Ramadhan semakin melabuhkan tirainya...ucapan selamat hari raya bertalu -talu di whats app huhuhu stail kad raya maya masa kini! Tahun ini memang tak dapat langsung kad raya dari sesiapa. Satu sejarah tercipta dalam hidup ini haha at least 5 tahun kebelakangan ini walau kad raya dah semakin menyepi, dapat juga kad raya walaupun hanya boleh dibilang dengan jari tangan :)
Macam -macam stail kad raya maya yang saya dapat tahun ini. Main edit edit sahaja dan taraaa..dah siap !
Doa Akhir Ramadhan
Ya Allah..
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.
Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihani.
Ya Allah..
Terimalah puasa kami dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaanmu Ya Allah..Sehingga Engkau memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.
Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian juga dengan rahmatMu, golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapat keutamaan di malam al-Qadr. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.
Semoga perpisahan kami dengan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.
Taqaballahu minna waminkum, wakullu'aamin wa antum bikhairin