Antara kertas kerja yang saya siapkan untuk membantu Kelab Guru menaiktaraf Bilik Guru SMK Cheras. Hari terakhir sekolah, semua guru diarahkan mengosongkan tempat masing- masing kerana bilik guru akan disusun semula dan pelan bilik guru dirombak bagi menyusunatur semula kedudukan meja dan bilik guru dan memasukkan almari-almari untuk memuatkan lagi buku-buku murid yang perlu diletakkan. Sehingga kini bilik guru dalam proses penyusunan, mengecat, diselenggara untuk kemudahan guru.
KERTAS KERJA
PROGRAM MENAIKTARAF BILIK GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
1.0 PENGENALAN
SMK Cheras merupakan sebuah sekolah yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk model kelas abad ke 21 pada tahun 2015. Sebagai
satu-satunya sekolah perintis dalam pengajaran dan pembelajaran kelas abad ke
21 di Wilayah Pudu, warga SMK Cheras telah berusaha menaiktaraf bilik – bilik darjah
dan bilik khas seperti bilik komputer, bilik media, dan bilik – bilik khas yang
lain untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran kelas abad ke 21 dengan usaha
dari murid dan guru-guru SMK Cheras sendiri sejak awal tahun 2015. Usaha ini
dijalankan dengan kos yang hampir kesemuanya dibiayai melalui dana sekolah dan
inisiatif kewangan dari guru –guru sendiri. Namun demikian untuk tahun 2016,
Kelab Guru ingin membuat perubahan pada bilik guru pula agar lebih kondusif,
sesuai dengan watak dan kriteria di bilik guru itu sendiri untuk sekolah
perintis kelas abad ke 21. Memandangkan bilik guru SMK Cheras kali terakhir
dibesarkan pada tahun 2010 untuk menampung 110 orang guru di bilik guru, rombakan
pelan kedudukan dirombak semula untuk memberikan ruang kepada kedudukan
guru-guru pelatih yang berkhidmat di sekolah, menambahkan almari untuk
guru-guru meletakkan buku-buku latihan murid sebagai perabot di bilik guru.
Kelab Guru juga berusaha untuk menukar 30% meja guru di bilik guru yang masih
lagi menggunakan meja guru zaman 1990an. Kelab Guru bermuafakat bahawa
menaiktaraf kelas dan bilik khas patut didahulukan kerana melibatkan
kepentingan murid pada tahun 2015. Oleh itu untuk tahun 2016, fokus untuk
keperluan guru pula di bilik guru. Kelab Guru percaya bahawa dengan adanya
penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan di bilik guru maka keseronokan dan
motivasi bekerja dengan suasana teraputik akan lebih meningkat kerana bilik
guru ialah bilik untuk guru bukan sahaja membuat tugasan bahkan ia juga bilik
perjumpaan antara ibu bapa dan guru serta pelawat luar yang keluar masuk ke
sekolah.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar dapat menaiktaraf bilik guru ke
bilik khas sesuai dengan sekolah abad ke 21
2) Agar dapat membeli meja – meja guru
yang baru untuk kemudahan guru bagi
menggantikan meja yang telah uzur dan rosak.
menggantikan meja yang telah uzur dan rosak.
3) Agar dapat menambahkan almari – almari untuk
kegunaan guru dan membaiki almari yang
rosak
3.0 TARIKH
20 November – 31 Disember 2015
4.0 AHLI
JAWATANKUASA
Penasihat : Puan Kamariah Bt Abu (Pengetua)
Pengerusi : Pn Norliza Bt Rafie
Naib Pengerusi : Pn Noraida Bt Mohamad @Abdullah
Setiausaha : Cik Hamizah Bt Md Aris
Naib Setiausaha : Pn Laili Azuwa Bt Tamrin
Bendahari : Cik
Wong Mun Yee
Naib Bendahari : Puan Siti Hajar Hamzah
AJK : Puan Sharin Hanum Bt Abd Rahman
Biro Profesionalisme : Puan Nurhaiza Bt
Che Mat
Puan
Rozinani Bt Awang
Biro Keceriaan : En Azrin B U Mat
Puan
Murniyati Bt Masari
Cik
Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Biro Ekonomi : Cik Noraini Bt Jamaluddin
Puan
Raudzah Bt A.Rahman
Puan
Zahirah Bt Abdul Halim
Biro Kebajikan : Puan Tengku Laila Bt Tengku Jusoh
Puan
Kavitha a/p Chelliah
Puan
Haliza bt. Halid
Biro Keselamatan : En Abdull Azis Bin Arbi
En
Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff
En
Bala Segar a/l M. Muniandy
5.0 ANGGARAN
KEWANGAN
Sumber Kewangan
Kelab Guru RM 2,000
Sekolah: penyelenggaraan RM 2,000
Jumlah RM 4,000
Perbelanjaan
Cat RM
500
Kertas dinding RM 500
Almari RM 6,000
Jumlah RM 7,000
Kurang RM 3,000
6.0 PENUTUP
Kelab Guru berharap agar permohonan
kami untuk mendapatkan dana dari pihak tuan dapat
dipertimbangkan dengan sebaiknya dan diluluskan. Dengan adanya dana tambahan maka projek menaiktaraf
bilik Guru dapat dijalankan sebelum bermulanya penggal
persekolahan 2016 yang baru.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Ketua Biro Profesionalisme Pengetua Kelab Guru SMK Cheras
Happy Birthday Acik Ina
Semoga panjang umur