuang daripada matrikulasi?

Salam sejahtera cikgu...
Sya dapat BM(B+) BI(C+) SEJ(B+) MAT(B+) SAIN(A+) AKAUN(A) EKO(A-) MORAL(A) ADDMATH(E)...
Sya mohon utk kursus perakaunan...
Kenapa sya tak dapat ckgu???
Bolehkah ckgu terangkan kat sya???

Assalamualaikum Cikgu, saya telah membuat pengesahan matrikulasi adakah upu juga akan ditawarkan

Ya. UPU boleh menawarkan kerana dua agensi yg berbeza

Salam sejahtera
Dari result kamu, kamu menepati syarat kelulusan minimum yg diperlukan. Namun demikian tempat untuk kursus perakaunan kurang berbanding dengan kursus sains. Oleh itu persaingan tempat ditentukan oleh merit. Cikgu akan menerangkan demikian kpd student jika mereka bertanya soalan seperti ini..dan akhir sekali percaya pada rezeki anda mungkin yg terbaik di tempat lain.

Salam
Soalan ini memang popular dalam kalangan murid yg belum pun menjejak kaki ke matrikulasi. Setiap IPT atau matrikulasi mempunyai syarat dan peraturan akademik masing masing untuk memastikan pelajar belajar. Matrikulasi tidak sewenangnya membuang murid yg mempunyai pointer yg kurang. Ada yg melanjutkan tempoh untuk kursus matrikulasi terutama aliran sains. Namun demikian jika anda tidak memenuhi juga kriteria pointer tertentu maka sudah tentu akan dikenakan tindakan.

salam cikgu.. mcm mana cara pembayaran yuran kolej mara kuala nerang ye.. dalam buku panduan ad tlis rm610. tp smase bt semakan masuk matrik tlis kna bayar rm500 je.. mne stu btol ni

Assalam..dengar crita skrg aliran sains kna ambil smua subjek ..btol ka?

as salam cikgu. saya dpt fz(B+),Km(C+)dan bio(C). saya dpt matriks dlm jurusan sains. adakah saya layak utk mendapat modul 1?

Salam.
Maaf azlinda cikgu kurang pasti mengenai cara pembayaran. Kamu boleh telefon direct ke matrikulasi mengenai perbezaan nilai yuran tersebut

Salam
Aliran sains ada 3 modul dan anda akan mempelajari subjek berdasarkan pakej modul yg ditawarkan.

Salam
Dari result anda memang layak ditawarkan untuk pakej modul yg mempunyai Biologi dan modul 1.Walaubagaimanapun jika anda ditawarkan modul lain kerana persaingan tempat anda boleh memohon rayuan kepada pengarah kolej

Assalamualaikum cikgu, saya mahu bertanya, bagaimana kita mahu membuat pembayaran pendaftaran di Bsn? dan disitu ada menyatakan bahawa untuk membuat pembayaran mestilah ada no kod akaun kolej tersebut. Saya mendapat Kolej Matrikulasi Johor,jadi bagaimana saya boleh tahu no akaun tersebut?

assalamualaikum, kak kalau saya menbuat rayuan di upu, dan memasuki matrikulasi, apa yang berlaku sekiranya saya mendapat tempat di upu selepas rayauan dan menamatkan pengajian di matrikulasi sebelum tamat tempoh pengajian dan terus menerima tawaran upu?

Salam cikgu...jika saya telah menerima tawaran dan telah mengisi borang online matrikulasi...adakah ia memberi kesan kepda tawaran ipg....sbb target saya adalah ingin msuk ipg

Assalamualaikum cikgu...saya nak tanya kalau dpt Kolej Matrikulasi Melaka kena buka akaun bank BSN atau Bank Rakyat? Sebab daripada dokumen yg saya print tu mengatakan bahawa jika ke KMM perlu buat akaun bank BSN tetapi bila saya pergi ke laman web rasmi KMM perlu buat akaun bank Bank Rakyat...jadi mana satu? Atau dua2 nya sama shj

salam.kalau nak sambung ke bidang psikologi boleh ke

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 620   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel