Total Pageviews

7 October 2015

Pendaftaran dan Pembaharuan Perakuan Amalan Lembaga Kaunselor Malaysia



Selepas selesai pembentangan pertandingan semalam, kami berempat geng guru kaunseling SMK Cheras ke Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya di Aras 19, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100 Putrajaya. Terletak di tingkat 19 dan nampak pandangan tasik Puterajaya yang berjerebu. Tujuan utama untuk memperbaharui perakuan amalan dwitahunan 3 orang rakan sekerja saya ini. Pembaharuan perakuan amalan dwitahunan dengan bayaran fi RM 200 dan plus denda RM 100 jika lewat memperbaharui maksimum sebulan dari tarikh akhir perakuan amalan dwitahunan luput. Kami berempat merupakan kaunselor berdaftar. 

Pihak urusetia Lembaga Kaunselor juga memaklumkan bahawa permohonan boleh melalui laman web Lembaga Kaunselor Malaysia. Namun demikian, permohonan secara online tidak dapat dilakukan sekarang kerana masalah sistem. Namun demikian alternatif lain ialah download borang H- borang pembaharuan amalan dari laman web klik di sini http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=lkm/counselorApplication/chooseMenu dan borang yang lengkap bersama slip bayaran diemailkan kepada lembaga.kaunselor @ gmail.com dan terus menghubungi urusetia dalam masa 2 hari selepas diemailkan. Segala tuntutan bayaran balik, perlu disertakan dengan salinan resit bayaran dan emailkan kepada urusetia Lembaga Kaunselor. Nombor akaun: 8000273435 CIMB Bank atas nama Lembaga Kaunselor.






  








Oh ye ..jika anda bertukar maklumat diri, anda boleh mengisi borang lain pula untuk maklumat terkini.

MAKLUMAT TERKINI KAUNSELOR BERDAFTAR
(SEKSYEN 30 & 31 AKTA KAUNSELOR 1998) 
Sila kemukakan maklumat terkini bagi perkara-perkara di bawah untuk tujuan pengemaskinian Daftar Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor: 


1. Nama (Seperti kad Pengenalan/My Kad) __________________________________________________ 
2. Alamat Kediaman ____________________________________________________________________ 
3. Alamat Pejabat/tempat Kerja ___________________________________________________________ 
4. No Telefon (Kediaman _______________ /Pejabat _________________ /Bimbit __________________ 
5. E-mail______________________________________________________________________________
 6. Status Pekerjaan (Swasta/Persendirian/Kerajaan/NGO); 
7. Kelulusan Akademik Tertinggi ____________________________ 
8. Tahun dianugerah: ____________ 
Silla hantar maklumat tersebut dengan kadar SEGERA ke alamat Kementerian Pembangan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Urus Setia Lembaga Kaunselor, Aras 19, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100 Putrajaya atau e-mail ke juhari@kpwkm.gov.my, tgamirul@kpwkm.gov.my atau faks ke 03-2698 2925

Bagi yang belum mendaftarkan diri, berikut merupakan peranan Lembaga Kaunselor untuk difahami dan mengambil langkah yang sepatutnya 
Seksyen 12, Akta 580 Fungsi Lembaga.
Fungsi Lembaga adalah--
(a) menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling; 
(b) menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia; 
(c) mengawal selia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap  
 kaunseling yang akan diadakan di Malaysia
(d) menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan
di Bawah Akta ini; 
(e) menentukan standard program latihan kaunseling;(f) membuat syor kepada
Kerajaan berhubungan dengan standard Perkhidmatan
 kaunseling;
(g) mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan; 
(h) mengawal selia fi yang boleh dikenakan oleh kaunselor berdaftar bagi
perkhidmatan kaunselingnya; 
(i) melantik anggota-anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana 
lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud
yang menyentuh profesion kaunseling; 
(j) mengawal selia tata kelakuan profesion kaunseling, termasuklah menetapkan
kod etika bagi profesion kaunseling; dan 
(k) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya
menjalankan fungsinya dengan berkesan.


Orait semua guru kaunseling, marilah mendaftarkan diri sebagai Kaunselor Berdaftar 

 UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN
Peraturan ini terkandung di dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seperti berikut:
Pendaftaran Kaunselor dan dan Perakuan Amalan jelas dihuraikan di dalam Bahagian IV seksyen 22 (1) (a),(b),(c) dan (2); seksyen 23(1) dan (2) bagi orang perseorangan dan Bahagian V seksyen 33.(1) (a) (b) dan 2(2); Seksyen 34.(a)(b)(c) bagi pertubuhan Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor.
22. (1) Tiada seorang pun boleh
  1. mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan atau mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor;
  2. menggunakan gelaran “Kaunselor Berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau
  3. menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang Kaunselor Berdaftar,
melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan prosiding tatatertib di bawah Bahagian VI dan tidak berhak untuk mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi perkhidmatan kaunselingnya.

Happy Birthday Padali
Semoga lebih cemerlang

28 comments:

wawa said...

bagaimana pula jika mahu perbaharui dwi tahunan sekarang, perlu bayaran atau tidak?

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Ya. Perbaharui dwi tahunan memerlukan bayaran RM 200. Jika lewat tambah RM 100 lagi. Ikuti step diatas bagaimana untuk renew.dan sijil perakuan dipos ke alamat seperti yg dinyatakan

Anonymous said...

SALAM
SAYA BEKERJA SEBAGAI KAUNSELOR DISEBUAH IPTS, NAMUN SAYA MASIH BELUM BERDAFTAR LAGI DENGAN LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. SAYA JUGA PEMEGANG SIJIL IJAZAH PENDIDIKAN KAUNSELING. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK BERDAFTAR?

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Anda perlu menghubungi lembaga kaunselor seperti alamat di atas, maklumkan mengenai permohonan anda dan tarikh interview untuk mendapatkan lesen. Urusetia akan memaklumkan mengenai tarikh dan tempat yg perlu anda hadiri interview. Bawa sekali dokumen yg diperlukan seperti kad pengenalan,sijil ijazah, transkrip, dan lain lain lagi.

Anonymous said...

Appreciate this post. Will try it out.

Anonymous said...

Hmm it looks like your site ate my first comment (it was super long) so I guess I'll just sum
it up what I wrote and say, I'm thoroughly enjoying your blog.

I too am an aspiring blog blogger but I'm still new to the whole thing.
Do you have any suggestions for novice blog writers? I'd really appreciate it.

jonex said...

berapa masa tempoh menunggu sijil perakaun amalan dipos sekiranya lulus..?makasih

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Sebulan lebih juga menunggu sijil tersebut selepas temuduga tu. Tapi kalau renew lesen cepat je tempoh mengepos sijil.

Anonymous said...

assalam...puan, ada tak surat siaran atau surat pekeliling untuk buat tuntutan pembayaran balik untuk lesen kaunselor berdaftar tersebut? boleh share,puan?:

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

waalaikumussalam. boleh beri email saya sentkan

jeep said...

salam puan kaunselor
mintak tlg emailkan saya surat siaran atau surat pekeliling untuk buat tuntutan pembayaran balik untuk lesen kaunselor berdaftar
terima kasih byk

mohdnajibramli@gmail.com

HT Ram Jonathan said...

Saya graduan Sarjana Muda Kaunseling dari UNIMAS 2010 tapi tidak pernah bekerja dalam kapasiti kaunseling. Adakah saya layak untuk menjadi KB?

Anonymous said...

Salam Puan, saya graduan Sarjana Muda Psikologi. Adakah permohonan untuk menjadi kaunselor berdaftar terhad kepada graduan kaunseling sahaja? Bolehkah saya juga memohon untuk menjadi kaunselor berdaftar?

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

salam HT Ram

boleh sahaja anda memohon untuk KB namun dalam tempoh dua tahun untuk renew lesen anda, anda perlu mempunyai pengalaman dalam bidang kaunseling iaitu sesi, konsultasi untuk membolehkan anda memperbaharui lesen anda

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Pada pendaftar terdapat list nama IPT yang membolehkan graduannya memohon kaunselor berdaftar. anda boleh merujuk list tersebut untuk mengenal pasti bolehkah anda memohon atau tidak .Rakan sekerja saya juga adalah graduan sarjana sikologi namun tidak layak untuk memohon KB kerana taiada kursus atau latihan jam kredit mencukupi dalam bidang kaunseling

Ilovsunnah said...

Salam. Bagaimana kalau saya tidak lulus temuduga kaunselor berdaftar?

Unknown said...

salam, saya baru tamat pengajian psikologi dan kaunseling di Taiwan, bolehkah saya memohon untuk menjadi kaunselor berdaftar? Saya juga ada perlatihan di sekolah menengah Taiwan itu.

Unknown said...

Assalam...puan, ada tak surat siaran atau surat pekeliling untuk buat tuntutan pembayaran balik untuk lesen kaunselor berdaftar tersebut? boleh share,puan?: Apakah dokumen yang perlu disertakan dalam senarai semak bagi proses bayaran balik tuntutan bayaran pembaharuan perakuan amalan kaunselor ini. Terima kasih.

Unknown said...

Assalam...puan, ada tak surat siaran atau surat pekeliling untuk buat tuntutan pembayaran balik untuk lesen kaunselor berdaftar tersebut? boleh share,puan?: Boleh sertakan senarai semak yang perlu disertakan untuk proses pembayaran dalam tuntutan bayaran balik Pembaharuan Perakuan Amalan Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia.

Mohon bantu emailkan kepada saya di normilah@kkr.gov.my dan mimi.normilah@gmail.com

Sekian, terima kasih puan.

Zam said...

Assalammualaikum puan..Saya telah berkhidmat selama 5 tahun di bawah program komuniti yang di jalankan oleh salah satu persatuan (NGO) di kawasan saya..Saya juga telah menghadiri beberapa program seminar dan bengkel serta aktiviti bagi memberikan kesedaran kepada komuniti dan masyarakat dan juga sesi konsultasi (perkongsian) secara individu dan berkumpulan selama saya berkhidmat..Namun begitu saya bukanlah graduan kerana tidak meneruskan pengajian di mana-mana kolej/universiti.. Bolehkah jika saya mahu memohon sebagai kaunselor berdaftar? Jika boleh,bagaimana caranya? Terima Kasih.

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Untuk soalan dari ilovesunnah

Jika anda tidak lulus temuduga itu sudah tentu anda tidak boleh mendaftar sbg Kaunselor berdaftar. Temuduga itu in sha Allah anda boleh lulus

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Anda boleh merujuk kepada Lembaga Kaunselor mengenai institusi tempat anda menjalani kursus tersebut diiktiraf atau tidak krn is merupakan antara syarat utk memohon pendaftaran. Kursus kursus yang diambil dan sijil juga diperlukan untuk memgesahkan professionalisme anda

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam Sam
Salah satu syarat memohon Kaunselor berdaftar adalah latihan profesional melalui kursus kaunseling secara ilmiah yang diiktiraf dan latihan praktikal yg mengambil Kira tempoh tertentu.

Anonymous said...

puan, ada tak surat siaran atau surat pekeliling untuk buat tuntutan pembayaran balik untuk lesen kaunselor berdaftar tersebut? boleh email pada saya di alamat e-mel ini mama_angah@yahoo.com

klu puan share dalam blog ni lagi bagus, ramai yang tanya mengenai perkara yang sama sebab ramai yang tidak tau bahawa bayaran tersebut boleh di tuntut semula dan bagaimana cara untuk membuat tuntutan balik bayaran tersebut.

yang said...

puan bolehkah seorang graduan sarjana muda kaunseling menjadi seorang kaunselor pendaftar tanpa meneruskan pembelajaran di postgraduate?

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

ya..boleh menjadi kaunselor berdaftar dengan sarjana muda kaunseling

unknown said...

salam puan,
saya pelajar sarjana muda daripada OUM.
nak tahu apakah yang akan kita buat semasa interview pendaftaran kaunselor?
adakah kita kena buat test?
adakah sebarang tips persedianan supaya kita lulus interview?
terima kasih.

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

temuduga tersebut anda boleh laluinya kerana lagi mudah berbanding anda ingin ditemufuga mencari kerja. Ini kerana soalan berkaitan dgn amalan kita..sbg pengamal kaunseling yg praktikal dgn apa yg kita buat dan pengetahuan kita yg basic ttg apa bagaimana perkhidmatan diberikan. Jangan risau anda pasti boleh menjawabnya.