21 September 2015

Pertandingan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling : Wakil PPW Pudu Ke JPN


Minggu cuti sekolah bermula tetapi hari ini saya dan Padali ke sekolah untuk touch up terakhir pertandingan serampang dua mata kami :)

Sebenarnya saya memberanikan diri untuk menyertai dua pertandingan iaitu satu pertandingan pengurusan kaunseling terbaik di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan satu lagi pertandingan inovasi kaunseling dibawah Bahagian Psikologi Kaunseling KPM. Pertandingan pengurusan kaunseling ialah pertandingan yang julung kali diadakan atau dalam bahasa yang mudah baru diperkenalkan pada tahun ini di peringkat KPM. Mungkin ada dalam kalangan JPN yang menganjurkan tema pertandingan yang serupa dengan format yang berbeza tetapi di JPWPKL inilah juga pertandingan yang baru pertama kali diperkenalkan. Orait tanpa panduan dan model sekolah terdahulu, maka saya menulis dokumentasi untuk pertandingan ini mengikut pemarkahan tetapi gaya penulisan dengan kraetiviti sendiri dan harap tidak tersasar dari format yang diinginkan oleh penganjur pertandingan. Memandangkan kami baru saja menerima surat tahniah pada minggu lepas bahawa kami terpilih sebagai sekolah yang akan mewakili PPW Pudu dalam kategori pengurusan kaunseling terbaik untuk peringkat saringan mewakili JPWPKL, maka cuti sekolah ni pun kena pulun jugaklah memurnikan bahan dokumentasi dan power point pembentangan memandangkan hari Isnin 28 September sebaik sahaja buka sekolah, ialah hari pertandingan. Dan nak tak nak hari ini memang kena mengadap komputer memandangkan saya dan Padali akan balik kampung esok sempena cuti sekolah. 

Dalam masa yang sama inovasi yang kami jalankan pada tahun ini akan dipertandingkan dalam projek inovasi BPSK. Maka minggu lepas agak letih mental pulun data-data tahun ini untuk dimasukkan dalam sistem online ...projek inovasi kami.

Maaf tak dapat share banyak apa yang kami lakukan kerana projek ini tengah diusahakan untuk dipertandingkan. Selepas pertandingan sama ada menang atau kalah, in sha Allah saya akan upload untuk dikongsikan. Maka dari 65 slaid power point, hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan terlebih dahulu:)
Doakan kemenangan kami ye pembaca semua!

Start focusing on what you have to gain
Stop worrying about what you have lost










2 comments

salam boleh minta kongsikan slaid yang penuh untuk rujukan tqvm

 

Telegram Channel