Ke MSU Shah Alam untuk kali ketiga tahun ini. Kali ini saya membawa murid 5S1 dan 5S2 untuk mengikuti seminar Sejarah kumpulan Juara Permata di MSU. Saya rasa penceramah yg sangat menghiburkan En Muslim kerana saya banyak kali ketawa dengan lawaknya begitu juga murid yg mendengar. Saya yakin di sekolahnya guru ini disenangi oleh muridnya kerana gayanya bersahaja menarik perhatian dan mencuit hati sesiapa sahaja yg mendengarnya. Ceramah tiga jam tidak membosankan kerana dipenuhi pelbagai cerita sedutan dari video dan filem. Saya sendiri tertarik dengan koleksi tayangannya yang cukup menghiburkan. Tips tips berguna untuk Sejarah SPM juga dikongsikan. Cuma duduk dikerusi selama 4 jam tanpa break memang bukan karaktor murid saya. Nampak resah sekali..kerana duduk terlalu lama.
Surround yourself with people
That reflect who you want to be
And how you want to feel,
Energies are contagious
Seminar yang dihadiri oleh 25 sekolah |
Murid SMK Cheras |
Boleh balik... |