Total Pageviews

3 March 2015

Congrats Student SPM 2014..

Congrats Permata!
Congrats student!

Hari yg berdebar untuk semua warga sekolah bukan sahaja pelajar yg ingin mengambil slip exam tu malah warga pendidik. Dapat je result pukul 9.30 pagi, kami mula menganalisa markah.
Selaku penyelaras program Permata sekolah, saya mula menganalisa result pelajar program permata SPM fasa 1 yg melibatkan 15 pelajar. 3 org straight A dan 12 org nearmiss A iaitu jolokan yg diberi kepada pelajar yg memperolehi straight A dan B sahaja. Ada seorang pelajar memperolehi 9A dan 1C. 3 org pelajar memperolehi 8A1B dan 4 pelajar memperolehi 7A2B dan 3 pelajar memperolehi 6A3B. Sempat saya menempah bunga untuk pelajar cemerlang. 2 org PRS saya yg cemerlang setinggi 7A 2B. Walaubagaimanapun GP sekolah menurun berbanding tahun lepas maklumlah bila kertas Sejarah juga dijadikan subjek wajib lulus seperti Bahasa Melayu..maka lelah juga guru nak memastikan peratus 100 peratus Sejarah lulus di sekolah. Strategi baru perlu diatur tahun ini. 

Seperti biasa tamat sahaja ucapan pengetua, sesi penyampaian cenderamata dan slip peperiksaan kepada pelajar. Sempat juga saya menempah jambangan bunga kepada pelajar cemerlang tahun ini. Setelah itu seperti biasa, kami pun membuka kaunter guru kaunseling untuk apa sahaja pertanyaan pelajar. Sesi bimbingan dan hala tuju diaktifkan hinggalah kaunter ditutup pukul 12.30 tengah hari...saya rasa sakitnya tekak huhu. 

No comments: