Total Pageviews

7 June 2014

Taklimat Psikometrik PT3

Huhuhu kaki terseliuh
Depan De Palma Ampang
Perghh memang sakit betul :(

Hari ini taklimat mengenai ujian aptitud. satu ujian yang baru didedahkan kerana ini kali pertama kami didedahkan dengan cara pengukuran untuk mengetahui bakat pelajar. Kalau IMK dan ITP kami telah didedahkan seawal belajar di universiti dulu. Ujian aptitud ini dan ujian IMK akan dimasukkan dalam tafsiran sijil PT3. Kesannya ia merupakan satu pengukur penting bagi menentukan aliran pelajar yang sesuai dengan kebolehan, minat dan pencapaian akademik sewaktu di tingkatan 4 nanti.Ini kerana apabila kita mengetahui minat pelajar maka pengaliran kelas elektif yang sesuai boleh dibuat di Tingkatan 4 yang sesuai pula dengan pencapaian akademik yang diperlukan. Oleh itu ini diharap boleh mengurangkan pertukaran kelas seawal bulan pertama di mana pelajar asyik berubah- ubah kelas sama ada mengikut kawan atau permintaan ibu bapa sendiri. Melalui ujian psikometrik ini, ia akan dimasukkan dalam sijil PT3 dan ibu bapa akan mengetahui aliran mana yang lebih sesuai dengan anak mereka. Guru kaunseling akan membantu jika ibu bapa inginkan penjelasan mengenai kursus yang sesuai.

 Inventori Minat Kerjaya merupakan inventori yang telah diukur kepada pelajar seawal di Tingkatan Satu tetapi memandangkan sewaktu di tingkatan 3, ada item pada IMK yang telah diubah menyebabkan penilaian perlu dilakukan sekali lagi. Ujian aptitud ini memang menarik untuk diuji pada diri sendiri..huhu so mudah tahu dimanakah kebolehan diri yang paling utama. Ada trait trait aptitud yang menggambarkan diri kita. Bila kita berminat, berkebolehan dan disalurkan ke kerjaya yang dapat membantu kita menjuruskan kebolehan dan minat kita, maka hasilnya kita akan gembira dan seronok bekerja .

Walau bagaimanapun ujian psikometrik ini digunakan untuk tahun semasa sahaja kerana ia bukanlah sesuatu yang mutlak sebagai kayu pengukur selama-lamanya. Ini kerana minat akan berubah apabila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan pengaruh luar yang lain. Oleh itu cubalah buat IMK ini beberapa tahun kemudian dan lihat jika masih sama trait minat atau berubah dari realistik, artistik, investigatif, sosial, enterprising atau konvensional.

Yang menariknya ujian aptitud dalam OMR akan ditanda oleh guru kaunseling sekolah. Bab ni yang menarik...dah lama hampir 10 tahun tidak menanda kertas huhuhuhu rasanya teknik menanda cepat OMR pun dah lupa macam mana. Kena buat revision nanti.


No comments: