30 May 2014

Cinta di Bangku Sekolah

Escape to Agrotech Resort
Win win situation
My kids & I
Menariknya ada group whatsapp ni bila kita boleh buat sesi perbincangan mengenai cinta remaja. Segalanya bermula bila petang petang yang sepi ni seorang post mesej tentang gambar seorang lelaki yang menangis kerana kehilangan. Dari saya start mengusik student lelaki tu terus jadi isu topik yang menarik pelajar PRS untuk berbincang mengenai secret admire la, crush la, boyfriend dan girlfriend. Usik mengusik menjadi topik yang serius untuk saya selitkan mengenai percintaan di bangku sekolah dengan berkongsi pengalaman di zaman bangku sekolah saya :)

Saya percaya pelajar tidak tahu membezakan antara suka dan cinta. Antara rindukan seseorang kerana kehadirannya yang sentiasa ada sahaja di pandangan mata kita atau rindukan seseorang kerana memang dia berada di hati kita walau sentiasa jauh di pandangan mata. Menarik bila pelajar berbincang apakah tanda tanda mencintai seseorang. Pelbagai tanda yang dibincangkan sehingga saya yakin mereka tidak tahu erti berkawan rapat kerana sahabat atau berkawan berkasih kerana kerap berjumpa. Cinta satu proses yang mana kamu tidak boleh semudahnya mengatakan saya bercinta dengan dia, cikgu!

Satu lagi isu yang menarik bila pelajar perempuan mengatakan kenapa lelaki cepat move on dan boleh melupakan.. senang cari pengganti. Kenapa perempuan yang lebih setia?
Bila bercakap soal ini saya percaya ia bergantung kepada personaliti anda bukan jantina anda. Lelaki telah diasuh untuk tidak mudah menunjukkan emosi apabila terluka berbeza dengan perempuan segalanya beremosi sama ada gembira apatah lagi kecewa. Lelaki tidak mudah meluahkan emosi kecewa dengan kata kata tapi dia pandai bermain kata. Perempuan lebih mudah meluahkan emosi bila kecewa dan bila personaliti ini bertembung nampaklah satu pihak sahaja yang beriya terluka. Saya lebih percaya kepada personaliti seseorang yang membantu untuk dia move on atau meratap sepanjang hayat. Perempuan juga ada yang pandai menyembunyikan emosi dan mencemaskan pasangannya untuk beremosi pula.

Disinilah bahayanya bila bercinta di bangku sekolah kerana tumpuan anda akan terganggu. Anda tidak dapat fokus dengan baik kerana ada hati yang perlu dijaga. Di zaman sekarang dengan kuasa media sosial yang sangat hebat, anda boleh mengetahui pergerakan seseorang yang anda minat sekali pun dan emosi terganggu dengan salah faham sahaja melalui status atau komen di laman sosial anda. Saya kerap menjalankan sesi kaunseling dengan kemurungan pelajar yang tempiasnya peratus percintaan antara penyumbang kepada stres pelajar. Lelaki atau perempuan? Ye betul...perempuan lebih cepat melatah dan lebih stres. Anda boleh menghalang perasaan untuk bercouple di zaman sekolah dengan menolak ajakan untuk menjadi pasangan dengan baik. Bagi alasan anda tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih dari seorang kawan. Anda mempunyai perasaan dan anda sebenarnya boleh mempunyai gerak hati jika anda merasakan seseorang meminati anda dan ingin menjadikan anda teman istimewa. Sebelum perasaan lebih banyak terlibat, maka anda boleh mengatakan bahawa anda sangat selesa dengan perhubungan kawan dengan kawan sama ada digelar kawan baik. Jika menjadi teman istimewa. atau sebut je ingin menjadikan anda teman istimewa akan menyebabkan hubungan yang terjalin sekarang ni terputus kerana anda sudah tidak selesa. Cuba buat macam itu..teknik yang saya amalkan di bangku sekolah. Jadi saya memang mempunyai kawan lelaki yang ramai tetapi tidak mempunyai boyfriend sehingga tamat SPM... huhu kecualilah memang anda memang rasa anda bercinta dah dengan seseorang itu dan tidak mahu melepaskannya..then itu satu beban yang anda patut tanggung. Risiko terbesar yang akan anda hadapi. Bersedialah dari aspek fizikal..asyik nak berhias diri je. Bersedia dari aspek mental sebab otak ligat berangan. Bersedia dari segi emosi kejap gembira kejap sedih yang paling teruk tiba -tiba je meroyan kemurungan merajuk. Anda bersediakah? Hati kata iya tetapi sebenarnya anda tidak mampu kerana sebagai pelajar, bercouple merupakan satu bebanan tambahan kepada anda pula yang sangat bergantung sumber kewangan dan kasih sayang dari ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan. 

Anda boleh bercinta tapi tangguhkan niat untuk bercouple. Bercinta diam diam ada kemanisannya biarpun hanya anda dan si dia yang tau. Anak mata membesar bila berjumpa dengan orang yang kita minat, perasaan huru hara di hati dan entah kenapa kata-kata pun jadi tak selancar bila berhadapan dengan orang itu...atau dalam kes lain tak terkata.  Bercakap pasal body language ni memang sesi perbincangan makin hangat. Like flying without wing. Tu ayat yang tepat yang difahami oleh orang orang yang bercinta....huhuhu tak faham juga maknanya anda belum bercinta. Bersyukurlah nikmat tidak bercouple di bangku sekolah. Banyak kelebihannya! Anda mempunyai banyak masa dengan keluarga dan kawan-kawan baik anda. Anda tidak perlu fikir mengenai hati dan perasaan pasangan anda, anda tidak membuang banyak masa dan tenaga untuk mengurus emosi merajuk dan ingin dipujuk. Dengan 9 mata pelajaran yang perlu diuruskan dan aktiviti kokurikulum yang padat anda boleh menilai sendiri setakat mana beban yang masih boleh kamu tanggung. Saya percaya jika kamu mempunyai brainwave yang sama setelah tamat sahaja SPM kamu boleh berbincang mengenai isi hati kamu :)

Perjalanan hidup masih jauh . Melanjutkan pelajaran , bertemu orang baru, penyesuaian tempat baru satu proses untuk kita mengenali dunia baru di samping  si dia jika masih sentiasa berada dalam hati anda maka bersedialah untuk berbincang mengenai hala tuju hubungan anda atau anda akan kehilangannya walaupun sebagai kawan lama.

# Mohonlah agar Allah menjaga dan memegang hati anda jika anda sendiri tidak kuat untuk menangung kekecewaan.

 

Telegram Channel