Perjumpaan dengan pelajar tidak hadir pada minggu selepas cuti Tahun Baru Cina pada awal Mac. |
Analisa yang saya jalankan hari ini disekolah setelah menyemak setiap register kelas untuk perbandingan kehadiran pelajar ke sekolah bagi setiap kelas bagi bulan Januari dan Februari 2015. Wow memang teruk nampaknya merundum dari peratus kehadiran bulan Januari 2015. Faktor utama kehadiran merundum ialah bulan Februari hanya mempunyai tiga minggu sesi persekolahan kerana seminggu cuti sekolah Tahun Baru Cina. Jumlah pelajar kaum Cina yang mencecah 48% pelajar di sekolah ini dari jumlah 1300 orang dan hampir kebanyakan kelas ada sahaja pelajar Cina yang menyambung cuti sehari dan ada yang hingga seminggu selepas Tahun Baru Cina! kerana mengikut keluarga balik kampung menjejaskan peratus kehadiran yang merundum teruk. Faktor kedua ialah karnival sukan peringkat Zon sudah bermula selepas cuti tahun Baru Cina menyebabkan pelajar keluar masuk sekolah dan yang tercedera atau tidak sihat tidak hadir ke sekolah. PK HEM mula mengumpulkan pelajar-pelajar yang tidak hadir sebaik sahaja selepas cuti tahun Baru Cina pada awal Mac untuk mengenalpasti punca -punca utama kehadiran yang teruk pada bulan Februari dan mengingatkan pelajar agar tidak sewenang-wenangnya menyambung cuti sendiri ada yang mencecah hingga seminggu selepas seminggu cuti tahun Baru Cina.
Nampaknya bagi sesi pagi menengah atas hanya 1 kelas yang layak untuk ditaip sijil penghargaan seperti yang dijanjikan kepada pelajar dan mentor kelas masing-masing untuk bulan Februari bagi kelas yang mencecah 95% kehadiran ke sekolah berdasarkan KPI Kementerian Pendidikan Malaysia. Sijil akan disampaikan pada minggu hadapan hari Isnin di tapak perhimpunan.
TING
|
JAN
|
FEB
|
3A
|
98.1
|
95.9
|
3B
|
85.1
|
81.1
|
3C
|
98
|
94.5
|
3D
|
93.3
|
83.2
|
3E
|
95.1
|
82.46
|
3G
|
99
|
94
|
3J
|
93.5
|
80
|
3L
|
82.5
|
56
|
3M
|
94
|
75
|
3S
|
88.4
|
74.58
|
4S1
|
96
|
92.63
|
4S2
|
96.7
|
90.24
|
4K1
|
98.5
|
94.1
|
4K2
|
96
|
83.8
|
4K3
|
96
|
79.4
|
4K4
|
91.9
|
87.0
|
4K5
|
87.6
|
76.7
|
4K6
|
88.8
|
65.4
|
4V1
|
100
|
96.4
|
4V2
|
95.8
|
78.1
|
5S1
|
99.2
|
93.8
|
5S2
|
98.1
|
89.7
|
5S3
|
98.1
|
89.7
|
5K1
|
97.1
|
86
|
5K2
|
95.5
|
82/1
|
5K3
|
96.7
|
80.8
|
5K4
|
93.4
|
74
|
5K5
|
92
|
72
|
5V1
|
94.6
|
86.4
|
5V2
|
93.7
|
88.0
|
Discipline is the bridge
Between goals and accomplishment
Sijil mentor |
Sijil kelas |
Sesi perjumpaan dengan pentadbir pada awal Mac 2015 bagi pelajar yang tidak hadir selepas cuti sekolah tahun Baru Cina |