4 July 2015

Soalan Lazim: Permohonan Ke Matrikulasi KPM 2016/2017


Bahagian Matrikulasi KPM telah mengeluarkan iklan permohonan ke program Matrikulasi KPM bagi sesi 2016/2017 melalui laman webnya. Tarikh permohonan bermula dari 1 Julai hingga 10 Oktober dengan mengisi borang permohonan atas talian. Sila beli cepat jangan tunggu saat akhir.


ANDA TIDAK BOLEH MEMOHON MATRIKULASI ONLINE TANPA PEMBELIAN NOMBOR PIN DARI BSN. SETELAH MEMPEROLEHI NOMBOR PIN BARULAH
                                   Sila klik di sini Permohonan Matrikulasi Online

Orait tag diatas dibuat besar-besar sebab ada juga jenis murid ini yang bertanyakan kepada cikgu, kenapa dia tak dapat nak online permohonan? Yela...kerana anda tidak membeli pun nombor pin . Dibawah ini adalah soalan lazim yang biasa ditanya kepada guru kaunseling seawal pengumuman permohonan matrikulasi dibuka.

Soalan 1) Bagaimanakah membeli no pin matrikulasi?

Cara Pembelian:

1) Membayar RM6.00 kepada kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.     
2) Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).      

Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod  organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN

Soalan 2) Bagaimana key in permohonan matrikulasi?    
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2015 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.
                                            Sila klik di sini Permohonan Matrikulasi Online      

Soalan 3) Apakah kelebihan memohon matrikulasi berbanding permohinan IPTA nanti?

KONSEP Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar program persediaan bagi  lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam dalam masa setahun sahaja. STPM menawarkan tempoh masa setahun setengah dan tawaran UPU biasanya diploma yang memakan masa 3 tahun dan asasi universiti sama dengan matrikulasi tetapi tempat lebih terhad kerana pengkhususan asasi kursus tertentu telah ditawarkan. Ada juga yang perlu berada di matrikulasi selama dua tahun dengan kelayakan SPM tidak melayakkan syarat ke program setahun tetapi mempunyai syarat minimum ke matrikulasi dua tahun. Yang penting, matrikulasi setahun ialah fast lane. Anda boleh memohon kedua-duanya sekali serentak baik matrikulasi dan kemudiannya IPTA. 

Soalan 4) Bolehkah pelajar yang bukan bumiputera seperti kaum Cina dan India memohon matrikulasi? Sebab ramai yang kata matrikulasi untuk bumiputera sahaja.

Mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini. 


Soalan 5) 

i)Saya layak ke memohon matrikulasi?

ii) Saya selalu gagal Matematik Tambahan. Boleh tak saya tak nak daftar untuk SPM bagi Matematik Tambahan sebab nanti result teruk. Boleh tak saya mohon matrikulasi sebab kelas saya ambil subjek tu cuma saya tak nak daftar dalam SPM.

iii) Saya tidak ambil Matematik Tambahan tetapi  saya ambil 3 mata pelajaran elektif seperti Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan. Boleh tak mohon matrikulasi?

Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2015 bagi melayakkan memohon matrikulasi. Jika anda teliti subjek di bawah, mata pelajaran elektif yang wajib ialah MATEMATIK TAMBAHAN. Jika anda mendaftar untuk 4 mata pelajaran elektif sekali pun tetapi tanpa Matematik tambahan, anda tidak layak memohon. Jika anda belajar Matematik Tambahan tetapi tidak mendaftar untuk SPM dan tidak menduduki peperiksaan mata pelajaran ini, ANDA TIDAK LAYAK MEMOHON. Oleh itu, jangan sewenangnya drop subjek ini sebab rasa susah padahal anda belum menduduki SPM. Manalah tau kelulusan Matematik Tambahan anda memenuhi syarat minimum 


Bagi mengikuti Jurusan Sains:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.

Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Matematik Tambahan, Kimia, Fizik,dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.


Soalan 6 :

i) Apakah syarat minimum SPM untuk masuk ke matrikulasi?

ii) Nak masuk matrikulasi mesti dapat A dan B sahajakah untuk semua subjek?

iii) Kalau asyik gagal satu subjek elektif dan waktu SPM pun gagal, boleh tak dapat matrikulasi?

Berikut merupakan syarat minimum ke matrikulasi. Anda masih lagi perlu wajib lulus Sejarah bagi melayakkan anda memperolehi taraf lulus SPM. Jika anda gagal satu subjek yang lain pun tetapi subjek tersebut tiada dalam senarai syarat minimum, maka anda masih boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan tempat di matrikulasi.


a)
Syarat kelayakan minimum 
Jurusan Sains
1.   C    Bahasa Melayu
2.   C    Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Kimia
6.   C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
           
·        Fizik
·        Biologi
Jurusan Perakaunan
1.  C     Bahasa Melayu
2.  C     Bahasa Inggeris
3.  C     Matematik
4.  C     dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
·        Prinsip Perakaunan
·        Ekonomi Asas
·        Keusahawanan
·        Perdagangan
·        Sains Tambahan
·        Fizik
·        Kimia
·        Biologi
·        Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

5.  E     Matematik Tambahan

Aliran Teknikal
1.  C    Bahasa Melayu
2.  C    Bahasa Inggeris
3.  B    Matematik
4.  C    Matematik Tambahan
5.  C    Fizik
6.  C    dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
·        Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atauTeknologi Kejuruteraan
7.  E  Kimia
8.  B  Lukisan Kejuruteraan

Soalan 7: Saya nak pilih aliran apa di matrikulasi


   Pilih aliran yang sesuai dengan kekuatan anda terhadap sesuatu mata pelajaran berdasarkan kombinasi mata pelajaran dalam aliran di bawah. Jika anda adalah pelajar aliran sains SPM, anda layak juga memohon aliran perakaunan berdasarkan syarat kelayakan permohonan ke matrikulasi . Boleh rujuk syarat kelayakan memohon di atas.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :
a)   Sains
b)   Perakaunan
c)   Teknikal


PAKEJ MATA PELAJARAN JURUSAN SAINS
Modul I 
1. Fizik 

2. Kimia 
3. Matematik 

4. Biologi
Modul II 
1. Fizik 
2. Kimia

3. Matematik 
4. Sains Komputer
Modul III 
1. Kimia

2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer

Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan
Matematik,
Perakaunan,
Ekonomi dan
Pengurusan Perniagaan


Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal
Matematik,
Kejuruteraan,
Fizik Kejuruteraan,
Kimia Kejuruteraan,
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)


Soalan 8: 

i) Mana lebih baik matrikulasi setahun atau program dua tahun?

ii) Manakah program yang saya perlu pilih sama ada setahun atau dua tahun?

iii)Mengapa ada yang dapat program setahun sahaja dan ada yang dapat dua tahun?

Pemohon tidak memilih sama ada setahun atau dua tahun, sebaliknya ditawarkan oleh Matrikulasi KPM kerana mungkin syarat minimum Matematik Tambahan bagi Program Satu Tahun ialah C tetapi jika pemohon mendapat D tetapi syarat minimum lain adalah menepati maka kemungkinan besar, pemohon akan diletakkan di program dua tahun. Begitu juga jika ada syarat minimum yang tidak ditepati pada aliran PST.Jika pemohon mendapat tawaran PST, tetapi tidak menunjukkan prestasi akademik yang baik juga akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke semester berikutnya dan setaraf program dua tahun. Pemohon yang mendapat program dua tahun juga, jika dapat menunjukkan kecemerlangan akademik pada semester 1 dan 2 boleh memohon rayuan untuk program tersebut setahun sahaja. Program untuk dua tahun pengajian matrikulasi ditawarkan hanya kepada pemohon bumiputera dalam aliran sains.


Program dua tahun ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST). Pendaftaran bagi Program Matrikulasi Dua Tahun dijalankan serentak bersama pelajar PST.

 MODUL PENGAJIAN PROGRAM DUA TAHUN (PDT) 
Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil Modul II sahaja, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul III sahaja.

Modul Pengajian PDT
Modul I 
1. Fizik 
2. Kimia 
3. Matematik
4. Biologi
Modul II 
1. Fizik 
2. Kimia 
3. Matematik 
4. Sains Komputer
Modul III 
1. Kimia 
2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM DUA TAHUN (PDT) 
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
1.
C
Bahasa Melayu
2.
C
Bahasa Inggeris 
3.
C
Matematik
4.
C
Kimia
5.
D
Matematik Tambahan
6.
C
Dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: 
Fizik / Biologi


Soalan 9 : Selepas habis matrikulasi boleh terus apply ke ijazah ke?








PELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS LULUS PROGRAM MATRIKULASI
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam dalam bidang seperti berikut :
                    Sains / Teknikal                                 Perakaunan 

  • Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu    -Perakaunan

  • Farmasi                                                  -Pengurusan Perniagaan

  • Pergigian                                              - Pentadbiran Perniagaan

  • Bioperubatan                                         -Pengurusan Sumber Manusia

  • Sains                                                          - Ekonomi

  • Sains Komputer                                          - Teknologi Maklumat

  • Sains Pendidikan                                       -  Pentadbiran Maklumat

  •  Seni Bina                                                   - Lain-lain

  • Sains Gunaan                                          

  • Sains Teknologi / Teknologi Maklumat

  • Kejuruteraan                                      

  •  Lain-lain

Soalan 10: Dimanakah kolej matrikulasi?

Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej Mara seperti berikut:
Kolej Matrikulasi Melaka, Londang
Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau
Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih
Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching
Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang
Kolej MARA Kulim, Kulim.
Aliran Teknikal
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian


Salam Nuzul Quran
17 Ramadhan

620 comments

«Oldest   ‹Older   601 – 620 of 620   Newer›   Newest»
This comment has been removed by the author.

Assalamualaikum Cikgu...result sya dapat BM-A,Math-A-,PI-A,Sej-B+,Bio-C,Kimia-C+,BI-D,Fiz-D,adder-D...nak tanya Adakah sya layak masuk Matrikulasi?

Salam cikgu, kptsn spm saya dalam math-B+ admath-c, fiz-B chem-C,bio-D,
Adakah saya layak ke matriks

Hi cg, klu result spm sya dalam math-B+,admath-C,chem-C,bio-D phy-B Adakah Sya layak masuk matriks utk dua tahun?

Hi cg, klu result spm sya dalam math-B+,admath-C,chem-C,bio-D phy-B Adakah Sya layak masuk matriks utk dua tahun?

salam
layak mohon matrikulasi bagi yg elektif sains D kerana kemasukan ke matrikulasi dua tahun untuk elektif sains D tetapi subjek yg lain perlu cukup syarat yg diperlukan utk dua thn iaitu math bi bm kredit

salam
Bahasa Inggeris mesti kredit syarat untuk ke matrikulasi

Cikgu
Says dapat BM, BI MATH
add math B+ ,Bio B , fizik & Kimia C
Layak ke Matrik

salam
sudah tentu layak kerana syarat am dan syarat khas dipatuhi cuma antara ada rezeki dapat atau tidak sahaja . doa banyak ye agar impian tercapai

Kalau kita mendapat bi D adakah masih berpeluang untuk ke matripulasi

Kalau bahasa inggeris D layak ke tak cikgu untuk memasuki matripulasi

Cikgu kalau bi saya dapat D tapi rsult lain okey macam kimia B , biology C+ , Fizik C .... Blh lgy ker nk mohon matriks sbb saya memang teringin nak msuk matriks

Assalamualaikum cikgu.... Minta maaf mengganggu.... Kimia spm 2019 saya dapat D.... Boleh x saya nk mohon PST sains di matrikulasi... Saya sebenarnya ada masalah kesihatan time paper kimia spm haritu..😣 mohon bantuan cikgu😖

waalaikummussalam
kimia D tidak melepssi syarat untuk ke matrikulasi setahun.

salam
BI memperolehi D juga tidak menepati syarat ke matrikulasi. Malahan hanya beberapa kursus di universiti yg menerima B yg tidak kredit.

Salam puan, sya nk tnya kalau dah dpt tawaran dari uitm, adakah rayuan sya kepada pihak metrik akn diterima, sya mengambil jurusan sains

Waalaikummussalam
Entri blog cikgu ini untuk tahun 2015/2016. Bagi tahun 2020 single window yang bermakna permohonan ke matrikulasi dan universiti diuruskan oleh pusat universiti yang membolehkan murid menerima hanya satu pilihan sahaja. Dan jika murid sudah menerima satu tawaran, dia tidak layak memohon rayuan. Hanya murid yang mendapat kursus peringkat sijil sahaja yang layak merayu atau tidak memperolehi mana mana tawaran langsung layak memohon rayuan

Assalamualaikum cikgu
Saya spm 6A pada Tahun 2019

Bm : A
Bi: B+
Math: A
Pendidikan islam : A
Sejarah : A+
Kimia : A
Fizik : A-
Gkt (LK) : B+
Addmath: D

Saya mendapat Pdt...tetapi bolehkah saya menamatkan pembelajaran dalam tempoh satu tahun sahaja?

Kalau boleh : mohon cikgu menghantar whatsapp di nombor 011 3914 1690

Assalamualaikum cikgu boleh tak saya mengambil pspm ulangan?untuk masuk ke ulangan matrikulasi sds?

Selamat sejahtera cikgu, sya nak tnya kalau subjek elektif sya cuma ada kesusasteraan melayu, geografi dan perniagaan sahaja. Bolehkah saya masuk untuk jurusan perakauanan ?

«Oldest   ‹Older   601 – 620 of 620   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel