Di ambang Merdeka
Countdown
Artikel yang saya hantar untuk amalan terbaik UBK SMK Cheras untuk dihantar ke Unit HEM, JPWPKL. Jika ada rezeki dapatlah dipertandingkan mewakili JPWPKL kategori amalan terbaik perkhidmatan guru kaunseling untuk dibentangkan ke peringkat kebangsaan. Jika tidak dapat mewakili UBK JPWPKL maka saya beranggapan artikel ini boleh dikongsi juga untuk panduan guru kaunseling yang lain.
.
ABSTRAK
Program
Minda Sihat merupakan program yang dijalankan bagi memperkasakan pelajar
menangani stres, cabaran kehidupan sehari- hari dengan berkesan melalui
kemahiran daya tindak dan teknik relaksasi yang akan membantu sekolah menangani
gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan
dalam kalangan murid. Program ini dijalankan pada tahun 2013 dengan fokus
kepada Tingkatan 4. Kejayaan intervensi
Minda Sihat kepada pelajar yang mengalami stress yang teruk menarik UBK untuk
menggunakan strategi yang sama dan meluas kepada pelajar tingkatan 3 dan 5. Ini
kerana memandangkan peningkatan kes histeria dan tingkah laku agresif akibat
kegagalan mengawal emosi berlaku pada tahun 2012 dan 2013 bermula dengan pelajar
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 sahaja tanpa kes histeria dan kes yang serius kepada
pelajar Tingkatan 4, maka Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengubah strategi
perlaksaan di sekolah. UBK menambah
beberapa inovasi pada tahun 2014 bagi meluaskan intervensi ini dalam kalangan
murid sesi pagi. Antara inovasi yang dijalankan ialah mewujudkan Sudut, laluan dan
wakaf Minda Sihat di tempat yang sangat strategik yang menampilkan info
mengenai Minda Sihat agar para pelajar sentiasa melaluinya dan membaca maklumat
hingga tertanam di minda mereka. Kedua, penubuhan fasilitator Minda Sihat dalam
kalangan ahli Pembimbing Rakan Sebaya yang dilatih untuk mentadbir ujian DASS
dan intervensi teknik relaksasi yang mudah bagi mengajar rakan mereka .Ketiga,
mengadakan ceramah Minda Sihat sebanyak dua kali setahun dan akhir sekali bengkel
mengajar para pelajar mengenai Minda Sihat sewaktu relief kelas terutama di
kelas peperiksaan. Hasil dari aktiviti
intervensi yang dijalankan, kes histeria tidak berlaku di sesi pagi dari
Januari hingga kini. Para pelajar yang mengalami kemurungan terutama di kelas
–kelas peperiksaan dapat dikesan dengan lebih awal hasil dari kesedaran guru
–guru di sekolah mengenai program Minda Sihat dan mendapat kerjasama dari guru
mata pelajaran sewaktu guru kaunseling menjalankan intervensi bersama pelajar
tersebut.
1.0
PENGENALAN
SMK
Cheras merupakan sekolah yang terpilih untuk projek rintis Minda Sihat pada pertengahan
tahun 2012 mewakili sekolah Wilayah Pudu ketika itu . Pada tahun kedua 2013
kami memfokuskan program Minda Sihat ini kepada pelajar Tingkatan 4 sahaja. Apabila
saringan Minda Sihat dijalankan, kami menjalankan intervensi kepada pelajar Tingkatan
4 yang mempunyai skor teruk. Namun demikian apabila kes histeria berlaku kepada
pelajar sesi pagi Tingkatan 3 dan 5 dari tahun 2012 hingga 2013 hingga
menggangu pengajaran dan pembelajaran dari kelas - kelas peperiksaan yang lain,
Unit Kaunseling mula mengubah strategi perlaksanaan program Minda Sihat ini. Program
secara menyeluruh dijalankan kepada semua warga sekolah dan tidak tertumpu
kepada pelajar Tingkatan 4 sahaja. Ini kerana kami beranggapan sewaktu saringan
Minda Sihat dijalankan mungkin pelajar terlibat dengan stres dan mendapat skor
yang teruk dan ada yang tidak mendapat stres ketika itu dan mendapat skor
normal. Namun tidak lama kemudian, mungkin murid normal itu terlibat dengan stres.
Oleh itu, UBK SMK Cheras menjadikan saringan Minda Sihat sebagai budaya untuk
mengukur stres pelajar bagi klien yang berpotensi bagi semua tingkatan. Kami
menjalankan inovasi dengan perlaksanaan Sudut Dan Laluan Minda Sihat di tempat
yang sangat strategik agar warga sekolah sering melalui laluan ini hingga
teknik relaksasi ini diserap oleh minda mereka. dan menubuhkan pasukan 15 orang
ahli dari Pembimbing Rakan Sebaya yang memfokuskan mengenai amalan Minda Sihat
dengan melatih ahli PRS mentadbir Ujian DASS dan menjalankan intervensi stress
yang mudah. Dengan cara ini mereka dapat menjadi agen program Minda Sihat. Diharapkan agar strategi ini dapat memperkasakan
pelajar menangani stres, cabaran kehidupan sehari- hari dengan berkesan melalui
kemahiran daya tindak dan teknik relaksasi yang akan membantu sekolah menangani
gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan
dalam kalangan murid.
2.0
OBJEKTIF
2.1
Objektif
Umum
1)
Agar dapat meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan warga sekolah tentang kepentingan kesihatan mental
2.2
Objektif
Khusus
1) Agar
dapat mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid melalui
pelaksanaan saringan minda sihat bagi tahap stres, keresahan dan kemurungan.
2) Agar
dapat memberi kemahiran kepada murid sekolah tentang cara-cara menangani stres
dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku.
3) Agar
dapat melaksanakan intervensi stres bagi mengurangkan tahap stres dalam
kalangan murid
4) Agar
dapat mengurangkan kes histeria yang berlaku di sesi pagi terutamanya di kelas
peperiksaan.
3.0
KUMPULAN
SASARAN
Semua pelajar sesi pagi
4.0
PELAKSANAAN
PROGRAM
4.1
Tinjauan
Masalah
Pada tahun 2012, kes
histeria bermula dengan seorang pelajar Tingkatan 3 dan hampir mempengaruhi
satu kelas 3J dan kemudian pada tahun 2013 pula seorang pelajar Tingkatan 5v1
pula dan mempengaruhi satu kelas tingkatan lima di SMK Cheras hingga menjejaskan
pembelajaran dan pengajaran. Semakin lama kes histeria semakin menjadi – jadi
di sesi pagi yang melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 sama ada
agresif di rumah atau di sekolah. Di dapati pelajar – pelajar tersebut
mempunyai masalah stres dan tidak pernah menjalani intervensi menangani stres
walaupun sekolah terlibat dengan program Minda Sihat. Ini kerana kami terlalu
menfokuskan program Minda Sihat dan saringan minda sihat serta intervensi stres
kepada semua pelajar Tingkatan 4 sahaja seperti yang diarahkan kerana reten
saringan Ujian DASS dan intervensi untuk pelajar Tingkatan 4. Pada tahun 2013,
seramai 28 pelajar Tingkatan 4 yang mendapat skor teruk untuk saringan Minda
Sihat telah menjalani intervensi dan 2
orang masih skor teruk tapi terkawal emosinya, manakala 26 orang telah
memperolehi skor DASS sederhana stres ke normal. Oleh itu, Unit Bimbingan Dan
Kaunseling ingin menjalankan program Minda Sihat yang menyeluruh kepada semua
pelajar sesi pagi terutamanya yang terlibat dengan kelas peperiksaan iaitu
Tingkatan 3 dan 5 berdasarkan modul Minda Sihat.
4.2 Tindakan Yang Dijalankan
Strategi 1 : Sebaran Maklumat
Bil
|
Aktiviti
|
1
|
Ceramah
dan taklimat di tapak perhimpunan
|
2
|
Pengedaran
brosur dan modul Minda Sihat kepada semua pelajar
|
3
|
Demonstrasi
teknik relaksasi kepada semua pelajar
|
4
|
Taklimat
kepada ibu bapa sewaktu orientasi pelajar baru
|
5
|
Taklimat
kepada AJK PIBG
|
Strategi 2 : Saringan mengesan gejala awal minda tidak
sihat dalam kalangan murid
Bil
|
Aktiviti
|
1
|
Saringan
DASS kepada semua Tingkatan 4
Saringan
DASS kepada pelajar dari tingkatan 3 dan 5 yang mengalami masalah emosi atau
tingkah laku melalui rujukan ibu bapa atau guru.
|
2
|
Saringan
Gaya Daya Tindak dijalankan kepada pelajar yang mempunyai DASS yang teruk dan
sangat teruk untuk mengenal pasti cara pelajar menangani masalah mereka
|
Strategi 3 : Intervensi
(Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan
melaksanakan intervensi stres)
Bil
|
Aktiviti
|
1 1
|
Ceramah
penyelesaian masalah
|
2 2
|
Bengkel
penyelesaian masalah
|
3
|
Bengkel
teknik relaksasi
|
4
|
Sesi
kaunseling individu
|
5 5
|
Sesi
kaunseling kelompok
|
6 6
|
Rujukan
kepada doktor di Klinik Kesihatan Cheras melalui rundingan dengan
ibu
bapa
|
Strategi 4 : Pengukuhan (Memastikan program minda sihat
tersebar dalam kalangan murid)
Bil
|
Aktiviti
|
1
|
Laluan
Minda Sihat diadakan di tempat yang strategik iaitu laluan ke kantin
dan pintu pagar sekolah dari blok akademik yang mempamerkan mengenai teknik
relaksasi dan teknik menangani stres yang boleh diamalkan pelajar. Diharapkan
pelajar yang melalui laluan ini akan sentiasa membaca hingga tersimpan di
dalam minda mereka.
|
2
|
Wakaf
Minda Sihat diadakan di hadapan bilik kaunseling yang mempamerkan
mengenai
teknik relaksasi untuk diamalkan oleh pelajar sambil bersantai.
|
3
|
Sudut
Minda Sihat diadakan di hadapan bilik disiplin agar pelajar mengetahui
mengenai
pengurusan stres terutama bagi para pelajar yang bermasalah
disiplin
|
4
|
Latihan modul intervensi stress diberikan
kepada 15 ahli Pembimbing Rakan Sebaya iaitu 7 orang dari Tingkatan 5 dan 8
orang dari Tingkatan 4 merangkumi pentadbiran ujian DASS dan intervensi stres
yang mudah agar dapat menjadi agen program Minda Sihat dan membantu guru
kaunseling dalam mengendalikan kelompok besar dari semasa ke semasa.
|
5
|
Mengadakan ceramah Minda Sihat dua kali
setahun iaitu pada penggal pertama dan kedua bagi kelas – kelas peperiksaan
iaitu Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
|
6
|
Kerap menggunakan modul Minda Sihat dalam
kelas-kelas relief bagi Tingkatan 3 dan 5.
|
7
|
Menganjurkan pelbagai jenis aktiviti riadah
atau program 1000 langkah menggunakan peruntukan sekolah atau dari penajaan Kementerian
Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan PIBG sekolah seperti berbasikal
di Taman Botani, mendaki bukit dan sebagainya.
|
4.4 IMPAK PROGRAM
1)
Pada tahun 2014, dari Januari hingga Ogos
masalah histeria bukan sahaja berkurangan malah tidak berlaku pada sesi pagi di
SMK Cheras.
2) Seramai
28 pelajar yang mengalami saringan Minda Sihat yang sangat teruk dan teruk
dapat menangani masalah stres mereka melalui intervensi dengan guru kaunseling
dan rujukan pakar perubatan. Hanya 2 orang pelajar yang memperolehi sangat
teruk didapati masih berada di skor teruk di akhir Oktober tahun 2013.
3) Para
guru lebih memahami prosedur program Minda Sihat dan mudah mendapatkan
kerjasama guru-guru untuk menangani kes pelajar yang terlibat dalam projek
intervensi Minda Sihat terutama bagi guru kelas – kelas peperiksaan. Ini kerana
pelajar yang mempunyai masalah stres yang sangat teruk di rumah akan
dimaklumkan kepada guru mata pelajaran tertentu untuk mengurangkan stres mereka
di sekolah. Dengan cara ini pelajar dapat mengawal emosi di sekolah dari
mengamuk atau terjadi histeria.
5.0 PENGIKTIRAFAN DAN PENANDA ARAS
1) Program
Minda Sihat yang dijalankan di SMK Cheras sering menjadi rujukan Kementerian
Kesihatan Wilayah Persekutuan sewaktu mengadakan taklimat kepada guru
kaunseling dan doktor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk program Minda
Sihat.
2) Guru kaunseling menulis kajian kes
bertajuk : Intervensi Program Minda Sihat di Sekolah Perintis: Masalah Dan
Penambahbaikan dan membentangkan hasil
kajian kes di mesyuarat bersama AJK Klinik Kesihatan Cheras untuk
penambahbaikan dan disebarluas hasil kajian kes kepada sekolah – sekolah yang
baru terlibat.
3) Lawatan
Penandaaras dari Jawatankuasa Guru Kaunseling Kuala Selangor ke Unit Bimbingan
Dan Kaunseling SMK Cheras. Berkongsi program Minda Sihat dengan guru-guru
kaunseling tersebut.
5.0
PENUTUP
Diharapkan
dengan adanya program Minda Sihat ini, pihak sekolah dapat membudayakan amalan
Minda Sihat ini dalam kalangan warga sekolah dan tidak terhad kepada tenaga
guru kaunseling sahaja dalam membudayakan amalan teknik relaksasi dan teknik
mengurangkan stress dalam kalangan murid sekolah masing-masing. Ini kerana guru
kaunseling dapat menfokuskan kepada intervensi sesi kaunseling bagi menangani
masalah stres yang teruk dan sangat teruk manakala para pelajar yang lain dapat
ditanamkan amalan Minda Sihat ini setiap masa dalam pengajaran dan pembelajaran
guru mata pelajaran agar pelajar sentiasa bersedia dalam pengurusan stres
mereka dalam kehidupan seharian. Ini kerana sekolah merupakan institusi yang
berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat dan kesihatan
mental yang baik. Dengan cara ini dapat membantu sekolah menangani gangguan
perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam
kalangan murid.