KERTAS KERJA
PROGRAM GURUKU TERBILANG; MURIDKU DISAYANG
1.0
PENGENALAN
Pelaksanaan
Program Guruku Terbilang, Muridku Disayang di sekolah merupakan program tahunan
sekolah yang dilaksanakan setiap tahun. Program ini dirangka selaras untuk
menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu berdasarkan konsep Guru
Penyayang yang telah dilaksanakan diperingkat kementerian dan sekolah.
Definisi
program ini adalah mengcakupi konsep guru berwibawa dan mempunyai rasa kasih
sayang, bersifat penyayang, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, ikhlas, komited dan sabar sehingga dapat mendidik generasi murid
yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. Manakala bagi pihak murid mereka merasakan diri mereka dihargai,
disayangi, diberikan perhatian, dibimbing dan dijaga.
Antara
objektif program ini adalah untuk menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
Selain itu, ia juga untuk memupuk rasa sayang dalam diri murid terhadap
guru-guru dan rakan-rakan.
2.0
OBJEKTIF
1.
Agar menjiwai amalan penyayang adalah budaya
guru.
2.
Agar dapat memupuk rasa sayang dan hormat
menghormati dalam diri terhadap guru
-guru dan rakan
3.
Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan
rahmat kepada sekolah.
4.
Melahirkan sekolah penyayang, harmoni dan
cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah.
3.0
SASARAN
Semua guru dan
murid Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras.
4.0
TARIKH
31 Mac 2014 (
Isnin) - Pelancaran dan penyampaian
hadiah.
5.0
AHLI
JAWATANKUASA
AJK Induk
Pengerusi : Tuan Haji Juahir Bin Mondakir
Naib Pengerusi : En. Mohamed Jamil Bin Abdul
Samad
Naib Pengerusi 2 : Pn. Sapura Bt. Amat
Setiausaha : Puan Rozinani Bt. Awang
Naib Setiausaha :Puan Nurhaiza
Bt. Che Mat
AJK Kerja
Penyelaras : Puan Rozinani Bt. Awang
Penilaian / Hadiah : Puan Nurhaiza Bt. Che Mat
Fotografi : En. Che Mohamad Padali Bin Che Mat
Dokumentasi / Sijil : Puan Rozinani Bt. Awang
6.0
AKTIVITI
Pelancaran : 1) Memasang “back drop” di tapak perhimpunan
2) Deklamasi puisi berkaitan program oleh ahli
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
3) Ucapan perasmian daripada pengetua.
4) Penyampaian anugerah guru penyayang,
anugerah panitia penyayang, dan mentee
paling komited.
·
Penilaian kepada guru dan mantee telah dibuat
sebelum majlis pelancaran. Program ini berterusan sepanjang tahun. Anugerah
akan disampaikan untuk fasa kedua.
7.0
ANGGARAN
PERBELANJAAN
Sumber Kewangan : PCG Kaunseling
perbelanjaan
1) “Back
Drop” 1
unit RM 150.00
JUMLAH RM 150.00
Sumber Kewangan : Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG)
Perbelanjaan
1)
Kek Hadiah Mantee dan Panitia Penyayang 4
biji X RM 40.00 RM 160.00
2)
Hadiah penerima anugerah guru penyayang 20 orang X RM
10.00 RM 200.00
JUMLAH RM
360.00
8.0
PENUTUP
Diharapkan
dengan adanya program ini dapat memupuk nilai kasih sayang, sifat cakna dan
prihatin dalam diri guru-guru dan para pelajar. Semoga dengan adanya program
ini dapat menghargai guru-guru dan para mantee dan mewujudkan budaya saling
sayang menyayangi.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Rozinani Bt. Awang)
(