9 January 2014

Jawatankuasa Induk Guru Kaunseling KL

What a hectic day
Attend meeting at Unit Sukan JPWP Kuala Lumpur
Finish at 5.45 pm and arrive Kajang 8.15 pm
Yeah..drive for  2 hours 30 minutes !!!

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Guru Kaunseling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang pertama untuk 2014 di Unit Sukan, JPWP berhampiran Istana Budaya. First time meeting di sini dengan kemudahan yang baru dan bilik mesyuarat yang agak selesa. AJK Induk Guru Kaunseling KL ni terdiri dari pengerusi, setiausaha dan bendahari setiap zon dan AJK Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur yang dilantik sewaktu Mesyuarat Agong. Saya akan berada dalam jawatankuasa ini selama 2 tahun dan ini mengingatkan saya kepada zaman muda saya 10 tahun lepas selaku setiausaha zon ketika berada dalam board ini.

Antara perkara penting yang akan dijalankan
1) Karnival SPPK 
Karnival yang melibatkan pameran dan pertandingan kerjaya iaitu reka bentuk grafik kerjaya dan eksplorace...ye sesuatu yg amat tak best kerana 5 pertandingan yang biasa kami masuk tidak dipertandingkan ke negeri. Dahla tahun lepas pun tidak dipertandingkan ke peringkat negeri kerana tiada bajet and my student really frust.
2) Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling WPKL pada 24-25 Februari di JPWP plus Mesyuarat Agong Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur yang merupakan isu utama hari ni kerana banyak perkara perlu dijawab tetapi pengerusi tidak hadir kerana sakit perut manakala setiausaha dan bendahari telah berpindah. 
3) Persidangan Sidang Kemuncak Lembaga Kaunselor oleh LPPKN di Putrajaya pada 23 Januari yang melibatkan kaunselor berdaftar sahaja dan ini merupakan perjumpaan pertama setelah saya mendaftarkan diri sebagai kaunselor berdaftar. Jadi tak sabar nak tengok pengisian dan kelebihan kepentingan mendaftar ni terhadap organisasi luar selain sekolah.
4) Cari ahli untuk Smart Support Team Zon Pudu yang mana saya merupakan jurulatih utama untuk WPKL so kena cari 10 orang bawah Zon Pudu untuk menjadi ahli SST ni bagi kes kecemasan di Zon Pudu ini.
5) Program PPSDM ..kena ingatkan anak buah agar jika terlibat sebagai AJK atau fasilitator sila beri komitmen dengan baik kerana perlu bertanggungjawab mencari ganti jika tidak dapat hadir.
6) Majlis Anugerah Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling perlu mencalonkan tiga orang di zon masing masing untuk anugerah ini. Wah anugerah ini memang dah lama senyap..dulu ada dan kami biasanya mencalonkan para senior .
7) program urban poor dengan DBKL di mana sekolah perlu mencalonkan pelajar yang mendapat 6A ke atas . Projek dipanggil urban poor kerana pendapatan keluarga ialah RM 3 ribu dan pendapatan perkapita ialah 350@ 400. Di sekolah Cheras calon urban poor memang ramai tapi dengan list 6A ke atas..yg tu yang payah dicari.
8) Projek Guru Penyayang.. Indeks guru penyayang dihantar ke JPWP setiap 3 bulan sekali. Yang ni memang keputusan terbaik. Tahun lepas kami perlu menghantar setiap bulan rumusan IGP ni dan student benar benar dah bosan nak jawab IGP tu kerana perlu memberi respon kepada soal selidik yang sama setiap bulan dengan membayangkan guru yang sama mengajar mereka sepanjang tahun itu.
9) Isu buku rekod.. Kenapa guru lain tidak menghadapi masalah seperti kami? Sehingga buku rekod tidak ada stok sedangkan dah Januari minggu kedua. Buku rekod tidak diedarkan oleh Unit HEM JPWP tetapi oleh MGGKL kami yang mungkin sedang menghadapi masalah dengan pentadbiran mereka. Buku rekod guru lain diselia oleh Majlis Pengetua dan tidak menghadapi masalah untuk diorder setiap tahun. Disinilah isu panasnya sehingga akhir sekali diambil keputusan agar menyerahkan cek kepada PPW masing masing dan menunggu arahan buku rekod yang diorder dah tiba.





 

Telegram Channel