Hari ini saya nak share kertas kerja mengenai intervensi Minda Sihat. Dah 3 bulan dari saringan pertama dijalankan, saya perlu menjalankan saringan kedua DASS kepada pelajar sasaran. Dua intervensi dengan Klinik Kesihatan Cheras dan satu intervensi sesi kaunseling diharapkan agar penurunan kes peserta Minda Sihat kerana telah dapat mengamalkan teknik sepanjang 3 bulan intervensi dijalankan. Memandangkan tidak lama lagi bulan puasa, maka aktiviti riadah ini perlu dijalankan sebaik sahaja buka sekolah dengan kerjasama dari staf Klinik Kesihatan Cheras.
KERTAS
KERJA
JOM
BERIADAH & SEGARKAN MINDA
KE
FRIM , KEPONG
1.0 PENGENALAN
Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan
kerjasama dari Klinik Kesihatan Cheras mengadakan program Jom Bersenam dan
Beriadah ke FRIM, Kepong kepada para pelajar sasaran projek Minda Sihat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur. Tujuan utama program ini
diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para pelajar tentang
kesihatan mental. Melalui saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap
stress, keresahan dan kemurungan yang telah dijalankan pada bulan Februari yang
lalu, guru kaunseling telah dapat mengenal pasti murid yang mempunyai masalah
mental contohnya tekanan perasaan yang berterusan, kemurungan dan masalah emosi
dan tingkah laku. Sesi intervensi telah dijalankan dalam bentuk sesi
kaunseling, bimbingan dan bengkel Minda Sihat yang dijalankan pada bulan Mac
yang lepas mengenai cara-cara menangani stress dan mengendalikan masalah emosi
dan tingkah laku. Melalui teknik 7B antaranya bersenam dan beriadah, aktiviti
ini dijalankan bagi para pelajar sasaran mempraktikan dalam kehidupan seharian
mereka teknik yang betul apabila menghadapi stres. Dengan ini, mereka merasai positif dengan
persekitaran yang lebih ceria dan akan sentiasa didorong agar sentiasa bersenam
dan beriadah dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan lebih bersemangat untuk
meneruskan tugasan harian.
2.0 OBJEKTIF
1)
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
tentang promosi kesihatan mental
2)
Menjalankan saringan Minda Sihat kali kedua di
sekolah untuk mengenal pasti kes yang masih memerlukan intervensi khusus.
3)
Memberi kemahiran kepada murid sekolah cara
–cara menangani stress
4)
Memberikan bimbingan mengenai aktiviti 7B
yang perlu dipraktikkan oleh peserta Minda Sihat
3.0 TARIKH : 16 Jun 2015
4.0 MASA :
7.30
pagi – 2.00 petang
5.0 TEMPAT: FRIM, Kepong
6.0 KUMPULAN SASARAN:
40 orang pelajar yang mendapat
keputusan teruk dan sangat teruk bagi saringan
Ujian
DASS kali pertama.
7.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Dr Noor Nazeerah Halil Bt Abdul
Razak
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi :
Puan Sapura Bt Amat
Setiausaha :
Puan Nurhaiza bt Che Mat
Jawatankuasa kerja
Pendaftaran :
Puan Rozinani Awang
AJK Modul :
Jururawat Najia
AJK Pengangkutan : En
Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK Dokumentasi :
Cik Teresa dan Cik Darshini
8.0 AKTIVITI
Masa
|
Aktiviti
|
7.30
-8.00 pagi
|
Pendaftaran
peserta di SMK Cheras
|
8.00
pagi
|
Perjalanan
ke FRIM, Kepong
|
9.00
pagi
|
Tiba
di FRIM, Kepong
|
9.05
pagi
|
Taklimat
dari pegawai FRIM, Kepong
|
9.30
pagi
|
Bersenam
pagi
|
9.40
pagi
|
Jungle
Tracking bersama Jurupandu.
Aktiviti
Natural Walk
|
11.00
pagi
|
Taman
Ikan FRIM, Kepong
|
11.30
pagi
|
Saringan
Minda Sihat Kedua
|
12.00
tengah hari
|
Makan
tengah hari
|
12.30
tengah hari
|
Bertolak
pulang ke SMK Cheras
|
1.30
tengah hari
|
Dijangka
tiba di SMK Cheras
|
9.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber Kewangan :
PCG Kaunseling =RM 420
Perbelanjaan:
Yuran masuk : RM 1 x 50
orang = RM 50
Jurupandu : RM 120
Makanan : RM 3 x 50 orang = RM 150
Jumlah =
RM 420
10.0 PENUTUP
Diharapkan agar program Minda Sihat ini berjalan dengan
baik dan lancar.
Semoga
peserta dapat mempraktikkan amalan 7B dengan berkesan dan
memperolehi
skor ujian DASS saringan kedua yang lebih ringan dan baik.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
Setiausaha Pengetua
MH066
#KUL-ICN :)