18 December 2013

Our pet

Cer teka apa ini


Cuti sekolah yang panjang ni saya memikirkan apalah yang dibuat oleh musang di bilik kaunseling. Di atas aircond pejabat bilik kaunseling ada satu lubang yang agak besar dan musang ini suka meloloskan badannya dan duduk di aircond bilik pejabat UBK kami. Pada mulanya jenuh saya merenung haiwan ini, macam kucing tapi ekornya panjang sangat buat saya musykil..hahaha. Saya cuba mengiau sewaktu pertama kali bertembung dengan haiwan ini tapi ia tak peduli pun. Lari pun tidak...macam tau sahaja saya tuan bilik pejabat UBK ini. Sepanjang saya di bilik kaunseling, musang ini tidak turun ke lantai dan tidur di atas aircond ini. Apabila saya keluar masuk tetiba sahaja ia hilang. Saya tangkap gambar pun ia tak lari dengan flash kamera dan dari google baru saya tahu ia adalah sejenis musang. Comel kan? 

Tak pasti bagaimana ia makan minum kerana walaupun ia nampak jinak tetapi tidak pernah disentuh. Saya sendiri tidak berani, risau makin agresif jika diganggu. Nampaknya misteri haiwan yang berjalan atas meja saya dah terang lagi bersuluh lah kan. Dulu saya selalu hairan kenapa kaki tikus gergasi ke yang selalu bermain atas meja saya tetapi meja kawan -kawan guru kaunseling yang lain tiada atau jarang ada. Hahahaha..sebab musang ini suka nak main dengan koleksi anak patung saya atas meja. Seringkali anak patung atas meja saya beralih tempat :) Perghhh takpe kalau musang yang main jangan makhluk lain ;(

 

Telegram Channel