Total Pageviews

7 April 2014

Mesy Karnival Pend Kesihatan & Kaunseling Kerjaya 2014

Jom rushing ke
SMK Convent Jln Peel

Habis jer handle tetamu lepas sarapan saya akan terus berlari ke UBK ambik bahan dan buat apa yang patut cabut ke SMK Convent Jln Peel. Meeting hari ni kena handle menengah dan rendah untuk karnival. Hari ni Pn Mahani pegawai dari JPN juga hadir untuk memberikan taklimat dan seperti yg dijangka borang dengan format baru tu antara yang fokus utama hari ni. Kemudian meeting diteruskan untuk karnival bagi memudahkan urusan cari sponsor semua sek terlibat cari hamper atau sponsor wang tunai rm50 untuk hadiah iringan dan 5 sek lagi cari hadiah sponsor yang besar iaitu AJK Induk cari sponsor untuk plak. AJK Cenderamata juga diminta mencari sponsor. Majlis penutup akan diadakan secara selang seli dengan penyampaian hadiah menengah dan rendah. Lawatan tapak yg paling penting. Kami melawat tempat tempat untuk pertandingan agar dapat melicinkan urusan karnival. Para pemenang perlu hadir pada hari kedua untuk majlis penutup di sebelah petang dan makanan tidak disediakan. Memandangkan kami hanya ada 20 hari saja lagi..semua org bekerja keras untuk melicinkan program. Selaku pengerusi..isu karnival ini memerlukan fokus utama saya sekarang.
Seperti biasa time meeting kami akan panggil konsultan untuk promote bahan mereka dan sponsor makan tengah hari. Dengan cara ini kami tak perlu keluarkan duit. Menarik juga approach dari konsultan ni.

No comments: