Hari ni genap dua tahun sebagai penulis blog. Blog yang dibina pada asalnya sebagai jurnal hidup sebagai guru kaunseling sepenuh masa di sekolah menengah kini umpama jurnal bergerak pengganti diary bertulis tangan. Pada mulanya saya memang agak malu menulis blog apatah lagi membenarkan sesiapa membacanya. Saya menulis tetapi dengan jarak masa yang bersela dan saya rasa saya telah membuat setting privacy tetapi apabila kawan saya menegur pada bulan September dengan ucapan tahniah dgn blog yg di bina ...alaaaa malunya! Saya yakin saya dah setting privacy hinggalah seharian saya membelek blog bagaimana untuk memastikan hanya saya sahaja boleh access dan memastikan tidak dikesan oleh mana mana search engine... huhuhu punyala saya tak yakin dengan diri sendiri ketika itu!
Bila yakin blog tidak boleh dikesan oleh sesiapa pun, saya makin rajin menulis hingga tanpa sedar saya update setiap hari umpama buku rekod kaunseling catatan harian hahaha. Makin lama saya makin menjauhkan diri dari facebook malah uninstall facebook dari icon handphone saya. Well full time as a blogger membuatkan saya khusyuk berada di dalam dunia saya tersendiri :) Apabila rakan kaunselor bertanya mengenai sesuatu isu, saya akan membuka blog saya dan meminta mereka membacanya dari handphone saya sahaja kerana saya masih dengan setting privacy. Setahun berlalu hinggalah pada awal tahun 2015 saya sering digasak oleh rakan rakan kaunselor dan kawan kawan untuk publish for the public kerana pelbagai info. Saya patut mengucapkan terima kasih kepada blog cikguhelmi yang merupakan sumber inspirasi utama saya agar yakin untuk publish entri blog saya kepada setting public. Orait saya memberanikan diri pada 22 .2. 2015 pada pukul 22.22 pm huhu cantik ek nombor untuk publish for public. Pembaca pertama saya pada tarikh itu ialah Soleha anak murid saya tahun 2001 yang paling tak sabar untuk membaca blog saya dan dia bersama-sama countdown masa 22.22 pm pada tarikh 22.2.2015 untuk declare dirinya sebagai peminat nombor 1 saya. Giliran shift malam di hospital memberikannya peluang untuk membelek blog saya ketika itu :) . Setelah 5 bulan 9 hari publish kepada public, bilangan 30k yang view blog saya hingga kini. Pada mulanya saya anggarkan pengunjung blog saya majoriti dalam kalangan guru kaunseling Pudu sahaja kerana hanya mereka yang tau saya mempunyai blog. Makin lama trafic saya semakin bertambah dan mendapat kenalan dan soalan berkaitan dengan kaunseling. Aktif dgn blog memberikan saya pengalaman baru mengendalikan google drive yg selama ini saya tak tau langsung kegunaannya! Dan aplikasi hangout yang rupa rupanya untuk bermesej. Yang paling mudah bagi saya ialah setiap pertanyaan dalam group whatsapp guru kaunseling PPW Pudu saya hanya memberikan link entri blog saya jika ada yang berkaitan sesuatu kesulitan agar mereka dapat menyalin dan berkongsi dengan orang lain pula.
Yeah..saya rasa kepuasan berkongsi ilmu dengan orang lain adalah keseronokan utama dalam menulis blog ini. Selain dari update rutin harian sebagai seorang guru kaunseling sekolah yang boleh dijadikan panduan kepada guru kaunseling junior yang lain, diharapkan juga agar guru kaunseling dari sekolah lain dapat berkongsi dengan saya pengalaman mereka mengendalikan program kaunseling untuk mendapat idea baru menjana inovasi perkhidmatan kaunseling yang berkesan di sekolah.
If you're searching for that one person
That will change your life
Take a look in the mirror :)