8 October 2014

Team building MGK Zon Pudu

Solat sunat
Gerhana bulan

Team building Zon Pudu diadakan di Hulu Langat, Selangor menggunakan konsultan Wirajaya. Konsep hari keluarga dan PERASA untuk menguatkan ukhwah sesama kami. Diadakan di Dr Campsite, peserta seramai 47 orang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai nama iaitu Karisma Amanah Wawasan Adil Nekad. 

Aktiviti yang dijalankan berbentuk penyelesaian masalah berkumpulan dan sukaneka. Hari yg benar benar mengendurkan stress kami dengan gelak tawa all out dan mengenali lebih dekat true colour masing masing. 

Aktiviti santai barbeque dijalankan dan kami enjoy menikmati makanan di tepi sungai. Sesi penutup kami adakan majlis bertukar hadiah sesama kami. Ahli yg terbaik diperolehi oleh Pn Helena kerana aktif dalam aktiviti ini. 

Sebagai pengerusi Guru Kaunseling Pudu, program terakhir kami pada tahun ini diharapkan dapat mencapai objektifnya mengeratkan kerjasama sesama kami agar mudah bekerjasama di lain masa terutama guru guru kaunseling yang baru berkhidmat 3 tahun di sini yang memerlukan bonding yang baik dengan senior Zon Pudu.

 

 

Telegram Channel