Hari terakhir Syawal dan menerima mesej dari klik folio kerjaya tahun 2011 yang ingin bertandang ke rumah sempena Syawal yang masih ada hari ini. Klik yang sangat rapat dengan saya sejak tingkatan 4 dan sering mengikut saya ke hulu hilir dengan kereta saya sama ada menumpangkan mereka balik ke rumah atau makan -makan bersama. Selepas tamat sekolah, mereka akan datang menjenguk ke UBK walaupun sekejap atau ke rumah saya sempena Hari Raya. Zhafran menyambung pelajaran STPM dan kini di UMS mengambil jurusan kaunseling. Seorang yang suka bercakap jadi tentulah banyak perkara yang dibualkan fokus mengenai ceritanya sahaja..hahaha Azanah di UiTM Melaka di tahun kedua ijazah selepas menamatkan matrikulasi. Adlina tahun akhir diploma kejuruteraan di politeknik dan Mashmera tamat pengajian sijil dari Institut Profesional Baitulmal. Alhamdulillah sekurang-kurangnya mereka menyambung pelajaran selepas tamat SPM. Bertandang 3 jam umpama reunion dan masing-masing tidak berhenti bercakap ada sahaja topik terutama apabila mengungkit cerita lama. Okey gelak ketawa yang dirindui, klik yang menggamatkan bilik kaunseling saya pada tahun itu. Terima kasih atas ingatan dan penutup Syawal yang menggembirakan. :)
Terima kasih Kak Raudzah
Dinner dengan panorama KL