10 January 2014

Bersama Inspektor Polis Perhubungan Sekolah

Our Inspektor Perhubungan Sekolah 2014
Welcome to our school

Setiap sekolah di Kuala Lumpur ini mempunyai pegawai polis perhubungan sekolah dengan menjalinkan kerjasama antara pihak sekolah dengan polis. Menariknya isu mengenai pegawai perhubungan sekolah kami pada tahun lepas ialah kami sendiri tidak mengenali pegawai perhubungan kami! Biasanya pegawai perhubungan sekolah akan datang dan bercakap di tapak perhimpunan untuk diperkenalkan kepada warga sekolah. Mereka mempunyai borang kehadiran ke sekolah yang perlu ditandatangan oleh pihak sekolah sebagai bukti mereka hadir ke sekolah. Sekolah terlibat dengan pelbagai masalah tahun lepas dari isu pergaduhan, bapa meninggal dalam kawasan sekolah, isu orang luar masuk ke sekolah dan mencari pasal benar benar memeningkan pentadbiran sekolah. Oleh itu apabila dialog bersama Ketua Polis dijalankan pada akhir tahun lepas, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kami yang memang terkenal sebagai pembahas guru di KL ni, dengan lantangnya di auditorium itu meminta maaf kepada Ketua Polis mengenai perkara ketidak puasan hatinya terhadap isu pegawai polis perhubungan sekolah tahun lepas kerana tidak pernah hadir ke sekolah dan jauh sekali berbincang dengan sekolah. Ini menyebabkan ketua polis serta merta memanggil pegawai perhubungan sekolah kami ketika itu dan berdiri di dalam auditorium. Orait saya tidak boleh membayangkan situasi itu apabila penolong kanan HEM saya bercerita..memang simpati. Tetapi saya memang agak pelik pada tahun lepas kerana saya sendiri tidak mengenali pegawai perhubungan sekolah kami kerana kaunselor ibarat orang kanan HEM di sekolah dan biasanya urusan program bersama polis akan dikendalikan oleh saya selepas PK HEM berurusan dengan polis.  Oleh sebab itu kami bertukar pegawai perhubungan polis yang baru dan saya mengharapkan agar ada ketelusan dan keikhlasan dalam memberikan komitmen kepada pihak sekolah.

Mengapa isu pegawai perhubungan sekolah ini penting?
- Pentadbir mendapat khidmat nasihat menangani masalah disiplin pelajar dari pandangan polis
- Pelajar mendapat input direct dari pegawai polis sendiri bukan isu remeh yang sengaja direka oleh guru 
   kepada pelajar yang bermasalah
- Kehadiran polis itu sendiri digeruni oleh pelajar bermasalah apatah lagi jika pegawai polis itu dapat 
   mendekati mereka dan menerangkan hukuman dari segi undang-undang.

Oleh itu kehadiran pegawai polis perhubungan sekolah sangat dialu-alukan dalam memantapkan salah satu program khas yang dirancang oleh KPM sejak dua tahun lepas dalam menangani masalah disiplin pelajar ialah Program Pembangunan Sahsiah Dan Disiplin Murid (PPSDM) yang merupakan program yang terancang antara guru kaunseling dengan kerjasama guru disiplin bagi meningkatkan disiplin yang baik dalam kalangan pelajar. Sasaran adalah pelajar yang selalu ponteng yang dipanggil projek Kembali Ke Sekolah dan pelajar yang terlibat dengan masalah salah laku yang lain sama ada gejala seksual, pergaduhan dan lain lain yang dipanggil Jati Diri. 

Bagi projek khas bawah Unit Bimbingan Kaunseling, sasaran seramai 10 orang untuk setiap guru kaunseling memantau dan menjalankan program untuk mencapai objektif pelajar menunjukkan perubahan yang positif. Ini bermakna seramai 30 orang akan terlibat dengan projek khas manakala 30 orang ini dan sasaran pelajar yang selebihnya akan terlibat dengan projek PPSDM sepanjang tahun.  Di bawah projek khas ini, pelajar akan memberi respon terhadap ujian pra dan di akhir tahun pelajar sasaran akan diberikan ujian post. Guru disiplin akan menyediakan laporan di akhir tahun untuk dihantar ke PPW Pudu. Guru kaunseling pula perlu merancang pertemuan sesi kaunseling dengan pelajar projek khas ini. Pada tahun ini juga, penolong kanan HEM meminta agar merancang program berbentuk sahsiah diri dengan lebih banyak. 

Hari ini merupakan aktiviti pertama yang kami jalankan bawah projek PPSDM. Guru disiplin memanggil hampir 70 pelajar sasaran pelajar dari pelbagai kes disiplin termasuk semua pelajar baru yang bertukar ke sekolah ini untuk mendengar taklimat dari Inspektor Perhubungan Sekolah yang baru iaitu Inspektor Nik Ezanee dari Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik. Secara peribadinya saya merasakan bahawa inspektor memang seorang yang mudah mendekati pelajar. The way he talk and express his speech memang menarik. Yang paling saya suka part inspektor ini meminta pelajar meluahkan perasaan di kertas putih tanpa perlu menulis nama. Luahan perasaan itu akan dianalisa dan dibuat rumusan. Inspektor juga meluahkan pelbagai idea seperti ingin membawa tayangan rakaman di balai polis dan merancang mengadakan lawatan ke balai polis bersama pelajar. Dia juga ingin memberikan komitmen untuk hadir ke sekolah setiap minggu. Wah..we wait and see the progress. 

1 comments

Hello there, You have done a fantastic job. I'll
definitely digg it and personally suggest to my friends. I am confident they will be benefited from this web site.

 

Telegram Channel