3 August 2014

Happy Anniversary My Blog

Happy Anniversary!
nurhaizachemat.blogspot.com

Cepatnya masa berlalu. Dah setahun sejak saya start berjinak dengan penulisan di blog. Seronok sangat menulis di blog seperti menulis di dalam diari setiap hari. Teringat cerita  Doogie Howser MD masa zaman sekolah menengah dulu..saya seronok menonton siri televisyen tu sebab di akhir cerita..Dr Doogie tu akan menaip di komputer mengenai aktiviti yang dilakukannya pada hari tersebut dan menceritakan kisah suka dukanya berkaitan tugasnya pada hari itu. Maklumlah masa tu kat Malaysia ni zaman komputer yang harganya mahal dan saya juga tidak mampu mempunyai sebuah komputer. Masa tu memang berangan bestnya tulis diari dalam komputer tu. Boleh save dan simpan bertahun tahun lamanya.. berbanding dari ditulis dalam buku diari berbuku buku ...dan dibuang bila dah lusuh atau rosak atau disorok sorok dalam almari :) . Oleh sebab saya sudah tidak aktif dengan media sosial yang lain seperti facebook, maka sejak awal tahun ni saya yang akan mengedit dan menulis di blog unit bimbingan dan kaunseling smk cheras manakala Padali pula yang akan menulis status terbaru ubk di pages  facebook  kaunseling smk cheras. Kalau dulu saya yang menulis di fb samada fb sendiri atau fb ubk atau pages ubk dengan Padali..maka sekarang kami bertukar peranan. Saya aktif edit di blog unit bimbingan kaunseling smk cheras memandangkan saya akan menulis laporan ringkas manakala Padali lebih suka upload gambar je so update facebook lebih disukainya.
 

Telegram Channel