22 May 2014

Kursus Pemantapan Profesionalisme MGK JPWPKL

Happy birthday
My dear princess
Nurfarzana

Hari ni bertolak ke Hotel Avillion, Melaka untuk mengikuti kursus pemantapan yang disertai oleh AJK Tertinggi Jawatankuasa Zon iaitu pengerusi, setiausaha dan bendahari setiap zon. Majlis perasmian malam berjalan baik dengan kata -kata ucapan dari boss yang meransang dan memotivasikan kami. Malam tu kami ada sesi ice breaking. Bukan sesuatu yang mudah apabila bahang Majlis Makan Malam Jubli Emas makin hampir dan perlu mengikuti kursus di luar KL. Akibatnya jasad di Melaka tapi fikiran di sana. Discuss dengan telefon dan mesej hampir setiap masa. Sesi rantai nama berjaya mengurangkan stress asyik ketawa dan ketawa wow bukan mudah nak buat rantai nama 60 orang . Its okey untuk guru kaunseling kerana kami selalu berjumpa tapi nak ingat nama geng guru disiplin memang berbelit otak dan lidah. Program tamat hampir 11.30 malam dan of course dah melepasi masa tidurku memang jawabnya susah nak tidurla.


 

Telegram Channel