Total Pageviews

9 November 2013

Ke Sungai Congkak: Program Selepas PMR



Bunyi unggas  tercari-cari
Daun pokok menari-nari
Bunyi suara riang  berlari
Kedamaian ini yang dicari

Hari ni paper SPM tiada untuk pengawasan. So back to school. Giliran saya membawa pelajar tingkatan 3. Apabila giliran saya sahaja mestilah saya menyusun jadual agar masuk ke hutan atau sungai dibawah projek saya kerana saya lebih suka membawa guru yang berminat untuk mengikuti program ke hutan atau sungai tanpa memberikan arahan. Lebih baik sukarela kerana apabila guru seronok maka pelajar lagi seronok. 

Makanan ditempah khas dari kantin sekolah agar dapat dibawa terus ke kawasan Sungai Congkak. Aktiviti menghayati alam semulajadi sewaktu hari persekolahan memang mendamaikan kerana tidak ada lagi pengunjung yang datang. Hanya kumpulan kami sahaja. Selepas 2 jam 30 minit di sini kami pulang ke sekolah.

No comments: